Friday, 3 June 2016

Blink Star!

ASSALAMUALAIKUM..

Pada bulan April yang lalu, aku telah kunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Kali ini aku mencuba pengalaman baru. Aku pergi ke sana dengan menaiki kereta yang abang Atiqah pandu. Tapi dia hantar sampai kat KL Sentral saja. Jadi, aku, Atiqah, Kak Fatihah, Kak Shahirah dan Zaharah perlu pergi ke PWTC dengan menaiki LRT. Ini merupakan pengalaman pertama aku yang perlu berjalan kaki sendiri untuk membeli kupon untuk naik LRT itu. Lepas itu, singgah ke setiap perhentian LRT untuk tukar perjalanan dan akhirnya sampai ke PWTC. Ini merupakan pengalaman paling seronok dan memenatkan. Memang aku boleh kurus kalau hari-hari macam ini. Dahlah aku pakai jubah dan kasut tinggi. Memang terseksa betul. Hahaha

Ini gambar kami kat stesen KL Sentral itu.

 Dari kiri, aku, Atiqah, Kak Shahirah, Kak Fatihah.


  Kami selfie kat KL Sentral sementara menunggu LRT sampai.


Aku, Kak Fatihah dan Atiqah!

 Aku dan Atiqah!


 waktu ini kami dalam LRT itu! Seronok tapi takut jugak. sebab bergoyang-goyang. Waktu itu, hujan pulak itu.


Sampai saja kat PWTC. Tempat pertama aku serang ialah BLINK BOOK. Tapi sayangnya aku tak dapat jumpa Kak Ain Maisarah sebab waktu perjumpaan dah tamat. Sedih betulll :(

 Aku dan Abang Alam Anuar!

 Kami berdua bersama Kak Hazirah. Dulu kak Hazirah pun pembaca Blinkers macam kami juga!


 Atiqah dan Abang Alam Anuar!


 Aku dan Kak Jumie Jain! #FavouritePicture!

 Atiqah dan Kak Jumie Jain!


 Kami berdua dan Abang Aman Wan!


 Aku dengan Abang Aja Fazla.

Atiqah dan Abang Aja Fazla.

Lepas beli beberapa buku kat sini.. kami pun balik ke KL Sentral untuk pergi ke tempat parking kereta itu balik. Tapi abang Atiqah ajak makan kat KL Sentral. Aku pun okey jelah. Kami makan sedap-sedap!


 Air aku pun dah habis. Gambar pun dah habis. Cerita pun dah habis. hihi
Itu sahajalah kisah untuk hari ini. Pengalaman terbaik naik LRT! Jumpa lagi di entri lain!!

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤