Friday, 19 August 2016

Trip to Malacca

Assalamualaikum..
Pada 19/8/2016..
Kami sekeluarga pergi bercuti di Melaka untuk meluangkan masa cuti bersama.
Lagipun keluarga aku ini memang jarang nak pergi bercuti sama-sama apatah lagi pada hari sekolah.
Kami bercuti selama 3 hari 2 malam di Swiss Garden Hotel Melaka.

Kami bertolak pada pukul 2.00 petang dan sampai pukul 5.00 petang. Kami menginap di Swiss Garden dan check in dulu sebab belum daftar bilik lagi.

Aku selfie dalam kereta dulu sebelum perjalanan yang jauh dan memenatkan itu. Aku pakai tudung stail lain sikit. Lawa tak aku pakai stail ini? Aku main lilit aje dan terhasillah lilitan begini. Asalkan sedap mata memandang, aku pun reda jelah pergi Melaka dengan serba ringkas.


Sesampainya disana, lepas check in Hotel , kami gerak ke fun fair belakang Hotel yang kelihatan menyeronokkan. Orang pun tak ramai mana.. Jadi kami pun reda ajelah.

Haziq bersama hantu pontianak dan hantu pocong.

Aku bersama kubur dan tangan manusia dikerat 14!(auta aje)

Aku dengan Dracula. Bulan 10 nanti ada Haloween mengikut kepercayaan kristian.
Jadi aku bersama dengan Dracula. #Monstober

Hantu jerangkung yang tergantung. Asalnya itu manusia tapi kering kontang hingga kulit pun tertanggal daripada rangka. 

Haziq dicekik Jerangkung hitam. Alamak! bagaimana ni?

Adik beradik aku bersama hantu lanun yang mati di Pulau akibat kapal karam.

 Abah bersama hantu jerangkung hitam tadi.

Mama. Abah, Huda dan Hasya.

Kami naik Ferris Wheel ini pula selepas puas bergambar di rumah hantu tadi. Mama yang gayat buatkan aku turut gayat. Hmm..

Haziq yang berdiri dalam benda ini. Aku dah kecut perut sebab goyang-goyang dalam benda ini. Takut woi!

Pemandangan yang cantik pada waktu malam. Esok kami akan lalu sungai Melaka itu nanti. Seronoknya!

Dibawah ini ada permainan lembu gegar dan kapak itu. Huishh.. aku memang tak berani kapak itu. Kecut woi! kang tak pasal-pasal terkucil pulak.

Haziq buat peace!

Abah yang sengaja goyangkan benda ini nak bagi aku dan mama bertambah gayat!

Banyak kereta walaupun dah malam macam ini.


Kami masuk bilik setelah penat berjalan-jalan di fun fair! Malam itu tidur agak lena sebab penat gila. Aku bangun awal pagi untuk subuh dan siap-siap untuk jalan-jalan dan makan tengahari nanti.
Aku selfie di atas pemandangan yang cantik. Nanti kami akan ke Sungai Melaka itu nanti.

Adik-beradik aku di Melaka River Cruise! Kami akan naik cruise itu nanti dengan gembiranya! Tak sabar nak tunggu giliran kami naik benda itu!

 Huda dan Hasya.

outfit of the day aku disini.

Mama dan Abah pun nak juga! Aku lah photographer!

Abah dan Haziq dah siap sedia untuk naik cruise itu kejap lagi.

Kami naik cruise sambil menikmati keindahan pemandangan seni yang cantik sambil diterangkan tentang sejarah Melaka.

Kemudian, kami berjalan ke tempat meriam yang merupakan alatan senjata terpenting untuk menyerang orang British dulu semasa peperangan.

Pakaian seharian aku berjalan-jalan di Melaka.


Adik-beradik aku di tempat pemandangan yang cantik! Ada kapal terbang dan taman untuk berehat.
Mama dan Abah dan adik beradikku yang lain.

Adik beradik aku di tempat bersejarah ini! Bila lagi nak datang sini kalau bukan hari ini. Ye dak?
Huda berposing bukan main lagi.


Abah bersama budak-budak gediksss..

Haziq bersama budak-budak gediksss..

Abah tangkap gambar pemandangan.

Aku bersama budak-budak gediksss..

Budak-budak gedikss.



Kami jalan lagi untuk membeli-belah souvenir untuk dibawa balik ke rumah.

Lepas itu kami naik Menara Taming Sari! Mama dan Huda tak nak naik sebab takut. Gayat katanya. Tapi bila dah naik.. Tak seram langsung do! Best adalah!



video

Kami berjalan lagi tapi kali ini ke Taman yang luas pula. Seronok dan penat bercampur-baur~!


kapal bersejarah masa peperangan dulu. Bestnya dulu-dulu pun dah canggih ada kapal cantik macam ini kan!

video

Lepas dah puas jalan. Perut pun automatik rasa lapar.
Kami pergi satu kedai makan ini untuk makan malam.






Kacang dal kegemaran Abah menjadi pilihan hati.

Nasi goreng seafood aje untuk aku berserta air bandung!

Malam terakhir tidur dengan lena juga. Aku bangun pagi bersertakan pemandangan yang indah dan cahaya matahari yang bervitamin. Aku juga bersiap untuk mandi kolam dan boleh bersiap sedia untuk pulang ke rumah tengahari nanti!
Hasya!~

Haziq!~

Aku!~

Last but not least..
A memory with family is thousand times better than friends.
No matter what they are and no matter what you are.. Family will accept all the weakness you have.
After all, we are human. We make mistake and we are not perfect. Family will support you if you're down one day. But the only good friend will help you to get up. So, what are you waiting for? Spend time with your family and stop being busy all day. We are human and we can't live forever. One day, we'll go far away.. Away from family.. Away from friends.

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤