Monday 25 August 2014

Sehari sebelum Hari Raya!

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ



Hari Terakhir Ramadan
aku dan mama balik kampung kat Shah Alam untuk bantu apa yang patut,almaklumlah
esok nak raya! yeay! hahaha
memandangkan aku kena tinggalkan kucing kesayangan aku iaitu Molly Brown jadi aku selfie dulu sebelum blah! ceh,kejamnya ayat --"

kucing aku mesti akan rindu aku..tuan kesayangan dia,siapa lagi kalau bukan cik Hani :D 
kalau nak tau,kalau nak tau lah,kalau tak nak mohon blah --"
semua keluarga dan orang yang rapat dengan aku panggil aku hani.
Kenapa??
sebab semua sayang aku lah..hahaha tak adalah,tu sebab nama nickname aku.
NorismaHANI..nampak tak?
kalau korang sayang aku,sudikanlah memanggil aku Hani ya?
mula poyo dah ni -_-

okey,sambung balik cerita ;)

aku punyalah mangat nak balik kampung..siap pakai baju serba kuning lagi..
selfie pulak dengan kucing ni :D



nampak tak?Molly sayang akuuu..
perasan jap..hahaha

sampai je rumah nenek dan berehat dalam bilik kedua aku..
aku ni diantara cucu kesayangan lah juga..ececeh kononnya lah.
jadi,aku ada 1 bilik khas dimana kalau aku balik kampung je,kenalah duduk bilik tu :>
memandangkan bilik tu ada cermin yang besar,jadi aku pun tangkap gambar dekat cermin tu :p
(gambarnya takdek ya,minta maaf bebanyaklah ya..)

Puas berehat sampai ke malam...
aku pun membantu nenek,pakcik,makcik,atuk, semua yang ada disitu mengacau dodol :)
first time in forever aku kacau dodol ni tau..
tak taulah kalau umur tak panjang ,
jadi last in forever pula :( huhu.

nasib baik ada gambar aku kacau dodol..hahahaha :D

okey,lepas habis menolong..aku pun sambung tidur sebab esoknya nak Raya!
kerja aku asik tidur aje kan?
nak buat macamana lagi,inikan hobi :3

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

Cerita Raya Kita! (Part 4)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Pada 17 Ogos 2014,
Rumah Acu adakan rumah terbuka ataupun "Open House"..
kebetulan pada esoknya iaitu 18 Ogos 2014,nenek dan cik Amy ada shooting dekat Astro.
Jadi,aku perlu mewakili keluarga aku untuk jadi semangat kat nenek..haha :D
Aku kena tidur rumah nenek 1 hari..
disebabkan tiada teman dan aku ni pula akan jadi seorang yang sangat pendiam kalau duduk
kampung..orang tanya,sepatah jawab.
Padahal,aku tak ada buat apa pun.
Semua kelurga besar panggil aku Hani dan bila aku jadi Hani aku seorang pendiam :3
aku sendiri pun tak tahu kenapa?
Mood aku barangkali..

Memandangkan aku ni ada kawan baik yang kepohnya mengalahkan Noris kekadang ;)
aku mengajak Atiqah untuk pergi open house acu then tinggal rumah nenek.
Pada mulanya,takut jugak kalau ayah dia tak bagi.
tapi..Alhamdulillah,ayah dia benarkan jugak !

Dah rancang nak pergi pukul 11 pagi..tapi biasalah, "janji Melayu" memang begini -_-
tepat pukul 1 petang baru ayah aku ambil dia..then terus pergi open house.
Aku pun makan juadah yang disediakan kat rumah acu..
semuanya catering.Almaklumlah,keluarga tak ramai tak boleh nak buat merewang..

Lepas habis makan,aku dan Atiqah pun lepak dengan 2 budak kenit ni..
Memandangkan rumah acu aku dah kurang orang..
kami ambil tempat yang lengang dan Selfie.haha :D

 nama budak kenit ni ialah Umairah dan Sofea..
budak zaman sekarang,kecil-kecil dah pandai selfie :3
ish-ish -_-





 aku berbaju kurung warna biru ~~~

habis rumah terbuka,kami tolong kemas sikit rumah acu..
lepastu terus pergi rumah nenek yang tak sampai beberapa meter dari rumah acu..
jalan kaki tersangatlah boleh ;)

nenek membebel sekejap sebab dah pukul 7 baru ingat nak balik..
mandi belum apa semua belum..
haish,biasalah kalau anak dara tak reti buat kerja..haha :D

lepas solat maghrib,nak dijadikan cerita,
acu telefon untuk datang makan malam..
kalau ikutkan nenek,memang kami semua jalan kaki,tapi atuk aku ini jenis keras kepala.
jadi,kami kena naik kereta juga.
tapi ada orang letak kereta depan rumah atuk.atuk aku punyalah mengamuk sampai nak hon sampai satu kampung dengar.
tapi nenek aku ni pula penyabar,nenek terus jumpa tuan milik kereta dan bagitau..

then,kami pergi dengan selamat..
lepas makan kami terus balik memandangkan dah nak lewat malam..

aku pun terus kuat lentang atas katil tetamu tapi sebelum tu kami selfie dulu.




Tepat pukul 12,kami tidur..
dan aku terjaga balik pukul 3 pagi..almaklumlah dah biasa buat tahajud pepagi buta..
Lepas itu tidur balik sebab esok nak "Jalan Jauh" hahaha :D

Sekian,
Assalamualaikum :)

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤