Monday 16 November 2015

Setia Walk!


Hari ini aku nak throwback  waktu aku pergi Setia Walk dengan Atiqah dan Nurin.
Ini memang pengalaman paling best!!!
Tuisyen Sinar Bijak memang bagus.Kalau anda memdapat nombor 1,2 dan 3 di tuisyen Sinar Bijak ini..Anda dapat hadiah!
Kami bertiga dapat hadiah pergi tengok wayang!Sir Navi belanja!
Memang seronok gila!!

Aku pergi rumah Atiqah sebab nanti Sir Navi yang ambil kita orang lepastu bawa pergi Setia Walk!
Lebih kurang pukul 2.00 petang..Sir Navi ambil kita orang pergi Setia Walk.Seronok gila!
Sampai kat sana aku jadi batak.Wah..cantik sungguh.
Aku dah setahun tak tengok wayang.So,memang seronoklah!

Mula-mula kita orang rancang nak tengok cerita apa..semua best!
Ada SPY,San Andreas,Avengers dan sebagainya.
Aku nak tengok SPY tapi aku tengok carta tertinggi orang tengok ialah San Andreas.
Aku paksa mereka berdua tengok cerita itu!

Sementara tunggu cerita wayang itu mula..kami duduk lepak sambil makan 2-3 popcorn!
Yelah..nanti dalam wayang nak makan apa?
Ini kami selfie kat tempat lepak.Nurin memang nampak macam lelaki sikit.Tapi dia masih ada sifat keperempuananya ok! sebabnya dia couple dengan lelaki! hahaha
Aku dengan Atiqah yang memang nampak perempuan asli ni pun tak couple dan tak ada pakwe tapi dia ada :')
Hakikat kehidupan..


Ini waktu kami selfie kat rumah Atiqah!
Kucing tu sibuk jaa!


Ini aku dengan Nurin.Haha orang mungkin fikir aku tangkap gambar dengan pakwe.oklah tu..pakwe ini edisi terhad pasal aku boleh pegang tangan dia :')
Lepas itu baju dengan kasut dia warna pink..hahaha Pinky nya mamat ni :')

(Nurin! kau jangan marah aku.aku tulis suka2 saja.Terpulanglah mahu jadi apa.Mahu jadi hantu.Mahu jadi buaya.Aku tahu kau buaya lelaki dan hantu cina sebab mata kau yang sepet itu :P)


Masih dengan orang yang sama.Bla Bla Bla Mr+Ms Nurin :)




Kami bertiga selfie :)



Aku,Atiqah dan Pop corn!


Kami kawan baik dunia akhirat.Mohon jeles semua!
Kami saranghae awak semua ;)

Bila masa untuk tengok San Andreas telah tiba..kami bersorak gembira.
Awal-awal sahajalah.Tahu kenapa?
Kat dalam wayang itu..kami asik menjerit kerana terkejut,takut dan rasa nak menangis pun ada.
Memang dahsyat cerita itu.Tentang gempa bumi yang berlaku di San Andreas.
Tabik kepada semua yang menjayakan cerita itu sebab anda semua berjaya membuatkan kami bertiga beremosi didalam wayang.Banyak unsur suspen dan rasa rendah diri kepada Maha Pencipta kita.Apabila tiba hari kiamat nanti..Adakah kita semua bersedia?Sedangkan gempa bumi kecil itu pun sudah mampu menimbulkan perasaan takut.
apatah lagi apabila tibanya hari kiamat nanti.Dimana semua makhluk Allah hancur serta bumi ini sekali.Bersediakah kita?

(Maaf,aku beremosi.Korang semua perlu ikut emosi juga sebab kita ini hamba Allah kena tunduk pada Maha Pencipta kita :))


We are SPY young female edition :P
Please be jealous.
Orang atas aku hensemmmmm
Aku cair dah ni doooo
crush aku tak boleh lawan!
eh..aku ada crush ke?
Ada! Candy Crush!
Wuhahahaha 


Inilah kenangan terindah dan gambar tercantik :)


Kami beli buah campur kat kedai buah khas.Memang nampak sedap semua buah itu.Air jus buahan semua ada tapi mahal.Dan..aku tak ingat nama kedai itu :'(
Nanti kami semua cari sendiri ye :)


Saya makan dulu..Itadakimasu! Eh? Bismillahirahmanirahim..
Barulah muslimah sejati.Aminn :P

Ini outfit of the day saya! Mohon suka! Jangan suka saya! Sukakan Mickey Mouse sebab itu kartun kegemaran aku all of time.Terima kasih kerana membaca cerita saya kali ini.Cerita saya tak seronok cerita awak semua!

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤


No comments:

Post a Comment