Sunday 21 December 2014

Princess of the day


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Pada 3/12/2000,
bersamaan 6 Ramadan di Hospital Mawar Medical Centre,Shah Alam lahirnya puteri sulung secara normal dari perut ibunya,Norasikin.
Kemudian,diiqamatkan oleh ayahnya,Ismail.
Beberapa hari selepas itu,
nama telah diberi iaitu Norismahani yang bermaksud Cahaya Pemaaf.
Dibesarkan oleh Mama dan Abah dengan penuh kasih sayang.

ketika baru beberapa bulan..


waktu ini,Mama dan Abah bawaku ke Shah Alam untuk photoshoot.
Tapi sekarang,kedainya telah pun ditutup dan tidak diketahui sebabnya.

Ketika berusia 4 tahun,

Ketika baru pertama kali kesekolah tadika :)

Penuh semangat aku nak ketadika di pagi hari.
Sampai je kat Tadika,aku masuk kelas dengan perasaan janggal.
Manakala,budak lain berlari sambil menangis,ada yang panjat kerusi,ketuk pintu dengan meraung-raung.
Memang aku rasa janggal gila.
lepastu aku duduk seorang diri sambil melihat reaksi budak lain.
Balik tadika,
Mama bagitahu yang Mama nangis sebab terharu aku dah masuk tadika.
Haha..aku punyalah tak ada perasaan..
aku dapat guru kelas bernama Cikgu Maria.
Cikgu Maria selalu sertai kan aku dalam pertandingan menari,nasyid dan melukis.
waktu aku masuk menari,aku kena keluar sebab cikgu menari kata aku 'keras'
hahaha..memang kelakar.
waktu nasyid,memang dapat masuk tapi tak menang pun -.-
waktu aku melukis,Alhamdulillah no 2.
aku dapat Cawan je -_-.. Nampak tak?aku memang tak ada tuah bila berkumpulan.
tapi kalau aku seorang diri..ada pula tuahnya.


Waktu aku darjah 1 pun Mama nangis juga.
Abah pula semangat.
Aku teringat waktu peperiksaan sekolah agama,satu huruf pun aku tak tahu.
aku main bulat je.warna je.
Almaklumlah..semuanya tulisan jawi.aku pula bukan tadika agama.
Jadi,memang tak tahu apapun.
Tup-tup aku ditakdirkan kelas 1 Iman,
iaitu kelas ketiga (terakhir)..hahaha
aku dapat guru kelas yang bernama Ustazah Mariam.
Ustazah itu suka sangat kat aku.
waktu rehat,hampir setiap hari dia belanja aku makan.
ada 2 kali dia bawa aku naik kereta dia untuk berjalan pusing Taman Desa Air Hitam ni.
Nak kata,memang ramai kawan aku jeles.sampai bergaduh dengan aku.
Sampai bulan September,Ustazah Mariam ditukarkan kesekolah lain.
akulah insan paling sedih.Ustazah Mariam yang ajarkan aku tulisan jawi sampai aku reti mambaca.
Balik rumah,aku pula ajarkan Mama membaca tulisan jawi.
Akhir tahun,
aku diumumkan sebagai Pelajar Cemerlang pelajaran Akhlak sebab aku dapat 100% markah.
dan juga dapat nombor 2 dalam kelas 1 Iman.Alhamdulillah !

waktu aku darjah 2,aku masuk sukaneka mewakili rumah kuning untuk lompat kanggaroo
dan Johan.

waktu aku darjah 3 aku dapat nombor 3 dalam kelas 3 Iman.
dan juga nombor 3 pertandingan bercerita.

waktu aku darjah 4 aku dapat nombor 2 pertandingan buku skrap kemudian ditayangkan diperpustakaan sekolah :)
aku masuk pertandingan memperagakan fesyen (SRA) dan dapat Johan.

waktu aku darjah 5 aku dapat nombor 2 dalam pertandingan sajak.
tetapi kalah dalam acara nasyid peringkat sekolah.
buat pertama kali aku pakai makeup waktu nasyid tu.Ada pula seorang mamat ni ajak berkenalan.
waktu itu,aku terkejut lah..sebab ramai lagi lawa contohnya Fadzlin,Faihana,Shafiqah Aliah,
Syafiqah,Syareena,Nurin Husna dan ramai lagi lah.
aku pula yang kena ngorat.namanya Muhammad Adam Hafiz.Tapi aku tak layan pun.
Cuma angguk dan terus pergi.

waktu aku darjah 6,
aku masuk pertandingan nasyid sekolah agama.Tapi seperti biasa,kalah.
Lepastu aku masuk pertandingan buku Skrap Muzik dan dapat nombor 2 dipamerkan diperpustakaan.

Masuk sahaja tingkatan 1,aku tak masuk apapun.
sebab aku masih baru.Jadi,tak dapat apa-apa hadiah pun.
Tapi,seingat aku,aku sangat rajin waktu itu.dengan PBS yang memeningkan kepala bagai.
setiap balik sekolah,aku akan belajar.
tapi ramai lagi budak pandai dalam kentalians,aku tak dapat top 3 pun :(

Tahun ni,2014.
aku sertai pertandingan Pidato dan Alhamdulillah Johan.
Kemudian,aku dapat no 3 dalam Kentalians.

Alhamdulillah pada 3/12/2014,
merupakan hari lahirku yang ke 14 tahun.
sangat gembira..aku dah tua.sepanjang 14 tahun aku hidup.

Aku sambut dengan Atiqah,Izzah,Kak Fatihah,Mama,Haziq,Huda,Hasya.
Gembira tak terkata.
Ada macam-macam makanan.




 aku potong kek ^^
Lepas makan-makan,Kami selfie diluar rumah :)
Memang seronok!
Jadi gila-gila memang trend 3N.

 3Ñ~❤❤
 Dengan Kak Fatihah^^

selfie kami..

 orang putih kata 'cheese' waktu gambar :P

 ni apa cerita?tutup mulut pulak dah -_-

okey,just that from all..
hahaha? suprise !!
Thank you for coming guys :)
Thank you for all teacher!
Thank you for preparation Mama and Haziq!
Thank You Allah because I still alive today!
Thank you who are always beside me :)
without you all,I don't have any happiness in my life..


Princess of the day..
Cahaya Pemaaf ^~^
Sepanjang 14 tahun aku hidup..
dengan erti kekeluargaan,
dengan erti persahabatan,
beribu pengalaman,
beribu kenangan,
dan beribu cabaran,
pada masa hadapan...

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤

No comments:

Post a Comment