Monday 26 December 2016

Riadah with Family!

Assalamualaikum..
Pada masa cuti yang terluang ini, kami sekeluarga pergi bersantai di Shah Alam. 
Sekali-sekala keluar daripada duduk terperap aje di rumah kan.
Kami pergi kompleks pkns dulu sebelum ke Taman kat Shah Alam ini.

Aku selfie dulu dalam kereta sebelum bertolak ke Kompleks PKNS.

Haziq yang teruja dengan keindahan alam. hahaha

Abah bersama dua adik perempuan aku.

Mama bersama Huda dan Hasya.

Huda dan Hasya!

Aku bersama adik-adik perempuan aku di hadapan pemandangan yang cantik!


Duduk santai santai gituuu..


Me and my sisters..
They are always like that. Being together all of the time and leave me alone. Hahaha
I'm used to it since 2000 the year that I have be born. Whatever it takes, we are still a siblings and no matter what we'll never part whatever happens one day. 
We are siblings right?

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤





Kenduri- Kendara..

Assalamualaikum..
Hari ini aku nak berceloteh tentang kenduri. Kenduri ini ada pelbagai jenis. Ada kenduri kahwin, kenduri doa selamat, kenduri cukur jambul dan kenduri akikah.
Tapi tujuannya masih sama iaitu bersedekah bagi orang makan. Sepanjang tahun ini memang banyak juga kenduri yang aku pergi tapi ada beberapa aje yang buatkan aku tertarik dengan konsep dan tempat perkahwinannya.

Ini gambar selfie aku sebelum ke kenduri kahwin anak sepupu abah. Dapat gula-gula kapas sebagai gift!
 Aku dan Hasya!

Ini gambar pelamin berkonsepkan istana!

Ramai orang hadir di Dewan Siantan, Putrajaya!

Seterusnya, kenduri kahwin di rumah seorang Dato' yang merupakan klien abah. Anak Dato' itu berkahwin dengan konsep putera raja yang berkuda bagai. Memang gempak sebab kahwin naik kuda! Memang beratus ribu habis nak beli khemah, kerusi meja dan kuda pelamin semua memang cantik gilalah!
Huda dan Hasya lagi.

Huda~

Huda dan Hasya lagi dan lagi!~
Aku yang berbaju kurung bunga-bunga serta bertudung oren!

Haziq bersama kuda yang angkat pengantin tadi.

Aku juga bersama kuda yang lagi besar!


Kemudian, Aku pergi kenduri doa selamat di rumah Mak Ngah.
Kami baca yassin. Baca doa. Solat Maghrib kemudian makan-makan.


Gambar aku bersama Mak Ngah, Kak Piqa, Cik Amy, Mak Su!

Gambar aku dengan Maksu!

OOTD!

Huda OOTD!

Aku dan Haziq!


Seterusnya, aku ke kenduri kahwin sepupu aku iaitu anak Mak Long aku yang ketiga. Perkahwinan dia sebelah padang yang memang cantik dan banyak bunga! Kenduri kahwin nya diadakan di Klang tempat asal isteri dia.

Aku dan Huda.

Outfit of the day aku semasa kenduri kahwin itu.

Actually, this is my usual activity every weekend because there is so much family member that got married. Also, we have to attend all the weeding that we are invited.
Lagipun mak aku selalu kata, kalau kita tak datang kenduri orang, nanti ada ke yang nak datang kenduri kita?

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

Cousin Day Out!

Assalamualaikum..
Topik penceritaan aku pada hari ini ialah tentang hari bersejarah kami iaitu Cousin Day Out!
Ini merupakan kali pertama aku dan semua sepupu perempuan sahaja mengadakan acara jalan-jalan di One City Mall. Teruja usah katalah. Memang teruja habis memandangkan ini kali pertama dan tak payah keluar duit pula itu. Semuanya ditanggung Paksu dan Maksu termasuk pengangkutan, wayang dan makanan. 


Ceritanya bermula sehari sebelum cousin day out ini, aku dan Tasya bermalam di rumah nenek memandangkan kami memang rapat dan sebaya pula itu. Kami buat macam aktiviti terutamanya makan, makan dan makan. Ini semua gara-gara nenek yang tak habis-habis panggil kami suruh turun bawah untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Kalau aku duduk rumah aku, sehari sekali sahaja untuk makan. Jadi memang terasa lain bila duduk dengan nenek.
Ini gambar aku dan Tasya yang teruja asyik kena paksa makan. Kalau tak nak makan, sah-sahlah kami kena makan dengan bebelan nenek. so, you choose. Sama ada nak makan nasi atau bebelan. Hahaha

Esok paginya kami terus berjalan kaki (bukan untuk bersenam ya!) Tapi untuk ke sekolah Tadika berdekatan kerana diadakan majlis pembukaan sekolah tadika. Tengok, kena makan lagi. Hahaha Gemuk aku duduk kat sini. Aduyai..

Kami selfie dengan Alia, sepupu aku yang setahun lagi muda daripada kami tapi nampak macam bertahun-tahun kami tua sebab badan dia yang kecil sangat. Hahaha

Waktu ini kami dah nak bertolak ke One City Mall memandangkan Paksu dan Maksu dah bagi arahan suruh naik kereta Alza milik mereka. Kami selfie dulu sebelum masuk kereta.

Sesampainya disana, menggila lah kami! asyik selfie dan ketawa aje. Buktinya terselah dalam gambar ini. Bila waktu siang, tak rasa takut langsung diri atas cermin ini sebab tak nampak sangat dekat bawah itu. Kalau waktu malam pula, memang bergetarlah kepala lutut nak diri atas itu seorang diri. Masa depan bukan kita tahu sama ada kukuh ke tidak, selamat ke tidak kan?

Kami terus masuk wayang kat sini. Besarnya tak usah cakaplah. Besar tapi sunyi. Cantik tapi tak ramai orang. Macam tempat ekslusif gituuu..



Aku dan Tasya teruja nak masuk wayang.



Kami berlima pilih cerita Goosebump memandangkan trailer nya nampak agak menarik. Paksu pun ikut dan tolong bayar popcorn hihihi murah rezeki Paksu dan Maksu. Hehehe #kakibodek

Ini gambar kami selfie sebelum masuk wayang dan layan cerita Goosebump itu. Seronok weh! Dapat pengalaman dan peluang macam ini memang tak dapat dilepaskan. Sekali sekala pun kena nikmati setiap detik bersama.

Ini gambar outfit of the day kami, walau jarang macam mana sekali pun kita berjumpa. Kita tetap ahli keluarga yang ada pertalian darah yang sama. Tetap ada salasilah keturunan yang sama walaupun kita tidak serapat mana. Hayati dan nikmati masa yang terluang bersama kerana peluang tak datang bergolek depan mata. Kecapi bahagia bersama walau hanya sementara cuma. Ada masa lagi, kita jumpa dan luangkan masa bersama.

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

Ayer 8, Putrajaya

Assalamualaikum..
 Pada /11/2016 yang lalu, Aku dan keluarga belah mama aku mengadakan hari santai sempena cuti sekolah ini. Kami berkumpul di Ayer 8, Putrajaya pada pukul 5.00 petang untuk ke Tasik Putrajaya belakang itu dan main kereta kayuh yang amat popular disini. Itulah tujuan kami berada disini sebenarnya. Untuk mencuba permainan yang tak pernah dicuba ini dan meluangkan masa cuti beriadah bersama keluarga.


Kami selfie dulu sementara menunggu ahli keluarga yang lain untuk berkumpul.


Orang memang ramai pada hari itu menyebakan kami terpaksa menunggu giliran untuk naik kereta kayuh itu tapi pada pukul 8.00 malam nanti. Sementara menunggu beberapa jam lagi, kami mengisi perut yang lapar dengan makan sate. Sememangnya sate disini memang tak boleh lawan sate Kajang tapi ianya memang lazat dan besar-besar saiz satenya. Tapi harganya memang sepadanlah sebab satu cucuk sate ialah RM1.50.

Meja aku dan ahli keluarga yang lain duduk.

Meja ahli keluarga aku yang lain duduk.

Ini gambar selfie aku bersama sepupu aku, Tasya (tudung kuning itu) dan kawan baik Tasya iaitu Raihana yang duduk sebelah aku itu. Tasya bawa Raihana untuk bermalam satu hari dirumah nenek aku itu.


Masa berdetik bergerak laju sehingga ke jam 8.00 malam dan seperti yang dirancangkan, kami menunggu giliran untuk naik kereta kayuh itu. RM25 untuk kereta dan RM35 untuk van. Boleh duduk seramai 8 atau 10 orang dalam satu van tetapi hanya 4 atau 6 orang dalam satu kereta.
Kereta ini perlu dikayuh oleh orang yang dinaikinya baru boleh gerak, hahaha nama pun kereta kayuh kan.

Gambar aku, maksu, mama dan budak-budak.

Gambar aku,mama,Huda dan Hasya.


Tiba giliran kami, kami duduk dalam van dan mengambil tempat masing-masing.

Atuk dan nenek yang sweet aje.

Van pun berlepas.

Disebabkan semua dalam van yang aku naik ni tak larat nak kayuh sebab bawa aku dan mama.. Jadi kami terpaksa tukar tempat dan bagi aku duduk dengan nenek pula. Lagipun nenek memang tak larat nak kayuh. Kang tak pasal-pasal, sakit kaki pula.

Gambar van yang aku naiki. Memang seronok sebab duduk belakang aje dengan nenek. Relax ajelah sambil menghayati angin malam.

Sebelum nak balik ke rumah iaitu selepas menyampaikan hasrat kami untuk naik kereta kayuh ini, aku pun tangkap gambar dengan satu-satunya sepupu perempuan yang sebaya dengan aku sebagai kenangan. Kami memang jumpa setahun sekali sahaja. Rindu tak usah katalah. Kami dan faham sangat apa makna rindu itu.

 Ini gambar outfit of the day aku pada hari ini di Ayer 8, Putrajaya.

Kenangan ini akan terpahat di ingatan dan di hati kerana sesungguhnya masa yang dimanfaatkan bersama kelurga adalah detik yang sangat berharga. Sangat seronok dan menggembirakan hati. Jikalau ada masa terluang lagi, kami akan kesini lagi dengan aktiviti yang lain pula. Anda pun boleh meluangkan masa bersama keluarga disini kerana memang tempat ini sesuai untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga.

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤