Monday 26 December 2016

Ayer 8, Putrajaya

Assalamualaikum..
 Pada /11/2016 yang lalu, Aku dan keluarga belah mama aku mengadakan hari santai sempena cuti sekolah ini. Kami berkumpul di Ayer 8, Putrajaya pada pukul 5.00 petang untuk ke Tasik Putrajaya belakang itu dan main kereta kayuh yang amat popular disini. Itulah tujuan kami berada disini sebenarnya. Untuk mencuba permainan yang tak pernah dicuba ini dan meluangkan masa cuti beriadah bersama keluarga.


Kami selfie dulu sementara menunggu ahli keluarga yang lain untuk berkumpul.


Orang memang ramai pada hari itu menyebakan kami terpaksa menunggu giliran untuk naik kereta kayuh itu tapi pada pukul 8.00 malam nanti. Sementara menunggu beberapa jam lagi, kami mengisi perut yang lapar dengan makan sate. Sememangnya sate disini memang tak boleh lawan sate Kajang tapi ianya memang lazat dan besar-besar saiz satenya. Tapi harganya memang sepadanlah sebab satu cucuk sate ialah RM1.50.

Meja aku dan ahli keluarga yang lain duduk.

Meja ahli keluarga aku yang lain duduk.

Ini gambar selfie aku bersama sepupu aku, Tasya (tudung kuning itu) dan kawan baik Tasya iaitu Raihana yang duduk sebelah aku itu. Tasya bawa Raihana untuk bermalam satu hari dirumah nenek aku itu.


Masa berdetik bergerak laju sehingga ke jam 8.00 malam dan seperti yang dirancangkan, kami menunggu giliran untuk naik kereta kayuh itu. RM25 untuk kereta dan RM35 untuk van. Boleh duduk seramai 8 atau 10 orang dalam satu van tetapi hanya 4 atau 6 orang dalam satu kereta.
Kereta ini perlu dikayuh oleh orang yang dinaikinya baru boleh gerak, hahaha nama pun kereta kayuh kan.

Gambar aku, maksu, mama dan budak-budak.

Gambar aku,mama,Huda dan Hasya.


Tiba giliran kami, kami duduk dalam van dan mengambil tempat masing-masing.

Atuk dan nenek yang sweet aje.

Van pun berlepas.

Disebabkan semua dalam van yang aku naik ni tak larat nak kayuh sebab bawa aku dan mama.. Jadi kami terpaksa tukar tempat dan bagi aku duduk dengan nenek pula. Lagipun nenek memang tak larat nak kayuh. Kang tak pasal-pasal, sakit kaki pula.

Gambar van yang aku naiki. Memang seronok sebab duduk belakang aje dengan nenek. Relax ajelah sambil menghayati angin malam.

Sebelum nak balik ke rumah iaitu selepas menyampaikan hasrat kami untuk naik kereta kayuh ini, aku pun tangkap gambar dengan satu-satunya sepupu perempuan yang sebaya dengan aku sebagai kenangan. Kami memang jumpa setahun sekali sahaja. Rindu tak usah katalah. Kami dan faham sangat apa makna rindu itu.

 Ini gambar outfit of the day aku pada hari ini di Ayer 8, Putrajaya.

Kenangan ini akan terpahat di ingatan dan di hati kerana sesungguhnya masa yang dimanfaatkan bersama kelurga adalah detik yang sangat berharga. Sangat seronok dan menggembirakan hati. Jikalau ada masa terluang lagi, kami akan kesini lagi dengan aktiviti yang lain pula. Anda pun boleh meluangkan masa bersama keluarga disini kerana memang tempat ini sesuai untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga.

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

No comments:

Post a Comment