Wednesday 7 January 2015

Mimpi..


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Hai..
Topik malam ini ialah Mimpi.
Ini adalah kali pertama aku taip blog di Telefon bimbit.
Aku sendiri tak percaya.
Tak sangka blog boleh ditaip menggunakan telefon bimbit.
Hehehe.

Berbalik kepada topik harini.
Berkenaan dengan mimpi.

Ramai yang percaya bahawa mimpi itu adalah mainan tidur.
Tapi tak bagi aku.
Selama 14 tahun aku hidup,aku mempunyai banyak pengalaman berkenaan dengan mimpi.

Untuk makluman,terdapat 3 jenis mimpi:
1)Mimpi dari Allah
2)Mimpi dari Syaitan
3)Mimpi yang disebabkan angan-angan yang terlampau

Mungkin dari ketiga-tiga mimpi ini boleh berlaku pada kita.

Mimpi dari Allah ialah mimpi yang baik.
Kalau kita percaya dengan mimpi yang baik itu, InshaAllah ia akan terjadi.

Mimpi dari Syaitan ialah mimpi yang tidak baik.Kebanyakkannya tidak terjadi jika kita tidak selalu memikirkannya.
Tetapi,kalau kita selalu risau dan fikirkannya ia boleh terjadi.

Mimpi sebab angan yang terlampau.
Contohnya,kita terlalu teringin nak ke sesuatu tempat .
Dalam mimpi kita,kita mimpi kita dapat kesana.
Kebanyakkan mimpi seperti ini adalah mainan tidur sahaja.
Tapi jika kita benar-benar tekad mengumpul duit,InshaAllah mimpi itu akan menjadi kenyataan.

3 mimpi itu hanyalah asas sahaja.
Ianya bergantung kepada kepercayaan kita.

Aku ada banyak pengalaman tentang mimpi.tapi..aku akan beritahu cuma beberapa sahaja.
Mimpi-mimpi ini semuanya sudah menjadi kenyataan.

Sewaktu aku Darjah  5,
Aku bermimpi yang aku membuai bayi  yang berada dalam buaian ketika cukur jambul.
Selepas beberapa bulan selepas itu,Mak aku disahkan mengandung.
Aku mula berfikir yang mimpi itu berkaitan dengan adik aku yang bakal lahir nanti.

Sewaktu aku darjah 6,mak aku buat kenduri cukur cambul adik aku dan ianya bagai mimpi terjadi 2 Kali.
Aku membuai adik aku ketika marhaban.
MashaAllah :D

Sewaktu aku darjah 6,
Sekali lagi aku mimpi tentang bayi.
Tapi bayi ini berambut kerinting lebat dan agak sedikit gelap berbanding adik beradik aku.
Selepas 3 bulan,mak aku disahkan mengandung.
Tapi doktor tak membenarkan Dan memberi ubat pil gugur kerana ia berisiko.
Tapi..Mak aku tetap mahu cuba.
Alhamdulillah.adik aku yang lahir itu betul-betul berambut kerinting dan sedikit gelap berbanding adik beradik Ku.

Aku juga ada mimpi yang aku menjadi pengawas sekolah disekolah menengah.
Alhamdulillah.sekarang aku dah jadi pengawas sekolah.

Dan ada banyak lagi mimpi.
Tapi tak mahu cerita lah.
Hahaha..

Apapun..kalau korang bermimpi sesuatu Dan sangat percaya bahawa benda itu akan berlaku.Dengan izin Allah,ia boleh berlaku.
Semua mimpi ni ada yang baik Dan buruk.
Bergantung pada diri sendiri untuk percaya atau tidak.

Hehe..sampai disini sahaja entry aku.
Sehingga berjumpa lagi dientry akan datang.
Pukul 11.00 malam Sudah.
Okey..Mimpi Indah!
Assalamualaikum..


Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf <3



No comments:

Post a Comment