Sunday 13 December 2015

RisQah Celebrate Birthday!

ASSALAMUALAIKUM..
Pada 13/12/2015..
Tarikh yang mantap sebenarnya sebab aku lahir 3/12 dan Atiqah 12/12 jadi gabungannya menjadi 13/12! Bijak kan? hahaha
Aku dan Atiqah sambut hari lahir kami bersama di IOI.
Izzah turut serta sekali..Ramai sikit baru seronokkan? hahaha
walaupun hanya bertiga..itu dah cukup memadai untuk buat kami ketawa sepanjang hari dan tak kering gusi ;)
Mak Izzah yang rancang nak pergi IOI Mall untuk beli barang-barang sekolah.
Jadi.. aku dan Izzah pun tumpang sekaki untuk pergi sambut hari lahir aku dan Atiqah sekali gus!

Lepas dah teman Izzah beli barang-barang sekolah dia..
Mak Izzah lepaskan kami bertiga untuk pergi jalan-jalan sendiri. Kami pun terus serbu tempat wayang! Tapi malangnya tak ada cerita yang seronok untuk cuti sekolah ini.
Jadi, kami ambil keputusan untuk tengok cerita Snoopy and Charlie Brown.
Cerita itu memang cerita kanak-kanak pasal animasi kartun dia memang nampak terlalu kartun.
Lawak pun lawak. Jalan cerita dia sesuai untuk kanak-kanak sebab biasa sangat.
Tapi aku yang remaja ini pun suka juga pasal Snoopy itu berbakat untuk menjadi penulis.. Dia selalu tulis cerita pasal Tuan dia Si Charlie Brown itu.

Lepas wayang tamat..kami solat zohor dulu sebelum meneruskan jalan-jalan cari makan kami.
Kami makan nasi ayam dengan air mineral sebab tak cukup bajet nak makan mewah-mewah.
Lagipun banyak benda lagi nak beli.Hahaha
Lepas habis isi perut.Kami terus pergi dekat tempat main kanak-kanak untuk tangkap gambar dekat mesin itu.

Kami bertiga selfie!
Atiqah dan Izzah!


Sebelum tangkap gambar guna duit..
Kami tangkap gambar seorang diri dulu dengan wallpaper warna hijau yang cantik ini!
Giliran aku tangkap gambar!
Aku dengan gaya sopannya. Eceh!


Aku tak tahu ini gaya apa😒 Main buat aje..hahah

Ini Atiqah dengan gaya comelnya.. Ehem! Comel ke? 😜

Izzah dengan gaya seperti model lah pulak.. Walaweh!


Lepas dah tangkap gambar guna duit kat mesin itu.. Kami pergi jalan-jalan satu IOI Mall ini. Aku masuk Kedai Buku Popular untuk cari buku Suamiku Paling Sweet tapi malangnya tak ada. Jadi, aku ambil keputusan untuk beli buku Arjuna..I miss you memandangkan nama watak heroin adalah Hani.
Lepas dah berpuas hati dengan novel baru itu..kami pergi masuk kedai cenderahati ini..
Walaweh! Banyak gila patung kegemaran aku ! Iaitu.. Hello Kitty.
Aku nak beli satu.. tapi sayangkan duit. Sorry!
Gumenasai!
Aku berselfie dengan patung Hello Kitty itu! Nampak tak? Kat tudung aku itu ada kerongsang Hello Kitty. Haha betapa fanatiknya aku.


Dalam banyak-banyak Hello Kitty, aku paling tertarik dengan yang ini!
Aku pun selfie sebagai kenang-kenangan.

kalau aku minat Hello Kitty, Atiqah pula minat Monyet. Haha tolong jangan gelak sebab itulah dia.
Lain dari yang lain 😂
Aku dan Atiqah bergambar dengan patung pilihan hati kami!


Monyet Atiqah lambai kat koranglah! lambailah balik!

Izzah memang suka sangat dengan patung-patung Emoticon ini.. Jadi dia pun tangkap gambar!


Aku dengan syurga Hello Kitty!
Patung kegemaran setiap masa!


Lepas dah penat ronda satu IOI Mall yang baru dan lama.. Kami pergi satu kedai baju ini. Izzah belikan RisQah baju yang sama dengan corak yang sama. Sedondon gitu!
Sebagai hadiah hari lahir RisQah!
Lepas dah dapat hadiah.. Kami pergi cuci mata tengok pokok krismas bersama lego-lego besar kat IOI Mall baru itu. Apa lagi.. kami tangkaplah beberapa gambar!








Tengok wayang pun dah, makan pun dah, beli buku pun dah, jalan-jalan pun dah, beli baju pun dah. Jadi apa lagi yang belum? Kami ambil keputusan untuk makan pencuci mulut di Cafe Bean berhampiran pintu masuk IOI Mall bahagian baru. Memang menyelerakan betul!

Lepas pesan makanan.. Kami disuruh tunggu di meja dengan alat pemanggil itu. Kalau makanan dah siap.. nanti benda itu berbunyi. Aku pun selfie dulu sebelum alat itu berbunyi.

Izzah yang tangkapkan gambar ini, Hihihi.


Kami bertiga selfie dulu sementara makanan yang dipesan itu sampai!
Lepas habis je selfie..benda yang ada kat dalam gambar atas ini 👆 berbunyi!
Menandakan pencuci mulut kami dah siap!

Masa untuk menjamu selera! Inilah pencuci mulut yang kami pesan! Nampak menyelerakan kan?
Masa untuk makan! Itadakimasu!

RisQah potong kek! Inilah kek hari jadi kami.. sedap! Kek campur aiskrim campur coklat! Gabungan yang mengagumkan! Masa untuk menjamu selera!


Aku dengan pelbagai aksi terhadap aiskrim yang lazat ini!
Maklumlah, aku tak pernah makan mewah-mewah macam ini. Haha

Atiqah pun dah rasmikan ABC oreo itu. Selamat menengok! Haha
Lepas habis makan.. aku telefon mak aku untuk ambil kat IOI ini. Dalam pukul 7.00 malam kami balik, Hantar Izzah lepas itu Atiqah lepak rumah aku sampai abang dia ambil  dalam pukul 10.00 malam.

Sekian sahaja entri aku untuk kali ini! ✌ Dari aku !
Semoga kita bertemu lagi di entri akan datang! Hari paling seronok bagi aku.. Tahun ini tak tahulah nak sambut kat mana pulak..Ada idea? Haha okeylah Bye!
Ja-Ne!!

Ditaip oleh:Cahaya Pemaaf ❤