Monday 16 November 2015

Hari Raya 2015


Memandangkan PT3 dah lepas.Bebanan aku dah tak ada.. Jadi, aku ambil keputusan untuk update blog yang tertinggal lama ini.Kesian.. Tak sampai 2 tahun dah terabai.Itulah masalah bila penulis blog ini sibuk.Sibuk dengan menulis novel.Sibuk dengan aktiviti diri sendiri.Sampaikan segala kenangan dan memori tahun ini tak tercatit lagi.Walaupun ada beribu gambar dalam laptop aku.Tapi masih tak cukup untuk mengenang memori kalau tak ditulis.Lagipun hobi aku kan menulis :P

Hari ini aku nak throwback raya!
Raya tahun 2015 ini taklah seseronok mana.Biasa sahaja.Aku ini walaupun ada sepupu perempuan yang sebaya tapi waktu raya bukan main susah nak jumpa.Tahu kenapa? pasal mereka semua duduk jauh.Itu pasal aku ini antara cucu kesayangan bla bla (perasan :P)

Itu yang boring bila tak ada kawan ini.Aku biasa menghabiskan hari raya dengan makan,makan dan main dengan adik! Ahahaha berat naik? Apa aku kisah :P

Tema raya tahun ini ialah Peach! Nampak macam pink tapi kalau anda semua nak tahu..Peach ini ada macam-macam jenis.Termasuklah peach yang hampir pink ini.

Kami beraya di rumah nenek belah ayah aku dulu.Sebab dekat dengan rumah aku.Tak sampai 1 kilometer pun.Jalan kaki 15 minit dah sampai!


Ini keluarga belah ayah aku yang ada pagi raya itu.Kalau ikutkan..adik beradik ayah aku je dah 14 orang.Sepupu aku termasuk yang baby2 semua dah hampir 55 orang!
Memang ramai nya tak payah cakaplah! Itu pun ada lagi 3 orang adik ayah aku yang belum kahwin.
Meriah tak meriah lah..
Tapi sepupu yang sebaya aku cuma 2 orang saja.Aku ini jenis pendiam kalau kat kampung.Diam dan suka main dengan budak-budak.Actually .. aku tak suka budak.Tapi budak yang suka aku! Hahaha


Lepas itu pergi rumah nenek belah mak aku.Keluarga aku yang ini ada keturunan Pakistan+Turki.
Memang kuat juga lah keturunan belah mak aku ini.Sebab itu muka aku bukan muka melayu sangat.
Hahahahaha


Suka gila gambar ini! Suka sebab sepupu aku ambilkan.Aku dengan dia dulu rapat sebab kami sebaya walaupun dia tu lelaki.Lepas dia masuk MRSM..aku jarang tegur dia.Dia jelah yang tak habis-habis kacau hidup aku.Kalau kacau je tak apa tapi ini siap nak mengusik buat aku angin satu badan! 
Hahaha


Seperti yang aku katakan...Peach ini ada bermacam jenis! Ini keluarga belah mak aku yang pakai tema peach untuk raya tahun ini.Tak semua ada. Adik beradik mak aku ada 7 orang.Tapi sepupu aku tak adalah ramai sangat,Tapi memang kalau buat gathering.. memang meriah! sebab mak cik aku suka gosip dan aku pula telinga lintah.Hahaha suka dengar sebab aku kan pendiam kalau kat kampung.Atiqah je yang tahu macam mana perangai aku kat kampung.Pasal dia pernah tidur dengan aku kat kampung.Atiqah cukup benci karakter aku kalau kat kampung.Katanya pendiam,buat kerja sendiri lepas tu matang sangat!
Hahahah


 Ini outfit of the day raya saya! Mohon suka! Hahaha aku punya baju gila simple!
You know why? Sebab aku selesa baju macam ini. Longgar tak ikut badan.Baru nampak gadis kampung.Tapi ini bukan sebarang gadis kampung.Pasal kampung aku paling jauh kat Shah Alam.Shah Alam itu bandar okey! Lagipun aku tak makan sambal belacan,tempoyak dan sebagainya!aku tarak suka :') kesian..



Okey! Mari berjumpa lagi di next entry.What?
Police Entry went to jungle?

Hahaha sambung lagu diatas 👆

Sekian dari saya,Selamat Hari Raya untuk tahun depan! kita puasa awal tau..Bulan Jun!


Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤


No comments:

Post a Comment