Monday 26 December 2016

Hari Anugerah Kokurikulum

Assalamualaikum..
Pada bulan September yang lalu, aku dan Atiqah telah terpilih umtuk menghadiri Majlis Anugerah Kokurikulum yang diadakan disekolah untuk mendapat anugerah Penggerak berdedikasi dan anugerah ahli berketerampilan kelab dan persatuan. Memandangkan aku dan Atiqah ialah Naib Pengerusi dan Setiausaha kelab kaunseling dan kerjaya, Pn Raji memilih kami untuk anugerah ini.
Aku dan Atiqah hadir pada pukul 7.30 pagi di sekolah kemudian duduk di kerusi yang telah disediakan nama kami.


Kami selfie dulu sebelum majlis bermula.

Ini kerusi tempat duduk aku berserta nama sekali.

Ini kerusi tempat duduk Atiqah berserta nama dia sekali.

Seperti biasa, Majlis Anugerah Kokurikulum ini dimulakan dengan pembukaan pengacara majlis, perasmian daripada pengetua dan ucapan para pentadbir sekolah. Seterusnya, barulah nama penerima anugerah disebutkan sehingga ke giliran nama aku dan Atiqah.
Kami berselfie sebaik sahaja menerima hadiah dan sijil kami.



Atiqah dapat Ahli Berketerampilan dan aku dapat Penggerak berdedikasi.

Kami berdua bersama 2 orang junior yang comel belaka. Mereka duduk disebelah Atiqah ketika Anugerah sebab itu mereka jadi rapat dengan kami. Sewaktu ini, pelbagai persembahan berlangsung di pentas. Jadi, kami lari sekejap untuk tangkap gambar.


Kami bersama Farihah (kawan rapat aku dalam Aristotle) memandangkan Farihah dapat anugerah ahli terbaik.

Ini gambar outfit of the day aku yang berbaju sekolah lengkap pada hari Sabtu ini. Muka teruja sebab ramai-ramai ahli kelab kaunseling, kami berdua terpilih juga.

Aku dan Atiqah bergambar dengan hadiah dan sijil kami. Memang seronoklah dapat anugerah macam ini. Bukan senang nak dapat anugerah sama-sama. Kami susah sama-sama, senang pun sama-sama. Itulah orang kata, sahabat dunia dan akhirat. Hahaha

Last but not least, walau macam mana pun gembira kita untuk dapat penganugerahan seperti ini, kita tetap kena bersyukur pada Ilahi sebab tanpaNya kita takkan berdiri sampai ke tahap ini. Adakala kita diatas, adakala mungkin kita dibawah. Hidup ini umpama roda, ada hari sedih dan ada hari gembira. Hari ini mungkin hidup, esok mungkin tiada nafas lagi. Sebarang kemungkinan itu hanya Allah yang tahu. Bersyukur lah dengan apa yang kita ada hari ini. Jangan riak, takbur dan bongkar. Allah sentiasa melihat apa yang kita buat dan beri apa yang kita layak dapat.

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

No comments:

Post a Comment