Tuesday 17 June 2014

Suria KLCC



ASSALAMUALAIKUM..




Harini nak cerita throwback tentang bulan 12 tahun lepas..

Pada 3/12/2013,
adalah merupakan hari lahirku yang ke 13.
Tapi malangnya,tiada apa yang menyeronokkan..
Tiada sambutan,Tiada hadiah yang ada hanyalah perkara yang membosankan iaitu semua busy dengan perihal masing-masing.

Namun Blink Book ada buat 'Siapa Cepat Dia Dapat' untuk perjumpaan Blinkers 01..
Jadi,aku sengaja masuk untuk mencuba nasib..
dan keputusannya akan dikeluarkan pada 4/12/2013.

Alhamdulillah,keputusan diumumkan dan aku terpilih untuk menyertai perjumpaan tersebut,
Ianya merupakan hadiah yang sangat gembira bagi aku..
hadiah daripada Blink Book dan mama dan abah sebab benarkan aku pergi..
Perjumpaan tersebut diadakan di Suria KLCC..
aku sangat teruja sebab nak jumpa kawan2 Blinkers dan penulis novel yang popular..

Pada 15/12 /2013
adalah perjumpaan Blinkers 01 buat kali yang pertama..
Ianya membuatkan aku rasa sangat gembira+janggal kerana aku tak kenal pun sesiapa yg ada disitu..
Namun,apabila program dimulakan..
aku sudah pun mengenali rakan-rakan disitu.. ^~^

Banyak game yang diadakan dan hadiah yang diberikan..
waktu mengundi,aku terpilih untuk 1 group dengan abang AmanWan .
nama group kami ialah Nomik iaitu Novel+Komik..
kreatif right?

Semasa menunggu Blinkers yang lain bersolat aku dan dua orang rakan blinkers yang bernama Syafiqah Ghazali dan Nurul Farhana meronda-ronda di pusat membeli belah KLCC..
dia sudah biasa dengan KLCC so, aku tak takut sangatlah..
Lepas itu,kami melepak di air pancut..
ini gambar kami..





dan kembali ke tempat perjumpaan.
sementara menunggu lagi,aku dan Syafiqah pun bergambar dengan Abang Azanil dan abang Alam.

ini gambarnya..


Kami meneruskan lagi aktiviti apabila semua Blinkers sudah selesai bersolat zohor..
Ini gambar geng NoMik!







Habis sahaja semua program,aku dan bergambar pula dengan Kak Izanor dan Kak Jumie Jain..
Ini gambarnya..


Kemudian Blinkers boleh pulang ke rumah masing-masing..
Tetapi aku dan Syafiqah menunggu di ruang makan KLCC bersama seorang pengurus Blink Book untuk menunggu abah mama aku dan ayah Syafiqah..

Selepas sejam menunggu,abah dan mama mengajak aku meronda KLCC sambil bershopping..
Haha Best Sangat!
inilah gambar kami sekeluarga!




ececeh,aku berposing..





Mama dan Abah Tercintaaa..

Okey..selesai berjalan-jalan 1 KLCC,
kami pulang ke rumah dengan perasaan gembira..
^~^
Best sangat-sangat!
Tahun ini kalau diadakan perjumpaan Blinkers 02,aku akan pergi bersama Atiqah pula..
ohh..tidak sabarnya...
InshaAllah..

                                    Assalamualaikum..
Jikalau ada umur yang panjang,kita berjumpa lagi pada entri akan datang..
hehe hihi hoho :3

                                    Disini saya tinggalkan sedikit pesanan:
                                 Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

No comments:

Post a Comment