Wednesday, 8 June 2016

Izzah's Day!

Assalamualaikum..
Hari ini aku nak throwback waktu sambut hari lahir Izzah yang ke 16 Tahun!
Yeyy!! Izzah sudah tua. Muahahaha 😛😛
Dalam kegembiraan menyambut hari lahir Izzah, terselit kesedihan iaitu... Atiqah tak sambut sama-sama! 😭😭
Atiqah terpaksa batalkan pertemuan janji kami kerana nenek dia meninggal.
Al-Fatihah..


Rancangan asalnya, kami bertiga akan pergi bersama-sama ke IOI CiTy Mall untuk sambut Hari Lahir Izzah. Memandangkan Atiqah terpaksa batalkan.. jadi mungkin kami berdua sahaja yang akan sambut. Nampak tak? aku highlight mungkin itu sebabnya kami pergi berempat! Wuhoo.. Double terus woi.

Dua orang lagi yang diPAKSA mengikuti kami adalah Aini Nabila dan Farah Hanim. Syukur Alhamdulillah kerana mereka dapat ikut serta sekali. Kalau tak.. krik krik krik lah sambutan hari lahir Izzah yang ke-16 ini! Hahaha
sebabnya aku ini kurang bercakap kalau orang tak banyak cakap dulu. Izzah pula sememangnya tak banyak cakap. Haiyoo...tak dapat aku bayangkan kalau hanya kami berdua. (Eceh.. Emosi pula 😜)

Ini merupakan rancangan si birthday girl  sendiri yang nak bawa lagi 2 orang sebab takut krik krik je. Hahaha. Jadi kami teruskan plan B dengan pergi berempat! Farah Hanim dan Aini datang rumah aku dulu sebelum Izzah datang ambil kami kerana rumah Izzah jauh dan susah untuk dijumpai buat orang yang pertama kali masuk kawasan 😁✌

Kemudian, Izzah datang rumah aku lebih kurang pukul 1.30 petang selepas kami solat zohor.
Ayah Izzah hantar kami betul-betul hadapan pintu masuk IOI City Mall itu. Agak lega juga kerana kami tidak perlu berjalan jauh. Pada awalnya, aku sungguh teruja sebab pertama kali datang sini untuk lepak dan ronda-ronda dengan kawan-kawan tapi agak bosan setelah tempat makan semua penuh terutamanya restoran yang ada nasi (ehem-ehem.. Ini bukan masalah tak fikir diet ke apa.. Ini Sebab kami tak makan tengahari lagi!😭😭)
Akhirnya kami ambil keputusan untuk makan di Pizza Hut!

Kami diberi tempat duduk khas untuk 4 orang dan bersedia untuk mengambil pesanan.
Aku pilih set combo apatah tapi yang pasti harganya RM50+ untuk 4 orang. Agak okey sebab kenyang akhirnya. Kami juga order a slice of a cake for Birthday girl that day!

 Izzah potong kek dengan gembiranya!


Lepas dah kenyang dengan hidangan makanan yang agak mahal... kami pergi membeli-belah buku novel yang semestinya menjadi tempat pilihan aku untuk menjejakkan kaki.
Tapi agak hampa sebab langsung tak ada diskaun dan bukunya tidak menepati citarasa aku! Arghh! Pertama kali aku agak stres masuk kedai buku. Sememangnya aku agak menyesal datang sana sebab harga cekik darah bagi seorang pelajar macam aku. Erghh!

Disebabkan kami dilanda kebosanan yang kronik dekat sana kerana hanya mampu lihat dan window shopping sahaja, kami putuskan untuk pergi bowling. dan.. dan.. dan.. aku lagi sekali hampa sebab langsung tak ada tempat kosong untuk kami main! Arghh!
Memang mendera perasaan betul tempat ini.
Pertama sebab harga makanan dan barang-barang cekik darah (aku fahamlah sebab sana semuanya barang import).. Keduanya sebab semua tempat penuh! (Weh, agak-agak ah!) Ketiga..(bangunan besar tapi tak ada apa menarik)

Kemudian, kami putuskan untuk pergi ke panggung wayang memandangkan munafik sedang popular sekarang ini! Tapi sesampainya kat situ, aku dah ternganga pasal orang beratur panjang nak beli tiket padahal Munafik dah pun sold out sampai malam. Yang aku hairannya, mereka nak tengok cerita apa lagi. Mana ada yang best lagi!

Kemudian, kami termasuk ke satu kedai khas untuk permainan sahaja. Sesuai untuk semua lapisan umur untuk main game-gane yang disediakan. Kami termasuk sebab ditarik oleh orang Bangladesh yang kerja situ. Dalam banyak-banyak permainan, kami tertarik pada permainan yang boleh tengok movie but in 3D and we can feel the real of the movie. Based on that Bangla tu kata ah. Aku ok kan saja sebab harganya aku mampu. RM 12 seorang. Mula-mula kami semua dah setuju. Tiba-tiba waktu nak bayar itu, Farah terdetik nak tanya Bangla itu yang berapa lama kami akan berada dalam itu.

Kami terkejut dengan mata dah terbeliak dah! RM 12 untuk 10 minit sahaja tengok wayang yang entah seronok entah tidak itu. Huh! Nasib baik dia tanya, kalau tidak memang menggigil aku fikir duit aku terbang banyak itu untuk benda sia-sia.
Baik aku main ice skatting ke apa ke.. Eh? Bercakap pasal Ice Skatting .. aku sememangnya pergi kesana! Aku dan Izzah sahaja yang main sebab Aini dan Farah pakai skirt labuh.
Memang seronok sakan aku dengan Izzah sebab pertama kali cuba main benda ini.
Hip Hip Hooray!


Nampak seronok tapi menyakitkan! Arghh! Tak sakit bila jatuh tapi kecewa sebab tak reti imbangkan badan. Malu tu dah semestinya.

Aku yang acah-acah tengah gembira padahal tengah bengang sebab takut sangat nak lepaskan dinding kaca tu masa tengah meluncur. Aku takut terlanggar orang sebab ramai gila do orang hari itu..

Lepas dah puaskan hati main ice skatting dengan Izzah selepas membuat 5 kali pusingan seluruh kawasan ice skatting.. (walaupun kadang pegang dinding, kadang lepaskan) haha 😜
Kami berempat masuk kedai home yang jual barang-barang dan perabot dalam rumah.
Hal ini kerana Mak Izzah dah pesan kat dia awal-awal untuk beli cermin kat situ.
Kami pun on .. dah benda senangkan.
Sambil duk cari cermin sesuai.. kami selfie dulu sekali jalan-jalan tengok benda lain.
'Sambil menyelam, minum air' Hahaha


gambar kami selfie di cermin setelah membeli cermin. Eh?
Kat tangan aku tu cerminnya.Hihi

AKu yang agak 'berisi' sebab hati tengah senang bulan April hari itu. Sebab exam baru aje tamat. Hok Hok.
Sebelah aku ialah Aini dan Farah. ✌

Masih lagi nampak 'berisi' walaupun aku dah cukup cover dah itu. Hahaha aku memang tak pernah diet jadi tak tahu lah macam mana den nak turunkan berat badan.
Sebelah aku Izzah dan Farah.



Lepas dah lepak satu hari ini.. Tak lah sampai 24 jam.. tapi dari pukul 2.00 petang sampai 8.00 malm itu agak lama jugalah. Kami lepak kat luar dulu menghayati keindahan air pancut kat belakang itu. Sememangnya menenangkan jiwa sebab akan kembali menghadapi peperiksaan pertengahan tahun bulan depan! Dush! Gedebak sekali kat otak ini bila fikirkan. (Ini fikiran waktu itu lah sebab sekarang ini dah bulan Jun dan saya dah bebas! Eceh!)



Keindahan air pancut berirama warna-warni yang cantik ini memang hebat sungguh. Bukan sahaja air-air ini mampu mempengaruhi lampu warna-warni itu, tetapi dapat menari berirama sedendang lagu yang berkumandang. Hebat tak hebat..

aku yang masih 'berisi'.. 😭😭 Huaa

Aku dan si budak hari jadi. Eh? Dia lagi tua okey. Haha

Aku bersama telur dinasour yang telah menetas. Ayokk! Anak dinasour dah hilang..

Aku dan Izzah yang lawa. oops!




Waktu ini aku tengah sibuk bercakap, tetiba Aini terus snap.. jadi inilah hasilnya. Masih lawa tetapi 'berisi' (Masih tak nak mengaku berat dah naik dan gemuk😬😬)


Last but not least.. My outfit of Izzah Birthday. Thank you Izzah for that good day. I'll always remember it until I die. The best moments when we got a first try of ice skatting even don't know anything about 'that' thing. hahaha It's funny to remember how my first step on that ice when I try to skatting by myself. You guys must not know that I got carried away and fall. The most funny part, when I don't even know how to get up and keep repeating myself to say "Izzah, I can't get up. I'm give up. I don't want to play this useless thing again. I regret!" Izzah still calm down and just say " you can, Noris! Just hold me tightly and you'll get up." I try to hold her hand but suddenly I fall again and again but this time Izzah also fall but I think she's the one that more hurt than me. Hahaha
Just think about it, make me realise how can't I get up eventhough there's was another 2 woman that try to help me.
The end of that 'fall and can't get up' story is happy ending. Why? It's just because I can get up easily without anyone helps while I close my eyes and hold that glass wall. Thanks to that glass wall because give me a strenght to keep playing 'that' thing and I think it won't be my last game. Haha of course I want to play it again. After all, I can do 5 round after the story 'fall and can't get up'.

Senang cakap memang aku malu gila masa itu sebab memang ramai kot orang yang tengok kat atas itu. Mesti aku dah ceriakan hari mereka dengan mentertawakan aku. Hahaha nak main sangat lepas itu tak reti lepas itu jatuh lepas itu tak boleh bangun lepas itu terus tak nak main. Haha(banyak sangat lepas itu daa.) Disebabkan cerita malu itu aku tetap nak letak dalam blog supaya bagi pengajaran kat anda semua supaya main biar beramai-ramai. Haha nanti mereka nak tolong angkat anda pun senang. Bukan macam aku.. Izzah yang keding gila itu nak angkat aku. Memang padanlah dia jatuh terlentang tapi serius aku rasa bersalah masa itu sebab dia pejam mata kot lepas jatuh itu. Hahaha macam redha je nak jatuh Izzah. Maaf weh! Hahaha Ada hari baik aku datang sini lagi tapi bawa geng kot supaya seronok sikit main ramai-ramai. Huahhaha Bye!

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤