Thursday 18 June 2015

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

ASSALAMUALAIKUM..
Hari ini aku nak cerita tentang kerja kursus Sejarah untuk PT3 pada bulan Julai yang lalu.
Actually, ini pengalaman paling seronok bagi aku kerana ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke perpustakaan awam walaupun aku ini kaki buku. 😂😂
Ini pengalaman paling seronok. Aku pergi dengan Izzah dan dihantar oleh mama dan abah aku. Memang sempit jugalah kereta aku itu.
Sampai saja kat Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.. aku jumpa Shakir!
Ingat lagi tak Shakir? Dia classmate Kentalians aku. Tak percaya? Buka entri Kentalians.
Dia lambai aku sebaik sahaja nampak aku kat pintu masuk perpustakaan itu. Aku pun lambai balik.

Aku dan Izzah terus saja naik escalator ke tingkat atas untuk dapatkan kertas maklumat kerja kursus sejarah. Seronok sangat! Aku macam orang gila sebab ini kan sememangnya kawasan aku.. Eceh!

nampak tak aku kat situ? Hihi comelkan? hahaha



 ini rak yang besar yang ada kat situ dijadikan pameran untuk tontonan semua.


Sedang aku jalan-jalan cari bahan untuk kerja kursus Sejarah, aku terjumpa Faihana dan ramai budak sekolah yang lain. Memandangkan aku paling rapat dengan Faihana.. aku ajak dia selfie! Haha

 Ini gambar kami bertiga!!


Aku pun masuk satu ruang khas untuk rehatkan minda. Baru saja aku buka pintu masuk itu.. aku terdengar ada orang sebut "Ismahani!".. aku pun terus menoleh dan melihat empunya diri yang sebut nama aku itu. Sekali pandang saja, aku rasa nak menjerit!
Oh Em Geee!! It's my old best friend! It's been 4 years since I don't see her! It's a long time and of course I miss her! 
Nama dia Nur Fatihah dan kawan baik aku di SRA DAH. Aku kawan baik dengan dia daripada darjah 4 dan dia kawan yang tak pernah lupa aku. Aku ingat lagi masa aku terjumpa dia dekat SRA Dato' Abu Bakar Baginda untuk bertanding nasyid mewakili sekolah... Fatihah wakil sekolah SRA Putra Perdana mewakili Marhaban.(Kami terpisah sebab dia tukar sekolah agama)
Apa yang terjadi masa itu ialah.. aku singgah tempat marhaban sebab nak dengar dorang bertanding.. tapi lain pula yang jadi. Dia jerit nama aku kat luar kelas.. " Ismahani!" kemudian serbu dan terus peluk aku bagai tak nak dilepaskan buat selamanya. Aku memang terkejut gila!
Aku pun peluk balik dan bila difikirkan kembali.. Fatihah merupakan kawan baik yang pertama peluk aku menandakan dia sayang sangat kat aku. Hahaha Ahaks!
Sampaikan waktu itu.. Durrani yang merupakan kawan baik aku (pengganti Fatihah) terus merajuk tak nak cakap dengan aku sebab cemburu Fatihah buat macam itu. Hahaha aku terpaksa pujuk dengan belanja aiskrim.
Seperti kali ini juga, Fatihah peluk aku dan kami berlaga-laga pipi. Eceh!
Sebab rindu sangat. Aku ajak dia selfie kemudian kami berbual-bual tentang kerja kursus sejarah ini. Rasa seronok sangat!


 Izzah, Aku dan Fatihah. ✌✌✌✌


Kemudian, aku pun pergi tempat buku bacaan kanak-kanak. Aku duduk kat sepohon pokok.
Lepas itu tangkap gambar!


Ini aku selfie dengan Izzah!

Izzah pun nak tangkap gambar jugak!



Lepas itu kami naik ke tingkat atas balik untuk pergi baca buku. Aku ambil buku subjek kegemaran aku iaitu Psikologi!!

 Walaupun berbahasa Inggeris.. tapi ia tetap menarik perhatian aku sampai rasa nak bawa balik.hahaha
Tajuk buku ini ialah  Health Psychology!

 Aku bergambar dengan buku itu. 😀
Izzah bersama buku yang dia main ambil aje! Haha


Aku acah-acah baca buku!



Aku paling suka gambar ini! Nampak kena sangat pemandangan rak buku dengan aku. Sememangnya aku suka dengan alam buku!


Lepas itu, kami keluar dan tangkap gambar di tasik. Seronok sangat!! Tenang saja!

 Kasut aku dan Izzah.



Lepas dah selesai semua urusan kat sini..
Aku telefon mak aku untuk ambil balik. Tapi Mama ajak pergi pasar pula dekat Seksyen 19. Aku pun pergi membeli-belah dengan Izzah. Hahaha
Ini pengalaman paling seronok kerana aku pergi ke alam yang sesuai dengan aku.. Ya! Alam buku!
Aku dapat rasa pengalaman seronok jumpa kawan-kawan. Rasa pengalaman seronok dengan buku ,ketenangan di tepi tasik dan keseronokkan pergi beli-belah kat pasar.  Wuhoo bye-bye!!


Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

No comments:

Post a Comment