Tuesday 6 January 2015

IOI Mall


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Pada 23/12/2014,
aku dan Atiqah pergi IOI Mall.
Mak aku ambil Atiqah kat rumah dia,
lepas itu kami terus pergi IOI Mall.

Sampai je,kami terus pergi wayang.
Kami keliru sama ada nak tengok Big Hero 6 atau The Hobbit.
Tapi aku ini seorang yang tak suka tengok cerita perang-perang jadi kami ambil keputusan untuk tengok Big Hero 6.

Pukul 2.30 petang wayang bermula,
pukul 2.15 petang kami dah masuk lepas itu selfie :P

ni dalam wayang,sebab itu gelap :)

Ternyata pilihan kami tak salah,
Movie Hero Big 6 sangat hebat!
langsung tidak menghampakan.
Banyak bahagian yang kelakar berbanding sedih.
Tapi memang menyentuh hati.
Memang tak menyesal tengoknya.

Habis wayang lebih kurang pukul 4.16 petang.
kami terus pergi McD untuk mengisi perut.
Habis rm10.00 tapi kenyang.

Lepas itu,kami pergi jalan-jalan bangunan baru.
Atiqah beli beg sekolah.
Mata aku terpegun tengok jam-jam yang berderet cantik.
huyoo!
akhirnya aku beli satu jam,atiqah pun sama.
ni jam kami :P

Happy !!


Beautiful or not??


My Outfit Of The Day!
Just be myself!

Jam 5.25 petang kami telefon ayah Atiqah untuk ambil kami.
Sambil menunggu kami berbual banyak cerita.
Sampai kan aku terperasan kedai cermin mata.
aku ajak Atiqah untuk cek Power mata dia.
Betul tekaan aku,dia rabun.
tapi tak adalah tinggi sangat.
kurang daripada 100 masa boleh baik.
tapi entah lah dia.
haha.

Lepas itu,ayah Atiqah telefon untuk ambil kami.
Dalam pukul 7.16 malam.
Ayah Atiqah pandu kereta kerumah Atiqah untuk ambil beg tuisyen dia lepastu nak pergi tuisyen terus.

hahaha..gembira sangat sampai terlupa ada tuisyen malam itu -_-
tepat pukul 8.00 kami sampai tuisyen lepastu belajar selama 2 jam.
Seronok sangat!
hahaha..

Dari pukul 1.30 petang sampai pukul 10.00 malam kami bersama.
hahaha.
memang seronok !

Sekian,itulah dari kami..
RisQah!
Always Together!

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤




No comments:

Post a Comment