Monday, 16 November 2015

Hang out !

Hari ini aku nak throwback hang out dengan Atiqah!
Tak jauh pun.Eon Big je!
Tapi cukup gembira beb! sebab Atiqah ada!
Asalnya kita orang pergi keluar untuk pergi klinik sebab Kak Fatihah (kakak Atiqah) kena buat check up untuk masuk kolej!
Pergi banyak klinik sebab nak cari paling murah bayaran.
Hahaha

Lepas dah cari klinik yang best kita orang lepak eon big untuk cari barang seni Atiqah.Nak dijadikan cerita..jumpa ayah aku sendiri! 
Terkantoi!Actually I don't see my father at that time.
But my father saw me.So,he told my mom.
Balik rumah memang kena bebel bla bla bla.
Aku kan anak terbaik harapan keluarga!
hahahaha cenggini haa 👍👍

Ini waktu selfie dalam kereta abang Atiqah!
Aku post yang paling lawa je.Sebab Atiqah kalau pegang kamera..dia tengok muka dia je -..-
So,muka aku konfem dah bergerak..sakai dan terpejam mata dan masalah yang seangkatan dengannya.


Dan.. Kalau aku pegang kamera..inilah hasilnya!
Taraa...Lawa idok muka aku. Aku tak selawa retis Malaysia ini.Tapi asal muka putih bersih tanpa jerawat dan jeragat dan cukup bersyukur dah.Sebab muka kita ini anugerah Tuhan.Buruk macam mana pun kita kena jaga.Biar tak ada segala jerawat!
Faham?!!


Ini waktu kita orang dalam kedai kasut.Waktu ini tengah seronok nak senyum..tetiba hasilnya terkeluar gigi arnab aku jaa!Malu tak malu ah.Tapi tu nombor dua..Nombor satunya... Comel!
Huahuahua mohon menyampah 😄



Ini outfit of the day I! Mohon suka! skirt tu dari Myanmar tau.Ini stail Myanmar kata Atiqah.Aku idok tau ler betul ke idok.Pasal ini asal keturunan dia..
Yang penting! Bahagia.. Bahagia...
Itulah segalanya.

P/s: Baju itu bukan kepunyaan saya.Ianya kepunyaan Atiqah.Saya cuma pinjam saja.Maklumlah budak baru balik sekolah.kih kih kih :)



Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤