Pada 16/4/2016..
Aku dan Atiqah pergi lawatan ke rumah warga emas di Cheras!
Ini merupakan lawatan khas yang diadakan oleh Kelab Kaunseling dan Kerjaya.
Memandangkan aku setiausaha.. memang wajiblah aku menjejakkan kaki ke sini.
Memang seronok sebab aku akan pergi beramai-ramai.
Tahun ini sememangnya seronok sebab dapat pergi rombongan sekolah banyak kali. Wuhooo!
Ceritanya bermula begini..
Pada pagi Sabtu yang indah ini.. (Ceh!)
Aku datang sekolah seawal 7.30 pagi sebab dah tak sabar-sabar nak pergi lawatan.
Aku sememangnya kaki lawatan. Nasib baik kaki lawatan, kalau kaki ponteng dan kaki lepak cemana.
Aku menunggu Atiqah seorang diri di pondok sekolah memandangkan aku memang tak ada kawan lain. Haha nampak macam sad life sangat je kan. Padahal aku ramai aje kawan. Cuma malas nak curang dengan Atiqah selagi dia tak ada. Hahaha dia kan salah seorang girlfriend kesayangan aku. Hahaha bunyi macam aku ini Musahaqah sangat aje. No way! Dalam bahasa melayu nya tetap kawan perempuan. Jadi, aku masih normal ok.
Malas nak merepek dan meraban malam-malam ini.. Baik aku mula cerita.
Lepas Atiqah dah datang dan kami daftarkan diri.
Kami terus masuk bas sekolah. Wuhoo tak sabar! Eh? Sabarkan separuh daripada iman.
Gambar aku berselfie sebentar bersama cik Atiqah kesayangan sekalian. Hok Hok! Terbatuk pulak.





Agak cantik juga dewan ini. Kata akak itu, Dewan ini khas untuk warga emas berkumpul sekiranya ada orang-orang atas yang menjenguk kawasan.


Pantang Larang pertama ialah Dilarang menangkap gambar bilik warga emas termasuk warga emas sekali yang sedang berada dalam bilik itu.
Jadi aku memang kena jaga tangan dan simpan telefon dulu sebab tangan ini degil nak menangkap gambar juga sebab cantik kot bilik dia. Hmmm. 😬
Bilik ini kali terakhir guna adalah pada 2 tahun lepas.

Kami salam mereka sebaik sahaja berjumpa mereka.
'yang tua dihormati, yang muda disayangi' ya tak?

Selepas dah dengar kata-kata daripada Wak dan warga emas yang lain. Kami terus ke kantin untuk sesi memotong kek tanda perhargaan kami kepada semua warga emas disini yang sudi berkongsi pengalaman.
Orang lama yang awal makan garam dulu dah.

Terdapat 6 kek semuanya. Khas untuk tatapan semua.
Sesi nyanyian lagu Happy Birthday untuk semua warga emas memandangkan mereka semua ini tak pernah merasa aktiviti kekeluargaan seperti ini. Kami pasti dilayan seperti cucu-cucu mereka.

Video Atiqah yang turut mencuba bermain bersama warga emas yang lain.
semasa ini, kami didendangkan dengan lagu karoake arwah Sudirman. Kami menyanyi sekuat hati dan penuh semangat dengan warga emas yang lain. Seronok sangat.




Kami semua berkumpul pada pukul 1.00 petang untuk balik.
Bas dah sampai dan masa untuk balik!

Selfie sayonara ataupun dalam bahasa melayunya selamat tinggal.
Pengalaman disini sememangnya tak akan aku lupakan melainkan hilang ingatan huhu.
Aku berasa sedih pertama kalinya waktu pergi lawatan. Semuanya aku tak bagi tahu anda semua lagi.
Warga emas disini semuanya adalah warga emas yang tidak mempunyai keluarga. Ada tapi dibuang.
Paling sedihnya.. ada warga emas yang ada 4 orang anak dan kesemuanya berjaya. Seorang doktor, seorang jurutera, seorang arkitek dan seorang lagi peguam. Apa yang terjadi ialah dia ditinggalkan kesini kerana mereka semua berkerjaya dan tiada masa untuk ibu bapa.
Kebanyakkan warga emas disini memang tidak berkahwin ataupun dibuang keluarga. Paling menyayat hati apabila aku terlihat beberapa orang warga emas yang dikurung dalam satu grel besi. Aku agak yang semuanya cuba untuk lari daripada kawasan ini. Memang tak akan ada siapa yang suka duduk di rumah orang tua sedangkan ada keluarga kan. TIADA SIAPA.
Aku terfikir juga. Kalau adik-beradik aku semuanya berjaya.. adakah mama dan abah aku akan jadi macam ini juga? Kalau begitulah pengakhiran ibu bapa aku memang aku tak akan senang hati. Tak mungkin aku nak biarkan ibu bapa aku hidup dalam kesedihan begitu. Biarlah aku semdiri yang berusaha untuk menyediakan pakai makan mereka seandainya tiada adik beradik lain yang ingin membantu. Jika didalam fairytail terlalu banyak happy ending dan semua orang berimpian mahukan happy ending semuanya tidak akan berlaku. Ianya kerana tiada happy ending didunia ini. Kerana pengakhiranya adalah kematian dan kehilangan. Seindah happy ending adalah orang beriman yang akan ke SyurgaNya nanti. SubhanaAllah!
Aku sering berfikir,
Adakah ini semua akan berakhir.
Kebahagian yang aku rasa,
Tak mungkin kekal selamanya.
Ada kala suka,
Ada kala duka,
Kalau bersama orang tua tercinta,
Pasti indah sahaja.
Namun tak semua keindahan, kebahagian dan kemeriahan ini akan kekal,
Kalau kita sendiri tidak pernah cekal,
Untuk berusaha menjaga dan menghargai orang tua,
Yang semakin lama semakin lemah dan berusia.
Hargailah dan Hargailah mereka,
Selagi mereka masih ada,
Selagi hayat dikandung badan,
Jagalah mereka sehingga ke pengakhiran.
(Ciptaan Cahaya Pemaaf untuk renungan semua)
Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤
No comments:
Post a Comment