Saturday 10 January 2015

Projek Dekor-Dekor!

Hai! 
Selamat tahun baru! 
Tahun baru! Dekorasi bilik pun mesti kena baru! 
Betul tak? 
Hehe

Pada 1 Januari 2015..
Merupakan hari aku mendekorasi bilik. 
Nak tahu cantik ke tak, sila baca sampai entry ni habis :P
Terima kasih :-)

Aku mula mendekorasi bilik dengan mengemas katil. 
Tapi..tak ada sebelum selepas ek. Hihi

Kemudian, aku dekorasi bilik dengan menampal gambar aku dibahagian tertentu seperti tepi almari, dalam almari dan atas meja. 
gambar waktu kecil. 
He he he. 


gambar  keluarga waktu  raya, gambar  aku  waktu  kecil  dan  gambar  Huda  dan Hasya..
Itu  semua  produk yang  aku  gunakan. 



Ini dekorasi barang aku seperti jam ,gelang, 🐻 bear, gambar dan  sebagainya.. 


  Pendingin  hawa pun cuci Dan letak  Jam baru kat situ. :-P


ini hiasan dekat ampaian tuala aku.
ianya khas untuk tempat patung kesayangan aku iaitu Salina dan Pooh :)


ini meja tempat aku belajar dan menaip blog aku ini :P
aku hiasnya dengan meletak kalendar,gambar raya keluarga,madu Honey dan my beloved strawberry!



ini almari tempat barang kesayangan aku.
aku hiaskannya dengan meletak 2 bantal dari Cameron Highland iaitu Rama2 dan juga Bunga.
juga terdapat belon smiley. Lain-lain itu tempat letak beg,telekung,Buku,Tong Sampah dan tempat jahit.
yang warna biru tepi almari tu adalah tempat senaman aku.
ianya amat menyelesakan.




ini tempat khas buku novel genre dewasa.aku hiaskannya dengan meletak Doraemon dan crown.
Juga terdapat bekas polkadot yang comel!



ini tempat khas untuk buku sekolah.
aku hiaskan dengan meletak Teddy Bear yang aku dapat waktu Jamuan Pengawas.
Juga diletakkan bunga warna pink yang merupakan sepit rambut -_- dan juga kad Manilla terbuang kemudian digunting jadi nama aku. =_=



ini tempat khas untuk buku novel kegemaran aku iaitu AinMaisarah.
ada 36 buah novel dibelakang kotak itu.
aku hiaskannya dengan meletak bunga berwarna ungu,daun,Mr.Bear,Rama-rama dan juga Mini Minnie Mouse 😁


ini tempat khas untuk buku novel genre remaja.
ianya sedikit unik kerana aku hiaskan dengan meletak hiasan antik dan juga set Hello Kitty.
dan apabila aku gabungkannya,ia menjadi kebaboom!

ini adalah Almari yang aku kenalkan tadi.
Cantikkan?



ini adalah set barang antik yang aku kenalkan tadi.ianya unik dan cantik untuk dihias !


ini adalah keseluruhan hiasan aku tadi.
adakah ia menarik?
sudah semestinya!
anda juga boleh cubanya untuk menghias bilik anda.
biarpun aku menghias dengan menggunakan barang kitar semula tetapi aku mendapat hasil yang lebih menarik!


Sekian dari si penggemar dekor..
Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

No comments:

Post a Comment