Saturday 23 April 2016

RisQah Dinner Together!

Assalamualaikum..
Pada 23/4/2016..
Aku, Isma Family dan Atiqah pergi ke Shah Alam untuk makan malam.
Makan malam ini diadakan di dewan Batu 3 Shah Alam sempena sambutan tahun baru Umno.
Keluarga belah mak aku semuanya ada jawatan masing-masing sebagai ahli Umno kuat Batu 3 ini.
Bila aku dijemput hadir, hadir ajelah sebab aku pun bukan suka politik sangat. Hadir sebagai tetamu.Aku selfie dulu sebelum gerak ke Dewan Batu 3 itu. 

Lepas dah ambil Atiqah, kami terus gerak ke rumah nenek aku pada pukul 5.00 petang. Sesampainya disana, kami solat Asar dulu kemudian lepak sekejap sebelum tolong siapkan makanan untuk dibawa ke dewan nanti.


Kami berdua selfie dengan teruja sekali. Dah lama tak bersantai petang-petang macam ini.

Ini ialah outfit of the day kami yang biasa-biasa sahaja. 

Selfie lagi sebelum gerak ke Dewan Batu 3 itu.


Pukul 8.00 malam, kami gerak ke Dewan Batu 3 dengan berjalan kaki sahaja dan duduk di tempat yang disediakan. Majlis dimulakan dengan perasmian, ucapan dan sebagainya. Aku duduk di belakang tanpa memahami satu patah perkataan pun. Aku pun memang tak ambil tahu hal politik ini.



 Aku dengan Atiqah selfie lagi selepas dah habis makan dan habis ucapan kata-kata daripada Ahli Jawatankuasa Umno.





Kami selfie lagi sebelum balik. Ini merupakan kali kedua Atiqah datang sini selepas kali pertama datang sini pada tahun 2014. Memang seronok bawa kawan baik balik kampung walaupun kampung aku kat Shah Alam. Tasya yang sepupu aku itu memang tak akan ada masa untuk balik saja-saja kalau bukan cuti sekolah. Jadi, siapa lagi yang akan temankan aku kalau aku balik ke kampung kan.
Kami datang sini pun untuk makan aje. Kenyangkan perut sendiri lepas dijemput.
Cuti sekolah pun tak lama lagi aje. Peperiksaan pun dah tamat. Jadi kelegaan itu pun muncul untuk bergembira seketika cuma.

Gambar kami semua di Dewan Batu 3 sebelum balik ke rumah masing-masing.

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

No comments:

Post a Comment