Monday, 12 June 2017

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017


Assalamualaikum..
Pada 28/4/2017, buat pertama kalinya sekolah aku adakan lawatan sambil membeli belah di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun 2017 ini. Ini merupakan tahun keempat aku ke PBAKL. Kali ini pesta buku kembali diadakan di PWTC kerana terdapat beberapa rungutan dari pengunjung yang lebih selesa untuk PBAKL berada di PWTC. Walaubagaimanapun, aku mendapat tahu bahawa Pesta Buku akan diadakan juga di MAEPS, Serdang tetapi pada bulan 8 nanti.
Aku tak kisah pun sebab aku dah pun pergi PBAKL tahun ini ikut rombongan sekolah pula itu. 

Meh, aku story sikit macam mana aku boleh tersesat ikut rombongan pengawas pusat sumber ke PWTC..
Ceritanya bermula apabila aku dengar ura-ura yang mengatakan pengawas pusat sumber akan pergi lawatan ke PBAKL di PWTC pada bulan 4. Aku pun terus tanya Faihana memandangkan dia kan Timbalan Pengerusi PSS. Fai kata betul dan dia bagi amaran untuk aku tidak menyibuk sebab dia tahu apa yang ada dalam kepala otak aku ini. Tapi dah nama pun Noris kan, mestilah tahap degil itu skala 100 haha. Jadi, aku pun pergi jumpa Pn. Norillah nak minta kebenaran nak ikut sama ke lawatan itu. Walaupun muka aku tebal 10 inci sebab pengawas sekolah pun menyibuk aktiviti PSS tapi apa aku kisah. Dunia buku tetap dunia aku kan. Lagipun belum cuba belum tahu. Allah je yang tahu betapa berdebarnya aku nak mendengar jawapan Pn. Norillah sama ada dia bagi atau tak. Tapi Pn. Norillah kata boleh kalau ada kosong. Maknanya masih belum pasti untuk aku pergi. Lepas beberapa hari, Pn. Norillah kata aku boleh pergi! Yeay! Fai dan Zuhaili antara orang paling bengang dengan aku sebab muka tembok dan sibuk nak ikut juga.

Jadi, bermulalah cerita dimana aku dan PPS membuat lawatan di PWTC. Waktu Pn. Norillah ajak PPS bergambar pun, aku cakap tak nak sebab aku kan Pengawas Sekolah. Tapi, cikgu kata apa yang pps dapat masa lawatan ini, aku pun berhak dapat. Terus Fai jeling maut kat aku. Hahaha
Aku pun menyemak bergambar dengan Pn. Norillah semuanya. Aku bawa RM218 sahaja untuk kali ini. Seminggu sebelum lawatan ini, aku cuma ada RM30 sahaja tapi setelah pinjam dari adik lelaki aku dan mama top up sikit jadilah RM218. Hahaha
Alhamdulillah..

Faihana, Farhana,Farihah, Ira Dan Aku semasa baru turun daripada bas. Mereka ini antara PPS paling rapat dengan aku selain daripada Wahidah, Lyana, Shahirah, Jasmin, Liana dan Hasya.

Aku duduk sebelah Jasmin dalam bas memandangkan Wahidah tak ikut ke lawatan kerana ada urusan keluarga.

PWTC..

Junior-junior sekalian..

Pukul 10 pagi baru PBAKL bermula, jadi kami jalan-jalan dulu sambil snap gambar peta sebab takut sesat. Sambil-sambil itu, boleh cari booth karya seni dan Blink! hehehe



Tepat jam pukul 10 pagi, Aku, Faihan dan Dameera menjalankan pengembaraan menyerbu booth Blink dulu! YEay! dah jumpa!!
My favourite Writer! Aku ada kira-kira 50 buku karya hasil Ain Maisarah!
Tahun ini Blink Book bertemakan Sekolah Sri Bangsar.. secara kebetulan pula aku ikut lawatan sekolah dan pakai baju sekolah tapi baju SMK PU1 lah haha.
Masih dalam penyusunan buku-buku!

Abang Alam tengah hias booth sambil susun beg Comel!

Blank book!

Buku-buku versi seram triller dan psiko!

Novelis pertama aku jumpa ialah Kak Ira! Hazira Hanafi penulis siri Aku Mahu.

Kemudian, Aman Wan! Yeay! ni jumpa tiap tahun okey! Dulu pelukis komik, sekarang penulis novel juga!
 

Seterusnya, Alam Anuar. Alam tulis buku semuanya tentang Pink!Alam bagi aku satu poskad Diari Pink!

And.. Definitely My Favourite Writer! Kak Ain Maisarah! Kak Ain bagi aku satu pin burung hantu!
Aku beli pakej RM100 dengan 5 buah buku dan 1 beg Comel!

Fai yang merupakan peminat Ain Maisarah juga. Kak Ain mengandung anak kedua! Aryan bakal dapat adik!!

Berehat sebentar bersama biskut..

Si Kucing Milo yang comel!

Jalan lagi..

Jalan lagi dan lagi!

Pengembaraan seterusnya ke Karya Seni! I Love!!!
Aku beli 5 buku dapat percuma satu novel, tudung MIKAYLA dan buku nota!

buku-buku agama pula.




Lepas penat berjalan, kami isi perut dengan makanan! Faihana dan Dameera beli nasi ayam. Aku makan nasi lemak sekolah saja. Jimat kos. Kenyang pun kenyang juga.


Ira!

Aku dan Fai!

Aku dan Farihah!

Fai, Dam dan Aku!

Pengembaraan tamat setelah jam menunjukkan pukul 3 petang. Aku dan semua PPS kembali ke sekolah dan balik ke rumah masing-masing!
inilah hasil pembelian aku sebanyak RM218!

4 komik dapat percuma 2 buku memo lawak kampus. Keith pun datang PBAKL hari ini! Aku beli untuk Haziq memandangkan dia bagi pinjam duit.. hahaha

2 buku tulis untuk Huda dan Hasya. Adik-adik aku memang suka Didi N Friends ini!

2 buku CERDIK berharga RM5 sahaja. Hahaha murah gila!

Hasil Blink Book! 5 buku dan 1 beg Comel. Dapat satu poskad dan pin burung hantu.

Hasil Karya Seni.. Beli 5 Buku dapat beg, 1 novel, tudung dan buku nota secara percuma!

Inilah hasil pembelian aku yang gempak gila kali ini! Habis licin RM218 tapi memang berbaloi! Siap dapat banyak hadiah percuma lagi. Kau hado? hahaha Tahun depan memang borong sakan lah!

Setakat itu sahajalah entri aku untuk kali ini. Pengembaraan ke pesta buku memang sentiasa seronok tapi pergi dengan sekolah ternyata lebih seronok sebab tak terkejar-kejar masa bila nak shopping. Lagipun pengangkutan pergi dan balik naik bas kan, lagi senanglah. Kalau ikut Lrt kena ikut masa kakak Atiqah lagi itu yang susah itu dan penat. Haha apapun memang menyeronokkan tiap-tiap tahun. Cuma sedih sikitlah sebab biasanya Nurin, Atiqah dan Izzah pun ikut sekali. Ini aku dengan orang lain pula. Hmm apapun seronok! Tahun depan pergi lagi tapi dengan Atiqah dan Izzah pula!

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf~