Monday 26 December 2016

Cousin Day Out!

Assalamualaikum..
Topik penceritaan aku pada hari ini ialah tentang hari bersejarah kami iaitu Cousin Day Out!
Ini merupakan kali pertama aku dan semua sepupu perempuan sahaja mengadakan acara jalan-jalan di One City Mall. Teruja usah katalah. Memang teruja habis memandangkan ini kali pertama dan tak payah keluar duit pula itu. Semuanya ditanggung Paksu dan Maksu termasuk pengangkutan, wayang dan makanan. 


Ceritanya bermula sehari sebelum cousin day out ini, aku dan Tasya bermalam di rumah nenek memandangkan kami memang rapat dan sebaya pula itu. Kami buat macam aktiviti terutamanya makan, makan dan makan. Ini semua gara-gara nenek yang tak habis-habis panggil kami suruh turun bawah untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Kalau aku duduk rumah aku, sehari sekali sahaja untuk makan. Jadi memang terasa lain bila duduk dengan nenek.
Ini gambar aku dan Tasya yang teruja asyik kena paksa makan. Kalau tak nak makan, sah-sahlah kami kena makan dengan bebelan nenek. so, you choose. Sama ada nak makan nasi atau bebelan. Hahaha

Esok paginya kami terus berjalan kaki (bukan untuk bersenam ya!) Tapi untuk ke sekolah Tadika berdekatan kerana diadakan majlis pembukaan sekolah tadika. Tengok, kena makan lagi. Hahaha Gemuk aku duduk kat sini. Aduyai..

Kami selfie dengan Alia, sepupu aku yang setahun lagi muda daripada kami tapi nampak macam bertahun-tahun kami tua sebab badan dia yang kecil sangat. Hahaha

Waktu ini kami dah nak bertolak ke One City Mall memandangkan Paksu dan Maksu dah bagi arahan suruh naik kereta Alza milik mereka. Kami selfie dulu sebelum masuk kereta.

Sesampainya disana, menggila lah kami! asyik selfie dan ketawa aje. Buktinya terselah dalam gambar ini. Bila waktu siang, tak rasa takut langsung diri atas cermin ini sebab tak nampak sangat dekat bawah itu. Kalau waktu malam pula, memang bergetarlah kepala lutut nak diri atas itu seorang diri. Masa depan bukan kita tahu sama ada kukuh ke tidak, selamat ke tidak kan?

Kami terus masuk wayang kat sini. Besarnya tak usah cakaplah. Besar tapi sunyi. Cantik tapi tak ramai orang. Macam tempat ekslusif gituuu..



Aku dan Tasya teruja nak masuk wayang.



Kami berlima pilih cerita Goosebump memandangkan trailer nya nampak agak menarik. Paksu pun ikut dan tolong bayar popcorn hihihi murah rezeki Paksu dan Maksu. Hehehe #kakibodek

Ini gambar kami selfie sebelum masuk wayang dan layan cerita Goosebump itu. Seronok weh! Dapat pengalaman dan peluang macam ini memang tak dapat dilepaskan. Sekali sekala pun kena nikmati setiap detik bersama.

Ini gambar outfit of the day kami, walau jarang macam mana sekali pun kita berjumpa. Kita tetap ahli keluarga yang ada pertalian darah yang sama. Tetap ada salasilah keturunan yang sama walaupun kita tidak serapat mana. Hayati dan nikmati masa yang terluang bersama kerana peluang tak datang bergolek depan mata. Kecapi bahagia bersama walau hanya sementara cuma. Ada masa lagi, kita jumpa dan luangkan masa bersama.

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

No comments:

Post a Comment