Saturday 28 January 2017

Cik Nor Wedding!

Hai Assalamualaikum!
Lama dah jari aku tak menari-nari untuk menaip entri terbaru.
Hachummm! Berhabuk dah.
Tak ada kisah yang luar biasa pun untuk entri kali ini cuma Cik Nor aku yang merupakan makcik aku atau adik bongsu perempuan ayah aku telah berkahwin!

Pada 28 Januari 2017.
Cik Nor aku mendirikan rumah tangga bersama En Yaakob yang merupakan kawan sekolah pakcik aku En Ba'ie. Pakcik aku, En Baie ni kawan lama En Yaakob. Siapa sangka, jodoh pertemuan mak cik aku adalah dengan kawan abangnya sendiri.
Betul lah jodoh itu rahsia Allah.

Ini adalah gambar2 yang ditangkap oleh aku sendiri pada hari pernikahan mak cik aku. Tak sangka Cik Nor aku dah kahwin. Huhu 😢





 ibubapa kepada kedua-dua belah pengantin.

Pakcik2 aku bersama Cik Nor. 
p/s: ayah aku yang paling kanan sekali 😄😄


 aku bersama makcik sedara aku iaitu Haifa. 
Kami sebaya sebenarnya 😂

Me and Mom 😂

 Mama dan Abah 💘

Mama dan Nenek. 💕




Alololo comelnya pengantin kita ni 😍


Seterusnya, adalah hari perkahwinan Cik Nor dan En Yaakob. Bagai pinang dibelah dua Raja Sehari kita ni tau 😍


Mama dan Abah beserta adik kecil aku ni.

Mama dan Abah 💖

Mama dan jiran, Cik Yati.

Siapa sangka aku dapat berjumpa dengan senior sekolah aku yang sedang menunggu keputusan SPM mereka pada tahun ni. Seronok dapat jumpa senior lama dapat membawang 😂

Siapa sangka aku dapat jumpa kawan sekolah rendah agama aku dulu. Rabiatul Balqis. Makin lawa dia sekarang 😍

Bukan gadis-gadis tapi bini-bini orang 😂

 Si Lelaki- lelaki 😏

Si kenit-kenit 😍

Gadis-gadis feat Bini orang di tengah itu 😂


Aku dan Haifa 💕

Aku dan senior paling fav, kak Hazlin.

Semua keluarga belah ayah aku. Bukan tak ramai 😂
Bersyukur lahir dalam kehidupan ahli keluarga yang ramai ini. Seronok!


Gambar sempena penutup entri aku kali ini. Aku dan adik2 perempuan kesayangan aku, Huda dan Hasya 💖 Apapun, tahniah Cik Nor dan En Yaakob. Selamat menempuhi alam perkahwinan.! 💗