Saturday 3 December 2016

My 16th Celebrate Birthday!

Hai Assalamualaikum!
pada 3 Disember 2016,
aku sleepover rumah nenek aku memandangkan sepupu kesayangan aku, Tasya sleepover rumah nenek aku.
                                   Siapa sangka, ada sambutan hari lahir aku pula di rumah nenek πŸ˜†
Terharu aku dibuatnya. 
Maklumlah, Ramai mak cik aku bagi hadiah. Acu pula buat sendiri hasil titik peluh dia menghasilkan birthday kek aku πŸ˜‹
Thank youuu Acu! 

macam mana? Lawakan kek acu buat ni😍

Aku bergambar dengan kek 😁


Selain daripada kek, MakNgah buatkan Mee KariπŸ˜‹

Ramai sepupu, makcik pak cik aku hadir bagi meraikan lahir ku yang ke-16 tahun!πŸ˜†
Si kanak-kanak riang!


Manakala, pada 5 Disember pula sepatutnya aku menyambut hari lahir dengan Atiqah,Izzah dan Nurin tapi apakan daya, Nenek Atiqah pula disahkan meninggal dunia dan Atiqah tak dapat datangπŸ˜₯😭

Ini OOTD aku pada hari tersebut.


Nurin, Aku dan Izzah berselfie !


Pada penutup entri aku pada kali ini, aku tunjukkan beberapa hadiah hari lahir aku! πŸ˜‰πŸ˜†
Kasut sekolah warna putih dan alat tulis itu diberikan oleh Acu. Kasut sukan warna kelabu merah jambu tu diberikan oleh Mama tersayang. Tudung warna merah jambu itu diberikan oleh Mak Lang. Tudung warna peach dan putih hitam itu diberikan oleh Kak Piqa. Tabung dan tudung warna biru pula dihadiahkan oleh Atiqah. Yang terakhir, frame gambar dengan botol air itu dihadiahkan oleh Izzah πŸ’–

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan sambutan hari lahir aku dan turut memberikan hadiah. Sangat-sangat memberi kesan dan memberikan kebahagiaan kepada aku πŸ˜€

No comments:

Post a Comment