Friday 19 June 2015

Celebrate Ketty Birthday!

Assalamualaikum!
Hari ini aku nak cerita tentang sambutan hari lahir Ketty kat Alamanda pada bulan Ramadhan tahun lepas. Ketty ajak aku, Atiqah dan Izzah pergi sambut hari lahir dia kat Alamanda.
Aku okey je sebab ada orang support transport!
Atiqah datang depan rumah aku untuk bawa aku ke rumah Izzah.
Memang aku tak payah susah-susah nak suruh Mama yang hantarkan.
Atiqah datang rumah aku dalam pukul 4.30 petang macam itu.
Sampai je kat rumah Izzah.. Izzah hidangkan air sirap untuk kami berdua.
Memandangkan kami tak boleh puasa. Hahaha kesian Izzah yang berpuasa pada hari itu.
Ketty hubungi kami untuk datang rumah dia dan pergi Alamanda naik kereta ayah dia.
Kami pun naik kereta ayah dia sampai ke Alamanda!
Sampai-sampai je.. Ketty ajak kami pergi bowling!
Memandangkan aku ini pernah main bowling sekali sahaja..
Aku pun setuju sajalah!
Tapi memang menghampakan sebab dia pesan untuk main sampai 2 game!

Aku dah sedia pegang bola bowling ini! Chaiyokk!

Aku mulakan lontaran! Satu.. dua.. dan tiga ! Goal! Strike! Hahaha

Dari jauh... dan bola bowling menjatuhkan semua dan Strike!


Izzah pula mencuba nasib!
Ini kali pertama Izzah main bowling! sebab dia tak pernah main sebelum ini.

Tapi malangnya.. masuk longkang.. tapi okeylah kan.. baru pertama kali main..

Izzah, aku dan Ketty.
Izzah!

Mulanya kami ada sedikit pergaduhan sebab Ketty kata kalau siapa yang kalah kena belanja makan. Padahal dia kata.. dia yang nak belanja makan. Disebabkan Izzah yang kalah.. dia bengang ah. Tapi dia tak cakap sebab diakan berpuasa. Buat apa nak gaduh benda kecil aje kan.
Azan pun bergema.. Menandakan waktu maghrib dah masuk dan umat Islam dibolehkan berbuka puasa.
Aku teman Izzah buka puasa. Paling menyedihkan.. semua kedai makan penuh!
Kami buka puasa di Aeon akhirnya. Hahaha
Makan sekeping roti bersama air mineral! Kesian Izzah!
Lepas itu.. Ketty call Izzah, Mengamuk sebab kami lambat sangat beli makanan. Dia suruh kitorang habiskan game bowling itu. Aku pun mengamuk ah. Dia habiskan duit kitorang untuk bowling yang membosankan itu aje? Pergaduhan yang kecik jadi besar.
Aku cakap terus terang yang aku tak nak main game kedua itu dan tak nak bayar untuk itu. Ketty pun okey kan ajelah. Sebab aku ini memang tak suka ikut kepala orang. Aku pun teman Izzah buka puasa.
Lepas dah solat maghrib dan buka puasa. Kami pergi teman Ketty dan Atiqah yang tengah main game kedua bowling itu. Aku tengok aje. Dalam hati masih marah. Hahaha Habis aje dorang main.. kami gaduh lagi! Haha kali ini face to face sebab aku nak pergi jalan-jalan dan nak beli buku sikit tapi Ketty sibuk nak pergi karoake. Dahlah mahal dan membazir duit!
Aku bagi alasan aku tak nak.. bla bla bla.
Dia pun bagi alasan bla bla bla.
Akhirnya keputusan dibuat. Aku pergi jalan dengan Izzah. Atiqah pergi dengan Ketty. Dengan Atiqah sekali aku mengamuk sebab dia sibuk nak karoake sebab katanya dia tak pernah pergi dan tak dapat rasainya sampai bila-bila kalau keluar dengan mak bapak dia.
Aku pun tak pernah pergi karoake juga. Tapi tak pernah teringin pula sebab aku rasa benda itu buang masa. Kalau suara aku sedap macam Siti Nurhaliza ke tak apalah. Ini suara takat masuk nasyid wakil sekolah aje pun.. ada hati nak karoake lagu rock. hahaaha
Tak lama lepas Atiqah cakap macam itu.. dia ada pergi keluar dengan geng kelas jujur dia. Dimana aku dan Izzah konfom lah tak termasuk sekali. Akhirnya, dia pergi juga karoake buat kali kedua.
Aku dan Izzah yang akhirnya tak pernah pergi karoake sebab kami tak teringin pun.
Hahaha 

Aku pun buat haluan masing-masing dengan Izzah.Kami ronda satu Alamanda ini..



Lepas dah habis sesi gaduh.. kami bawa haluan masing-masing.
Aku dan Izzah jalan-jalan satu parkson itu.
Aku pun tangkap gambar!

Aku duduk di tepi tembok.. seketika aku terperasan.. eh! kurusnya aku! Hahaha


Sesi bergambar Izzah pula! Dia dah sememangnya kurus dengan berat yang naik turunnya masih sama. Momentum masih kekal. 36-37 Kg sahaja daripada Tingkatan 2.Haishh..


Kami pun masuk satu kedai cenderahati ini.. tangkap gambar dengan Hello Kitty yang merupakan patung kegemaran aku setiap masa!!

Aku pun selfie dengan Izzah!
Lepas dah jalan-jalan.. kami pergi McD untuk makan malam memandangkan Izzah belum kenyang berbuka puasa tadi.
Amboi, Izzah! Sampai dua kau ambil aiskrim. Hahaha bak sini! satu aku punya.
Izzah pun bagi aiskrim tadi tu kat aku dan aku pun snap!

Ini makan malam kami. Aku memang boleh masuk McChicken aje dari dulu sampai sekarang.Lain-lain Mc Burger memang tak boleh masuk tekak. Kalau burger tepi jalan itu.. laju pulak masuk perutnya haha.
Lepas dah kenyang makan.. aku pergi MPH untuk beli buku Diagnosis 2 memandangkan Diagnosis 2 tidak dijual di kedai buku seperti Popular. Aku beli buku novel tambahan seperti Cik Cinderella dan Encik Tengku!


Kami berempat bertemu balik di McD dan pergi keluar untuk tunggu ayah Ketty ambil balik. Memang pengalaman paling seronok!

Atiqah bersama Ketty!

Aku bersama Ketty a.k.a birthday girl!


Ketty dan Izzah! Kami dah berbaik dah pun waktu ini.

Aku, Ketty dan Atiqah!

Izzah, Ketty dan Aku!

Izzah, Ketty dan Atiqah!

Izzah dan Atiqah!

Aku dan Izzah!

RisQah!

NIA~ Noris, Izzah, Atiqah



Ini Outfit of the day aku a.k.a OOTD hari itu.
Aku bersama Hello Kitty tercinta! Eceh!
Ditangkap oleh orang tersayang, Izzah!

Nak tahu tak? Daripada cerita aku hari ini.. Aku dapat dua pengajaran paling besar dalam hidup aku tentang persahabatan.

Kita mungkin bergaduh dan menangis, tapi persahabatan kita tidak pernah berakhir. Aku akan jaga persahabatan ini hingga ke akhirnya kerana kau akan sentiasa jadi kawan baik aku.
Perkara biasa dalam persahabatan apabila kita bergaduh, rasa tak puas hati, rasa marah, tak adil dan sebagainya. Tapi kita tak perasan.. itulah punca utama yang mendekatkan kita dan merapatkan lagi hubungan persahabatan itu.

Apabila suatu kawan baik itu bergaduh.. itu bukan bermakna akan ada pemenang dan akan ada yang kalah. Ia tentang siapa yang akan memaafkan, melupakan dan masih nak teruskan persahabatan.
Itu adalah antara 2 pengajaran terbesar dalam hidup aku

Suatu persahabatan itu akan sentiasa ada pelbagai rasa,
Pelbagai ragam dan gaya,
Kadangkala menyenangkan kita,
Dan mungkin menyakitkan kita.

Kita boleh rasa kepahitan, kemasaman dan kemanisan,
Dalam sebuah persahabatan yang dijalinkan,
Untuk menjadikan persahabatan berkekalan,
Perlu diterapkan kesetiaan, kecekalan dan kesabaran.

Suatu hubungan persahabatan ibarat kain putih,
Kalau tidak dijaga dengan baik maka kotorlah ia,
Kalau dijaga dengan baik maka ia kekal bersih,
Akan tetapi hanya kerana terkena sedikit api maka hanguslah ia.

Ditaip oleh:Cahaya Pemaaf ❤

Thursday 18 June 2015

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

ASSALAMUALAIKUM..
Hari ini aku nak cerita tentang kerja kursus Sejarah untuk PT3 pada bulan Julai yang lalu.
Actually, ini pengalaman paling seronok bagi aku kerana ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke perpustakaan awam walaupun aku ini kaki buku. 😂😂
Ini pengalaman paling seronok. Aku pergi dengan Izzah dan dihantar oleh mama dan abah aku. Memang sempit jugalah kereta aku itu.
Sampai saja kat Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.. aku jumpa Shakir!
Ingat lagi tak Shakir? Dia classmate Kentalians aku. Tak percaya? Buka entri Kentalians.
Dia lambai aku sebaik sahaja nampak aku kat pintu masuk perpustakaan itu. Aku pun lambai balik.

Aku dan Izzah terus saja naik escalator ke tingkat atas untuk dapatkan kertas maklumat kerja kursus sejarah. Seronok sangat! Aku macam orang gila sebab ini kan sememangnya kawasan aku.. Eceh!

nampak tak aku kat situ? Hihi comelkan? hahaha



 ini rak yang besar yang ada kat situ dijadikan pameran untuk tontonan semua.


Sedang aku jalan-jalan cari bahan untuk kerja kursus Sejarah, aku terjumpa Faihana dan ramai budak sekolah yang lain. Memandangkan aku paling rapat dengan Faihana.. aku ajak dia selfie! Haha

 Ini gambar kami bertiga!!


Aku pun masuk satu ruang khas untuk rehatkan minda. Baru saja aku buka pintu masuk itu.. aku terdengar ada orang sebut "Ismahani!".. aku pun terus menoleh dan melihat empunya diri yang sebut nama aku itu. Sekali pandang saja, aku rasa nak menjerit!
Oh Em Geee!! It's my old best friend! It's been 4 years since I don't see her! It's a long time and of course I miss her! 
Nama dia Nur Fatihah dan kawan baik aku di SRA DAH. Aku kawan baik dengan dia daripada darjah 4 dan dia kawan yang tak pernah lupa aku. Aku ingat lagi masa aku terjumpa dia dekat SRA Dato' Abu Bakar Baginda untuk bertanding nasyid mewakili sekolah... Fatihah wakil sekolah SRA Putra Perdana mewakili Marhaban.(Kami terpisah sebab dia tukar sekolah agama)
Apa yang terjadi masa itu ialah.. aku singgah tempat marhaban sebab nak dengar dorang bertanding.. tapi lain pula yang jadi. Dia jerit nama aku kat luar kelas.. " Ismahani!" kemudian serbu dan terus peluk aku bagai tak nak dilepaskan buat selamanya. Aku memang terkejut gila!
Aku pun peluk balik dan bila difikirkan kembali.. Fatihah merupakan kawan baik yang pertama peluk aku menandakan dia sayang sangat kat aku. Hahaha Ahaks!
Sampaikan waktu itu.. Durrani yang merupakan kawan baik aku (pengganti Fatihah) terus merajuk tak nak cakap dengan aku sebab cemburu Fatihah buat macam itu. Hahaha aku terpaksa pujuk dengan belanja aiskrim.
Seperti kali ini juga, Fatihah peluk aku dan kami berlaga-laga pipi. Eceh!
Sebab rindu sangat. Aku ajak dia selfie kemudian kami berbual-bual tentang kerja kursus sejarah ini. Rasa seronok sangat!


 Izzah, Aku dan Fatihah. ✌✌✌✌


Kemudian, aku pun pergi tempat buku bacaan kanak-kanak. Aku duduk kat sepohon pokok.
Lepas itu tangkap gambar!


Ini aku selfie dengan Izzah!

Izzah pun nak tangkap gambar jugak!



Lepas itu kami naik ke tingkat atas balik untuk pergi baca buku. Aku ambil buku subjek kegemaran aku iaitu Psikologi!!

 Walaupun berbahasa Inggeris.. tapi ia tetap menarik perhatian aku sampai rasa nak bawa balik.hahaha
Tajuk buku ini ialah  Health Psychology!

 Aku bergambar dengan buku itu. 😀
Izzah bersama buku yang dia main ambil aje! Haha


Aku acah-acah baca buku!



Aku paling suka gambar ini! Nampak kena sangat pemandangan rak buku dengan aku. Sememangnya aku suka dengan alam buku!


Lepas itu, kami keluar dan tangkap gambar di tasik. Seronok sangat!! Tenang saja!

 Kasut aku dan Izzah.



Lepas dah selesai semua urusan kat sini..
Aku telefon mak aku untuk ambil balik. Tapi Mama ajak pergi pasar pula dekat Seksyen 19. Aku pun pergi membeli-belah dengan Izzah. Hahaha
Ini pengalaman paling seronok kerana aku pergi ke alam yang sesuai dengan aku.. Ya! Alam buku!
Aku dapat rasa pengalaman seronok jumpa kawan-kawan. Rasa pengalaman seronok dengan buku ,ketenangan di tepi tasik dan keseronokkan pergi beli-belah kat pasar.  Wuhoo bye-bye!!


Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤