Thursday 21 April 2016

Hari Informasi Kerjaya!

Assalamualaikum..
Pada 21/4/2016..
Aku dan Atiqah pergi melawat SMK Bandar Puncak Jalil untuk Hari Informasi Kerjaya anjuran kelab kaunseling dan kerjaya lagi!

Hari kami dimulakan dengan sarapan dalam bas iaitu sandwich air tangan Mak aku. Sedap sehingga menjilat jari. Air tangan ibu semestinya tiada bandingan.




Sesampai sahaja di Smk Bandar Puncak Jalil ini, aku dan Atiqah terus ke dewan utama yang terdapat di sekolah ini. Kami duduk sebentar dan berbual kosong sementara menunggu Pn. Hasliza berbincang dengan guru kaunseling dari sekolah ini.

Ini video bual kosong kami. Ini semua rancangan gila Atiqah yang suka ambil video.

Lepas perbincangan antara guru2 kaunseling telah tamat, aku dan Atiqah serta pelajar lain diarahkan ke kantin untuk bersarapan. Alhamdulillah.. Dah sarapan dalam bas jadi Wang belanja pun selamat dalam poket. Hek hek.
Tapi kami tetap teruskan perjalanan ke kantin memandangkan kami ini pelajar yang patuh arahan guru. :P


Lepas dah bersantai melihat orang lain menjamu selera, kami pergi meronda seluruh kawasan SMK Bandar Puncak Jalil ini memandangkan sekolah ini sekolah yang baru dibuka pada tahun ini dan hanya pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja yang baru merasmikannya.
Ini gambar yang ditangkap oleh aku khas untuk tatapan anda semua.




warna cat sekolah ini memang cantik iaitu gabungan kelabu dam putih. Jarang kita dapat lihat warna bangunan sekolah sebegini. 






Selepas penat meronda satu sekolah ini, aku dan Atiqah kembali ke dewan khas sekolah ini. Memang cantik dan besar sungguh dewan ini macam dewan rakyat yang biasa ada di setiap kawasan perumahan itu. Memang terbaiklah! Kalau pelajar nak berkumpul pun senang dan tak panas macam sekolah lain itu.
Kami masuk ke dewan khas untuk acara perasmian Hari Informasi Kerjaya.



Belon yang berterbangan setelah dirasmikan oleh penganjur program ini.

Gambar selfie aku dan Atiqah semasa mendengar ucapan berjela daripada pihak penganjur. 
Kemudian, kami ke kantin lagi untuk makan tengahari. Lama betul masa kami di dalam dewan sebab kena menyertai segala program yang diadakan dan mendengar taklimat dan pengalaman daripada pelbagai pelajar di pelbagai universiti.
Seronok juga dengar pengalaman mereka belajar di universiti.





Lepas dah kenyang, kami kembali ke dewan sementara menunggu guru kaunseling kami menyelesaikan urusan mereka sebelum pulang ke sekolah. Kami bergambar sebanyak mungkin sebab peluang untuk datang ke sini lagi memang tak ada. Jadi, hargailah sementara masih ada.

 aku bersama-sama hiasan belon yang kemas dan cantik.


Aku dan Atiqah lepak dulu dengan senior form 5 yang memang sporting habis.
Mereka mestilah Kak Qurra dan sahabat baiknya Kak Aimi dan Shauqi.
Mereka memang gila-gila betul. Tak percaya? Tengok sajalah gambar-gambar selfie kami semua di bawah ini. Hahaha sabar ajelah.









 video suasana yang meriah kat sekolah ini dengan kehadiran pelbagai pelajar lain Dari pelbagai sekolah.

Sementara menunggu kehadiran bas untuk menghantar kami pulang ke sekolah, kami berselfie dulu dengan pemandangan yang indah dan bersama orang yang sama lagi.


kami berdua dengan Shauqi.

ini dengan Muhaimin. Dia ini memang fav aku sebab mulut pot pet sana sini tak henti macam Mak nenek. Memang menghiburkan hati sungguh. Hahaha

 Dengan senior kegemaran kami.

Ini khas untuk penutup entri blog aku Kali ini. Pengalaman pergi lawatan Kali ini agak seronok juga sebab dapat melawat sekolah lain. Mula-mula masuk sekolah ini memang rasa lain macam saja. Mungkin sebab tak biasa. Aku pun selalunya pergi sekolah lain untuk lawan acara sahaja. Ini sebab lawatan dan ada sambut hari tertentu pula. Apapun memang pengalaman yang menyeronokkan. Ada rezeki tahun depan pergi anjuran 'Hari Informasi Kerjaya' lagi tapi di sekolah lain pula. Yay! Apapun tunggu entri tahun depan eh kalau nak tahu sekolah mana. 
Assalamualaikum dan Bye!

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf <3

No comments:

Post a Comment