Saturday, 7 May 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016!

Assalamualaikum!!
Pada 30/4/2016..
aku, Atiqah, Izzah dan Nurin pergi berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!!
Ini merupakan pengalaman paling menarik!
Dan.. paling seronok sekali!!

Pesta Buku kali ini bukan di PWTC lagi.. tapi di MAEPS, Serdang.
Daripada 29 April sehingga 9 Mei 2016 tau!
Tempat ini agak sesuai dan lebih selesa jika nak dibandingkan dengan PWTC yang penuh dengan orang dan bersempit-sempit.
Semestinya MAEPS lebih besar dan pengunjung boleh berjalan tanpa bersesak-sesak. Ini merupakan kali ketiga aku pergi Pesta Buku. Kali ini aku bawa RM250 sahaja untuk borong buku. Paling banyak jika nak dibandingkan dengan tahun lepas sebab aku bawa RM 60 sahaja. Sob Sob 😓 Mula-mula bajet nak beli banyak buku dan habiskan duit itu.. tapi  Booth Karya Seni ada banyak diskaun sehingga semua buku yang aku dah rancang nak beli itu dari RM128 jadi RM96 sahaja dari harga asal!
Memang seronok sangat borong buku kali ini..

Aku pergi Pesta Buku kali ini dengan menaiki kereta abah aku. Abah dan mama yang hantar aku ke sana dengan Nurin, Izzah dan Atiqah. Pada awalnya, aku memang ada di rumah Atiqah dengan Nurin kerana menghadiri Kursus Solat di Surau. Balik daripada itu, terus bersiap untuk ke MAEPS. Aku telefon Izzah untuk datang rumah Atiqah dan pergi bersama-sama. Lepas itu, Abah dan Mama aku datang rumah Atiqah dan ambil kami lebih kurang pukul 3.50 petang.
Kami sampai sana lebih kurang pukul 4.26 petang.
Tidak berapa jauh sangat daripada Puchong.

Ini Izzah, aku dan Atiqah selfie sebaik sahaja lepas bersiap. Sambil tunggu abah aku.. kami selfie!


Lepas Abah dan Mama aku dah sampai.. kami masuk kereta tempat duduk belakang 5 orang. hehe lagi seorang adik aku, Huda.
Ini Atiqah dan Nurin selfie dalam kereta abah aku.

Lebih kurang 4.25 petang, kami sampai di pintu masuk nak ke MAEPS ini..
aku baru pertama kali sampai sini sebenarnya. Aku ingat dekat sahaja.. rupanya jauh sebab kena masuk ke dalam lagi.. Macam kawasan FELDA sahaja hahaha.

Izzah!

Ayah aku hantar kat pagar masuk itu aje. Kami kena jalan kaki sendiri nak ke dewan itu, Perghh! Jauh gila kot! Tapi tiba-tiba kami kena panggil dengan orang bas itu.. Dia suruh kami naik bas itu sebab jauh. Kami pun naik sahajalah memandangkan percuma!
Bersyukur sangat sebenarnya sebab tak jalan kaki.. Bila dah naik bas ini.. baru aku tahu betapa jauhnya perjalanan.

Ini gambar sepanjang perjalanan yang ditangkap oleh aku. Lawa kan? Cantik je pemandangan hijau kat sini, pokok-pokok pun terjaga dengan baik.

Atiqah dan Izzah! aku jadi tukang tangkap gambar.

Kami berempat dalam bas! Pengalaman seronok naik bas comel ini sebab tak ada pintu hahaha!

Banyak lagi bas dibelakang kami sebenarnya.. Tapi cuma kami berempat je dalam bas ini. Hahaha


Dan akhirnya.. Kami sampai ke destinasi.. agak cepat sampai jika nak dibandingkan dengan berjalan kaki. Huahuahuahaha.
Sampai pintu masuk terus serbu Kedai Blink Ain Maisarah sebab ada KPOP Hour tapi belum bermula lagi pun.
Semua tengah sibuk bergambar dan membeli-belah!

Kak Hazira bersama peminat sedang bergambar.. sementara yang lain sedang membeli-belah.

Aku tangkap gambar dengan Abang Alam Anuar dulu sebab dia tak beberapa sibuk waktu ini. Hehe

Lepas itu, dengan Cikgu Bahasa Inggeris a.k.a Abang Haziq Ridzuan.

Dengan Kak Rashiela Nur Ain yang comel sangat!
Oh lupa nak beritahu.. aku beli pakej pertama Blink yang semuanya bersiri Aku Mahu!
Aku sememangnya pengumpul tegar siri Aku Mahu sebab aku dah ada semua sirinya!
Wuhoo!

Dengan Kak Hazira Hanafi yang sentiasa comel! Kak Hazira ini dulu pembaca Blink macam aku seterusnya jadi penulis Blink!

Dengan penulis baru Blink yang satu-satunya dari Singapura! Hai Kak Khairiah! Selamat berkenalan. Pertama kali jumpa sebenarnya! Hihi

Dengan pelukis komik dan penulis novel yang tak pernah miss jumpa setiap tahun. Aku dah jadi peminat tegar Aman Wan sejak berkenalan dekat Suria KLCC tahun 2012. Hah.. lama tak? Hahaha
Aku suka tengok Vlogger Aman Wan sebenarnya sebab lawak sama macam Nomik Lawak Sekolah. Hehe

Kami berempat bersama Kak Hazira! Oops ! Apa kat belakang itu? Haha


Ini Kak Rashiela Nur Ain bersama kami..

Abang Haziq bersama Izzah, Atiqah dan Nurin!

Bersama Kakak Singapura!

Aku, Atiqah dan Abang Aman Wan! Kali ketiga Atiqah jumpa kelurga Blink ini sebenarnya..


Waktu ini KPOP Hour sedang berjalan..

Aku dan Nurin !


KPOP Hour yang aku , Atiqah dan Nurin serta.
Aku dan Nurin kalah! Hahaha

Atiqah menang! Yeayy! Dia dapat T-shirt!

Lepas dah pergi ke kedai Blink ini.. aku terus pergi ke Karya seni yang ada kat belakang Booth Ain Maisarah aje. Hahaha senang betul!
Ramai orang sebab memang murah gila beb!

Sorry! Gumenasai! Mianhae! Maaf! Aku tangkap gambar kabur sebab teruja nak beli buku.. hahaha

Izzah borong sakan nampak. Hahaha tapi aku borong lagi banyak! 6 Buku!



Outfit of the day!

     

Lepas dah borong sakan di Booth Karya Seni.. aku pergi ke Booth Ain Maisarah sebab nak jumpa satu-satunya penulis Idola aku!

Aku orang pertama jumpa Kak Ain Maisarah ok!

Kali kedua jumpa Ain Maisarah sebab tahun lepas kami datang lewat dan tak sempat nak jumpa Kak Ain 😭 Sob sob.. Tapi rindu terubat balik! Yeay!!



Kami berempat berselfie berlatarkan booth Blink Travel yang merupakan tema Blink tahun ini!!
Kami berempat single trang tang tang yah! Tapi mereka masih girlfriends aku yang paling sayang.. Persahabatan selama 4 tahun ! Alhamdulillah!

Ini gambar kegemaran aku! Aku bersama penulis-penulis Blink! Tapi sedih sangat bila tengok gambar ini.. sebab Kak Izanor, Kak Eima Manan, Abang Azanil Fitri dan beberapa orang penulis Blink lagi tak ada! Tak dapat kumpulkan cop dan tandatangan mereka! sob sob huhuhu 😭

Lepas dah puaskan hati yang sedikit lara ini.. kami isi perut yang lapar.
Tapi agak tak puas hati sebab makanan mahal dan tak memuaskan!
Air Milo RM 4 kemudian tawar pula itu.
Grrrr 😒 Nasib baik gerai A&W tu murah dan memuaskan.. kalau tak.. siaplah aku duk mengamuk nanti. Hahaha (Macam berani 😛)


Aku dan Izzah selfie sementara Nurin dan Atiqah pergi mencari makanan.


Atiqah suap aku Ayam! Nyum Nyum! Jangan cemburu ek!


ek eleh minah ini! Sibuk pula nak kena suap juga! Hahahaha

Aku yang rare pakai cermin mata hitam!

Aku dengan Izzah lagi dan lagi!
Aku dengan Nurin pula!
Aku yang kontrol maco! Eh? Boleh pula macam itu? hahaha

Lepas dah kenyang.. kami masuk balik dewan tapi serbu Kaki Novel pula! Yuhooo!
Tapi aku beli satu sahaja ok! Tak minat nak beli banyak-banyak!
Atiqah borong banyak gila ok! Aku lagi suka terbitan karya seni sebenarnya.
Tapi Atiqah lagi suka terbitan kaki novel. Hahaha kami berbeza!

outfit of the day aku yang berwarna biru hari ini! Tak sangka pula sedondon warna biru dengan Kak Ain! Hahaha

Kami singgah ke terbitan lain pula! Orang boleh berjalan dengan selesa tanpa bersesak-sesak!

Kami singgah SASBADI yang cantik sangat booth nya!
Tapi tak ada diskaun yang banyak.. Dahlah aku dah pokai! Tak boleh beli dah., Hmm

Aku dekat terbitan Karangkraf! Karangkraf pun aku suka sebab novel pertama aku baca adalah terbitan karangkraf! Hahaha
Aku selfie kat luar sebelum nak balik! Jam dah menunjukkan pukul 6.35 petang. Masa untuk balik!
Aku telefon Abah untuk ambil aku. Mama sampai lebih kurang pukul 7.00 malam.

Kami naik bas untuk ke kereta abah aku yang berada di pagar pintu masuk tadi! gembiranya!!

Atiqah dan Izzah dalam bas !Muka penat aje!


Aku dan Nurin juga dalam keadaan muka penat! Hahaha tak kisahlah! Janji seronok sebab penganjur PBAKL 2016 ini ambil tindakan bijak dengan buat dekat MAEPS! Yeay! Gembira sangat!


Sampai rumah.. aku duk selongkar semua dan terus snap buku-buku yang aku beli!
Thank you! Hountonie Arigatou! Kamsahamnida! Terima Kasih! kepada Karya Seni dan Blink Book yang bagi cenderahati yang cantik ini! Saya suka! Saya suka!

Aku beli 5 buku daripada Karya Seni dan dapat percuma satu buku novel iaitu Kampung Girl, 2 magnet peti ais, Buku nota, penanda buku yang ada kalendar 2016! Aku beli buku novel Hero Seorang Cinderella, Mamat Muka Selenga, 9 luahan 1 pengakuan, Chan Rak Ter, Suamiku tak romantik tapi autistik serta PSMS daripada kaki novel! Terima kasih banyak-banyak!

Blink aku beli banyak juga! 7 buku dengan harga RM 120 termasuk 4 button badge, 2 poster, kotak dan beg Blink dan.. pasport Blink yang ada cop dan tanda tangan penulis! Dapat buku novel comel daripada Kak Ain! Yeay! Kemudian.. aku dapat penanda buku daripada Aman Wan, dan hadiah daripada Kak Khairiah! Hore!

Itu sahaja cot cet, celoteh dan pot pet daripada Cahaya Pemaaf yang sangat gembira hari ini!
Okey terima kasih kerana membaca, harap anda terhibur!
Saya cadangkan anda semua ke sini sebelum terlambat!
Rugi bebenor kalau hangpa tak mai sini sebab murah gila! Buku novel RM 6 pun ada!
Serius best!

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤