Friday 7 October 2016

ASEAN Skill Competition 2016

Assalamulaikum..
Pada bulan Julai 2016 yang lalu, kelas 4 Aristotle, 4 Ibnu Sina dan 4 Pascal telah terpilih untuk menyertai lawatan ke MAEPS, Serdang. Hal ini adalah untuk ASEAN Skill Competition 2016 yang berlangsung disana. ASEAN Skill Competition ini adalah anjuran setiap tahun dan tahun ini Malaysia telah terpilih sebagai tuan rumah. Sebagai anak-anak murid kelas Sains.. Kami perlu menghadirkan diri untuk ke sana memandangkan pameran ini tentang pembinaan, penciptaan robot, mekanikal, sains dan teknologi serta berbagai lagi.
 Ketiga-tiga kelas yang terpilih bergerak dari sekolah ke sana pada pukul 7.50 pagi. 

Aku dan Atiqah duduk bersama dalam bas.

Sesampainya disana. cikgu minta kami beratur sementara menunggu bas yang lain untuk sampai ke Maeps.

Sambil menunggu, kami selfie!

Selfie berempat pula!

Kami dibenarkan masuk untuk menyelongkar seluruh kawasan memandangkan ini sememangnya kepakaran kami. Hehehe
Aku dan Atiqah duduk sebentar sementara menunggu rakan-rakan yang lain.

Aristotle Squad Selfie!
Tunggu apa lagi, kami pun menceroboh seluruh kawasan Maeps ini memandangkan aku telah dapat peta! Wuhoo senanglah pengembaraan kami kali ini. Siap dapat peta lagi!

Ini tentang mekanikal elektrik yang sememangnya aku tak tahu apa-apa langsung! Zero!

Kemudian, kami singgah di tempat make up pula! Aku suka tengok tapi tak pernah cuba hahaha.

Mari kita lihat cara-caranya!

Ini tentang teknologi mesin pula. Sememangnya aku tak tahu apa-apa pasal ini hmm!

Ini aku suka. Tentang gelombang, Fizik, Tekanan sekeliling dan sebagainya. Mulanya kami sangka ini adalah salah satu kegunaan di hospital untuk lihat degupan jantung dan sebagainya tetapi ternyata kami silap! Sebab ini adalah alat untuk melihat tekanan udara disekeliling tetapi komponen elektrik yang sama digunakan dalam alat di hospital itu. hahaha

Ini adalah senarai nama peserta peringkat antarabangsa~!
mesin _____?

Kemudian, kami ke pameran bengkel kereta pula! wow!

Kami berjalan ke kawasan luar memandangkan ada perasmian Big Hibiscus sp. in Book World of Record! 

                                                                                     Ramai pelajar daripada sekolah lain juga turut serta!


Kami berjalan lagi dan lagi. Terokai ke seluruh kawasan Maeps ini!
Mari naik escalator!

Mesin pencetakan maklumat.

Helikopter!

Berjalan lagi sekali ke luar kawasan..

Ramai sungguh orang..

Alat-alat mengukur yang biasanya digunakan dalam aplikasi seharian fizik!

Mesin maklumat lain pula!

Pewiit!?? hahahaha

.......


Elektrik tentang lampu pula!

Mesin cetak!


Tak lain tak bukan.. Telefon pintar! Telefon memang pintar tapi pintarkah anda? #tiruiklantv

Itu cara untuk pemasangannya..

Jalan punya jalan punya jalan...
Terserempak dengan kawan lama ex Skpu 2 zaman sekolah rendah dulu.
Apalagi kalau perempuan jumpa perempuan kan.. of course jerit dulu baru peluk baru borak
#trademarkkaumwanita hahaha
Perkenalkan.. Farahin, Umi dan Dahlia! 
Farahin memang best friend aku sejak darjah satu. So, tak hairan lah kalau kami jerit umpama pontianak lepas 5 tahun tak jumpa. Itu baru 5 tahun, kalau 10 tahun rasanya gempa bumi tempat ini hahaha. Manakala, Umi pula aku sekelas dengan dia selama 3 tahun berturut-turut, memang dah kenal sangatlah. Dahlia pula atlet sekolah yang aktif, selalu menang acara sukan itu ini, memang satu sekolah kenal. Aku pernah sekelas dengan dia, banyak kali terserempak, berborak, bercerita kat sekolah dulu. Jadi memang rapatlah!

Masa kami nak beli-belah makanan memandangkan perut dah lapar.. Terserempak dengan artis yang selalu masuk tv yang berlakon jadi Dato yang kaya. Jadi snap lah satu gambar!

Lepas itu, Jumpa Izzatul yang paling kenit kat tengah itu! Memang jerit dan peluk gila habislah!

Dia kawan baik kami masa form 1 dan form 2 dulu. Tapi pindah tak lama lepas itu ke Sarawak, kemudian balik ke Puchong dan sambung sekolah kat Puchong Permai!

Kami lepak ke tempat ramai orang sikit!

kena pakai pelekat ni kalau nak masuk!


Selfie beramai-ramai!

Kami berempat bersama-sama Harimau Malaya!

Nurin suap ayam goreng.. Jangan jeles hahah

Atiqah belikan bunga untuk mak tersayang kat rumah! How sweet!!!

Sementara itu, Nik Ahmad Zakir, one of my class student, ditemu ramah oleh seorang wartawan itu hahaha (kononnya) :P
Gambar dengan Izzatul lagi!


Sambil itu terserempak dengan dua pupu aku yang bersekolah di Batu 14!

Aku ,Aireena dan Wani!

Sebagai penutup entri kali ini.. Aku hadiah kan sejambak bunga kepada anda! hahaha 
Pengalaman kali ini agak seronok bila dapat jumpa kawan lama dari sekolah lain. Dapat masuk ke dunia yang aku tak berapa berkenan iaitu mekanikal, elektrik and whatever!
Walaubagaimanapun ianya merupakan pengalaman yang paling tak boleh dilupakan!
 Sekian sahaja daripada Norismahani.

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf~





No comments:

Post a Comment