Wednesday 18 June 2014

Kejohanan Larian Jalan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ



Harini nak throwback bulan 2 pula..
Ni nak cerita pasal kejohanan larian jalan SMKPU1..
agak-agak korang kan?aku layak tak jadi setiausaha?
haha..so sorry..Aku tak berminat..aku tulis program sekolah ni semua sebab gambar aku ada :)
Kalau tak ada gambar aku tak ada makna aku buang masa menaip blog ;)

Okey,sambung cerita..
Pada 22 Februari 2014,
Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1 mengadakan Kejohanan Larian Jalan..
Program ini dimulakan dengan pelajar berkumpul di Tapak perhimpunan seawal jam 8.00 pagi :)
Aku termasuk sekali :)

Gambar Aku dan Atiqah waktu berkumpul pun ada..
Ini gambarnya :D
Kami buat Peace! ;)

Tahun lepas,aku lari dapat 2 point je :(
Tahun ini lebih sikit :D tapi nanti aku bagitau ;)

kemudian,program dimulakan dengan pemanasan badan :)
gambar kami pun ada.. hehe :)
Atiqah macam main teng-teng je kan?
siot je -_-
Lepas itu,kami dibenarkan untuk berlari!
Yeay!aku berlari dengan Lyana sebab kami berdua ada asma so, Kami lari lambat -_-
tapi,hari itu kami bersemangat sampai dapat pecut Atiqah dengan Nurin yang jauh lari kat depan..
Bila dah bertemu,lain pula yang dirancangnya,aku dan Atiqah lari selaju mungkin hingga kesekolah..
Nurin dan Lyana tertinggal kat belakang..
Tapi Alhamdulillah,tak ada yang mengambil gambar aku dan Atiqah..
dan Alhamdulillah asma aku tak menyerang..

Sampai je padang sekolah,aku dapat 4 point..Yeay!dapatlah sumbang banyak markah juga..
Tapi aku tak expect Syahbandar menang sebab sikit je Syahbandar yang sampai sekolah awal..
Tapi tak apa.. The reality is..Syahbandar a winner! muahh ;) Syahbandar forever :)

Lepas ambil kad kokorikulum..
aku,Atiqah,Nurin dan Maryam lepak rumah Atiqah..
Macam biasa,kami akan berselfie ;)

Taraaa!ini gambarnya!
Selamanya Syahbandar Juara! ;))
 Ni gambar aku dan Atiqah :)
Ni gambar kami berempat..Best friend forever :))
 aku dan Atiqah again..
Best friend forever..please don't be jealous..because we know we're beautiful..
Haha :D just a joke..don't take it seriously okay?

                           Sekian sahaja entri saya ..Jika ada umur yang panjang,jumpa lagi di entri lain..
                                                    Assalamualaikum :)
                                             Ikhlas daripada Cahaya Pemaaf ❤

Lawatan di Kuala Lumpur

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ




Hari ini nak throwback waktu lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur hari itu.
aku dan kelab SPBT melawat  Planetarium,Muzium Polis,Taman Orkid,Masjid Negara dan Beryls Chocolate Wonderland..
Ia merupakan pengalaman yang tak mungkin aku lupakan melainkan aku hilang ingatan °~°
Tapi memang seronok sangat dapat pengalaman lagi setelah 2 tahun tak pergi lawatan tau ;)
Aku amatlah tidak sangka bahawa ini merupakan kenangan terakhirku bersama Maryam..
sebab selepas sahaja cuti 2 minggu,dia telah berpindah ke Kelantan iaitu kampung halamannya kerana masalah tertentu :(

Hilang dah seorang rakan baik aku..
Aku sayang kau Maryam..
Jangan lupakan aku tau..

okey,tak mau sedih2 k.
'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan' ..
sambung balik cerita..

Pada 17/5/2014,
Kelab SPBT telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur..
Pendaftaran bermula pada pukul 8.00 pagi di Bus Stop sekolah.
Tapi aku terlewat 5 minit -..-
tapi masih ada 2 orang yang lebih lewat ..
kemudian kami bertolak ke Beryls Chocolate Wonderland kira-kira pukul 8.15 pagi..
memang seronok sangat kat kilang coklat tu sebab dapat makan coklat percuma..
Lepas itu,aku borong lah sikit coklat kat situ..
Kami tonton dan dengar cara2 hendak membuat coklat tersebut dan Malaysia merupakan negara tersikit yang mengusahakan Koko untuk membuat coklat jika hendak dibandingkan dengan negara yang mengusahakan koko..
macam2 kerja gila kami buat iaitu berselfie,memang sekarang dah jadi trend..

Ini gambar kegilaan kami..

semua ahli SPBT sporting sangat!

dengan Atiqah dan Hidayah °~°

aku kelihatan pendek disitu..asalkan comel :pp

Atiqah and Dayah Again..

ni waktu dengar ceramah tentang coklat..bosan gilosss


Kemudian kami bertolak ke Planetarium..
Ini gambar aku ketika dalam Bas bersama Bestfriend ku Atiqah!



Sampai sahaja di Planetarium,kami bergambar dan mencuba permainan2 disitu *~*



jadi makhluk asing biru..haha

eceh..atiqah naik gelongsor :pp 


ehehem..aku perlu jengketkan kaki untuk Touch The Sky..itulah pendek -..-

macam jam je kan belakang tu?


kami meneruskan lagi aktiviti gila dengan naik tingkat atas melalui lif!

cantik pemandangan bawah tukan?



tudung aku menyakai waktu ini -..-

bersama Atiqah ;)


tak nampak apa pun sebenarnya -_-

dengan jet kot sebelah aku ni??


lepas itu kami bergerak ke bas untuk makan tengahari serta solat zohor..
berjalan kaki untuk ke bas..


Kami makan nasi ayam untuk makan tengahari..
kemudian,aku,Maryam dan Amirah bersolat zohor bersama2..
rezeki kelab SPBT sebab dapat berjumpa Najwa Latiff di Masjid Negara,
aku juga sempat bersnap satu gambar..
ohh..memang seronok sangat..

comelnya kak Najwa *~*

Lepas selesai bersolat,kami bertolak ke Muzium Polis pula..2 tahun yang lepas aku pernah ke Muzium Polis bersama Melur dan rakan darjah4 yang lain..Firdaus pun ada -_-..


ini gambarnya..
ini semua ahli SPBT di tangga Muzium Polis.

kami bergambar semasa meronda Zon C.

bersama patung ..

meriam ohh meriam..marah Maryam ohh..

selfie!

berlagak jadi bos sekejap -..-

tetiba ada minah cun pulak jadi miss boss ni ?apa cerita?

memang best kat Muzium Polis..walaupun dah 2 tahun aku tak pergi,tapi tak ada apa2 pun yang berubah..

Best sangat!

Lepas itu kami pergi Taman Orkid yang merupakan tempat terakhir untuk Lawatan yang sungguh bermakna ini..aku rindu sangat saat ni!

waktu ini aku tengah tulis catatan diari tapi Atiqah sibuk nak ajak bergambar..so,muka aku pun kelakar waktu ini :D

ini muka Happy sebab tenang berada disini..

amboi,minah ni sesuai jadi modelkan?

muka kelakar daripada aku lagi!

muka comel :)

sejak bila pulak aku jadi minah bunga ni?ohh please,aku bukan sebegini orangnya..for me,better be myself o.k.!

di kolam air pancut yang indah.



bunga yang harum..

Taman Orkid Kuala Lumpur...Taraa..

gambar paling cun sekali snap nya..ianya ditangkap oleh akak Form 3..Thanks Akak :D

ini gambar kegemaran aku!cantikkan pemandangan ni + tunggul kayu cuba berposing..nampaknya cubaan aku berjaya!
bolehlah try cabaran jadi model nanti -..-


kemudian,kami pulang dengan menaiki bas dengan perasaan gembira!
gambar kami yang tidak kelihatan sedikit pun penat :/?
iya ke?
Peace From Me and Smile from Atiqah..
Jumpa lagi di entri akan datang jikalau ada umur yang panjang!


Assalamualaikum!
Saya tinggalkan lagi sedikit pesanan!
kita berubah bukan kerana masa,dan masa tidak boleh mengubah kita,
tetapi kita yang perlu berusaha untuk mengubah diri kita sendiri!
memang susah untuk berubah namun dengan ada keyakinan yang tinggi dan usaha yang baik maka,
segalanya akan berubah..
InshaAllah!
ikhlas dari :
Cahaya Pemaaf ❤

Tuesday 17 June 2014

Suria KLCC



ASSALAMUALAIKUM..




Harini nak cerita throwback tentang bulan 12 tahun lepas..

Pada 3/12/2013,
adalah merupakan hari lahirku yang ke 13.
Tapi malangnya,tiada apa yang menyeronokkan..
Tiada sambutan,Tiada hadiah yang ada hanyalah perkara yang membosankan iaitu semua busy dengan perihal masing-masing.

Namun Blink Book ada buat 'Siapa Cepat Dia Dapat' untuk perjumpaan Blinkers 01..
Jadi,aku sengaja masuk untuk mencuba nasib..
dan keputusannya akan dikeluarkan pada 4/12/2013.

Alhamdulillah,keputusan diumumkan dan aku terpilih untuk menyertai perjumpaan tersebut,
Ianya merupakan hadiah yang sangat gembira bagi aku..
hadiah daripada Blink Book dan mama dan abah sebab benarkan aku pergi..
Perjumpaan tersebut diadakan di Suria KLCC..
aku sangat teruja sebab nak jumpa kawan2 Blinkers dan penulis novel yang popular..

Pada 15/12 /2013
adalah perjumpaan Blinkers 01 buat kali yang pertama..
Ianya membuatkan aku rasa sangat gembira+janggal kerana aku tak kenal pun sesiapa yg ada disitu..
Namun,apabila program dimulakan..
aku sudah pun mengenali rakan-rakan disitu.. ^~^

Banyak game yang diadakan dan hadiah yang diberikan..
waktu mengundi,aku terpilih untuk 1 group dengan abang AmanWan .
nama group kami ialah Nomik iaitu Novel+Komik..
kreatif right?

Semasa menunggu Blinkers yang lain bersolat aku dan dua orang rakan blinkers yang bernama Syafiqah Ghazali dan Nurul Farhana meronda-ronda di pusat membeli belah KLCC..
dia sudah biasa dengan KLCC so, aku tak takut sangatlah..
Lepas itu,kami melepak di air pancut..
ini gambar kami..





dan kembali ke tempat perjumpaan.
sementara menunggu lagi,aku dan Syafiqah pun bergambar dengan Abang Azanil dan abang Alam.

ini gambarnya..


Kami meneruskan lagi aktiviti apabila semua Blinkers sudah selesai bersolat zohor..
Ini gambar geng NoMik!







Habis sahaja semua program,aku dan bergambar pula dengan Kak Izanor dan Kak Jumie Jain..
Ini gambarnya..


Kemudian Blinkers boleh pulang ke rumah masing-masing..
Tetapi aku dan Syafiqah menunggu di ruang makan KLCC bersama seorang pengurus Blink Book untuk menunggu abah mama aku dan ayah Syafiqah..

Selepas sejam menunggu,abah dan mama mengajak aku meronda KLCC sambil bershopping..
Haha Best Sangat!
inilah gambar kami sekeluarga!




ececeh,aku berposing..





Mama dan Abah Tercintaaa..

Okey..selesai berjalan-jalan 1 KLCC,
kami pulang ke rumah dengan perasaan gembira..
^~^
Best sangat-sangat!
Tahun ini kalau diadakan perjumpaan Blinkers 02,aku akan pergi bersama Atiqah pula..
ohh..tidak sabarnya...
InshaAllah..

                                    Assalamualaikum..
Jikalau ada umur yang panjang,kita berjumpa lagi pada entri akan datang..
hehe hihi hoho :3

                                    Disini saya tinggalkan sedikit pesanan:
                                 Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤