Sunday 25 December 2016

Atiqah's Day!


Assalamualaikum...
Pada 23/12/2016.. kami mengadakan sambutan hari lahir Atiqah di IOI City Mall. 
Tujuan kami datang ke sini semestinya untuk bermain ice skating memandangkan Atiqah tak pernah mencuba permainan ini lagi. Seperti yang aku katakan, kami pergi beramai-ramai kali ini sebab bukan kami bertiga sahaja tetapi ditemani kakak Atiqah a.k.a driver iaitu kak Fatihah dan kawan kakak Atiqah iaitu Kak Shahirah dan adik Atiqah iaitu Zaharah.

Perjalanan kami bermula apabila Mak Izzah ambil aku di rumah aku kemudian hantar kami berdua di rumah Atiqah. Kami tunggu kakak Atiqah bersiap sebelum bertolak dan pergi ke ioi City Mall pada pukul 11.00 pagi. Kami bertiga iaitu aku, Atiqah dan Izzah duduk di belakang kereta Axia milik kakak Atiqah manakala, 3 orang lain lagi duduk di hadapan.

Sementara menunggu perjalanan sampai ke destinasi yang dituju, kami berselfie dahulu...





Sesampainya disana, kami bertiga serbu  Tesco untuk beli makanan dan air. Kemudian, ke kedai buku Boarders untuk aku cari buku novel yang bertajuk "pinggan tak retak, nasi tak dingin." Kemudian, kami singgah ke Daiso untuk membeli stoking Izzah tapi tiada yang menjadi pilihan hati.


Selepas memuaskan hati aku dengan berbelanja novel kegemaran..
aku singgah Parkson semata-mata nak tangkap gambar dengan jejaka pujaan hati yang semua suaranya tersimpan dalam telefon aku. Hahaha jangan salah faham pula, disebabkan suara dia yang begitu merdu dan sangat sesuai dengan lagu versi rock korea.. aku sangat meminatinya.
Oleh itu, tersebutlah kisah dimana aku masuk ke Parkson semata-mata untuk berjumpa gambar Jung Yong Hwa si ketua kumpulan CNBLUE.






Gambar outfit of the day kami bertiga pada masa itu ialah seperti berikut:-
Lawa tak? kami terpaksa tangkap gambar di cermin sahaja disebabkan tiada fotographer berbayar.




Aktiviti diteruskan lagi dengan tujuan utama kami kesini iaitu ice skating!
Kami selfie dulu sebelum masuk ke tempat beku itu.






Ini gambar aku sebelum masuk ke tempat meluncur ais itu.
Muka teruja sebab orang tak ramai sangat waktu pagi ini. Jadi, boleh main sepuas-puas hati


Gambar ini ditangkap oleh kakak Atiqah iaitu Kak Fatihah ketika kami bermain luncur ais ini. Aku dah mula berani untuk tidak pegang tiang tepi itu. Aku jatuh dua kali dengan teruk jugalah. hahaha. Sekali jatuh ke belakang. Kali kedua jatuh ke depan. Dahlah telefon pintar Atiqah ada dalam poket aku. Kecut jugalah kalau aku perlu bertanggungjawab sekiranya ada kecederaan pada telefon dia.


Selepas seronok dan puas bermain selama 3 jam (kalau tak silap).. Kami tangkap gambar dengan senang hati sebagai kenangan untuk hari ini.

 Gambar aku dengan Izzah.

Gambar Atiqah dengan Izzah.

 Gambar aku dengan Atiqah.

 Gambar kasut luncur ais kami! Izzah saiz 34. Atiqah saiz 40. Aku saiz 37.

Lepas dah puas main, perut pun tiba-tiba lapar. Kami beli takoyaki yang ada promosi beli 3 kotak dapat rm12 sahaja. Kami pun makan Mcdonald sahaja sebab main luncur ais tadi dah habis RM35. Jadi kena makan murah sikit. Hahaha
Aku beli dengan Izzah. Kemudian Atiqah beli dengan Zaharah. Nak dijadikan cerita, berlaku perang dunia ketiga antara Atiqah dan Zaharah sebab kentang putar Zaharah terjatuh. Peristiwa ini sememangnya buatkan aku ketawa tak berhenti sebab memang lawak gilalah do!




 Aku bersama dengan budak hari jadi.

Aku dengan Izzah yang badan kecil tapi lagi tua. hahaha

Itu sahajalah cerita untuk hari ini. Kami luang masa bersama-sama walaupun ada hal keluarga masing-masing. Boleh berbual, ketawa gembira walaupun ada gaduh sikit tadi hahaha. Masa yang digunakan untuk bersama lebih berguna daripada mereput dirumah tiada buat apa-apa.
Kalau sesiapa yang teringin nak main ice skating, pergilah di ioi city mall ini sebab besar kawasannya dan orang pun tak seramai di Sunway itu. Lagipun memang seronok sebab main ramai-ramai.

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

No comments:

Post a Comment