Saturday 10 January 2015

Projek Diet!

Hai!
harini aku nak bagi sedikit tips tentang diet!
sememangnya diet dan perempuan memang tidak boleh dipisahkan.
Semua wanita didunia ini mempunyai keinginan untuk kurus dan langsing seperti Model.
Dan,semua itu tidak akan mungkin berlaku tanpa usaha.
Salah satu usaha untuk kurus ialah berdiet.

Salah satu punca kita gemuk atau berat badan berlebihan ialah makan tanpa henti.
Jadi, PERHATIKAN TABIAT MAKAN KITA!
*Adakah kita terus makan walaupun sudah kenyang?
*Adakah kita sentiasa makan?
*Adakah kita makan mengikut nafsu?
*Adakah kita ketagihan makanan?
*Adakah kita gemar makanan yang berlemak dan berminyak?
*Adakah kita menggilai makanan dan minuman manis?
*Adakah kita makan terlalu banyak snek?

Jika jawapannya ialah "Ya" maka kita perlu mengubahnya.
Apa yang kita makan perlu setanding dengan aktiviti harian kita kerana (1000 kalori bersamaan 1 kilo kalori)
kalau kita tidak bersenam,tenaga dalam makanan ini akan menjadi lemak yang berkumpul diperut,badan,lengan dan sebagainya.

Cara untuk kurus ialah mengawal kuantiti kalori makanan apa yang kita makan..
semestinya kurang dari 2100 kalori bagi perempuan.

APA ITU KALORI?
Kalori ialah 1 unit tenaga dan kita dapat kaitkan dengan makanan.
Secara spesifik,kalori adalah kandungan tenaga atau haba yang diperlukan bagi meningkatkan suhu satu gram air sebanyak satu darjah celcius.

Disini,ada banyak jenis makanan serta kalori yang terdapat dalam makanan.
Diharapkan ia sedikit sebanyak membantu anda untuk menjalankan Projek Diet!


































Kita perlu kenal pasti jenis diet yang kita lakukan..
Antaranya..
*Diet Epal atau Detoks
#ianya tidak baik kerana buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat.
tidak ada protein dan juga lemak yang diperlukan untuk melakukan aktiviti seharian.
Makan buah-buahan memang boleh menurunkan berat badan dengan cepat namun ianya akan membuatkan protein dan air dalam badan berkurang.kehilangan air terlalu banyak boleh membahayakan ginjal.

*Diet Elak Nasi
#Makanan seperti nasi,mi dan roti mempunyai karbohidrat .Tetapi nasi mempunyai khasiat yang lebih baik berbanding roti dan mi kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi kaya dengan protein dan serat.
#Cara terbaik ialah kurangkan kuantiti makan nasi seperti kurang senggegam atau 1/2 senduk nasi.
Jangan terus bermusuh dengan nasi.

*Makan Tiga Sudu
#Diet ini tidak baik kerana ia membuatkan perut kita terus berlapar dan keinginan untuk makan lagi.
#Cara terbaik ialah makan dengan perlahan atau mengikut sunnah nabi iaitu kunyah selama 44 kali.


Seterusnya ialah TIPS ATASI PERUT BUNCIT.
*bersarapan dengan yogurt
*jangan gelojoh tetapi kunyah dengan perlahan
*kurangkan garam
*minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
*Banyakkan berjalan dan bersenam terutamanya senaman sit up
*Menari seperti hip hop atau dandut boleh melangsingkan badan
*Pengambilan buah seperti pir dan epal mengandungi banyak air dan ianya mengimbani kuantiti air dalam badan

Diet,diet juga..bersenam jangan lupa.
Senaman dipercayai membantu niat kita untuk kurus.
Senaman yang biasa diamalkan untuk kurus ialah :
*80 Jumping Jacks 
*20 push up
*40 sit up
*50 squats
*20 lunges
*60 second sit wall
*30 sumo squats

Selain itu anda juga boleh amalkan asas yoga yang amat mudah dilakukan.

Sekiranya anda masih kebuntuan untuk mengawal diet makan sehari,
anda boleh ikuti cara saya makan memandangkan saya dalam proses berdiet.
Sekiranya berjaya,saya akan memberitahu dilain entry :)

6.00 pagi: sarapan = #2 keping roti white wholegrain
                                 #Air green tea
                                 #Tin kaya yang perlu disaluti pada roti
7.00 pagi:bersenam
10.00 pagi:Makan satu biji epal atau pir

12.00/1.00 tengahari : Makan tengahari= # 1 1/2 senduk nasi
                                                                  #1 biji telur
                                                                  #1 besar tapak tangan ayam/ikan
                                                                  #2 senduk sayuran berlauk
                                                                   #air suam 
                                                                (Bergantung pada menu seharian.saya akan makan 1 dari                                                                         semua pilihan)

3.00 petang: Makan kekacang (10-12 biji)
5.00 petang:bersenam atau main basikal
10.00 malam: Minum air Milo panas sebelum tidur dan bersenam

Diharapkan ia mampu membantu anda kalau tak banyak pun mesti sikit :P
hehehe 😊

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

No comments:

Post a Comment