Wednesday 14 May 2014

PERASAAN


 ASSALAMUALAIKUM..

Ingat lagi kat Noris?
Topik untuk hari ini ialah Perasaan ataupun Emosi..
Perasaan ialah sesuatu yang abstrak,sukar untuk sifahami,sukar untuk ditafsirkan dan jejaknya tersirat dalam hati.Kekadang perasaan itu kuat tapi tidak mampu bertahan dan terpaksa tunduk kalah pada kenyataan.
Kekadang perasaan itu lemah tapi mampu bertahan kerana sokongan daripada sekeliling.
Perasaan memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata namun ianya boleh ditafsirkan melalui perbuatan ataupun reaksi tetapi tidak terlalu jelas.Perasaan adalah satu rasa yang sukar ditunjukkan tapi hanya boleh dirasai oleh pemilik hati itu sendiri :))

Terdapat banyak jenis perasaan yang terdapat pada semua orang.. :)
Tapi yang ingin saya bincangkan untuk hari ini hanyalah perasaan sedih,marah,cinta,gembira.

SEDIH
--------
Ketika perempuan bersedih selalunya akan diakhiri dengan linangan air mata..
Namun,air mata ini bukanlah bukti bahawa perempuan ini lemah tetapi ianya hanyalah kepuasan untuk mendapatkan semangat yang baru selepas menangis.. :')
Orang tua-tua kata,kalau sedih,seeloknya tidur.Tidur mampu melupakan sekejap perasaan sedih itu.
Mungkin apabila bangun daripada tidur,kekuatan diri muncul 100%?
haa..kalau sedih itu,pandai2lah tidur ya?!
Tapi kalau Noris sedih,biasanya Noris susah nak tidur,jadi Noris akan buat solat tahajjud pada 1/3 malam 
untuk mengadu kepadaNya :') Insha-Allah hati akan tenang :)
Kalau rasa macam tak cukup tempat mengadu?
apalagi,Noris mestilah tulis surat tak puas hati untuk puaskan hati..(apa punya ayat lah ni --")

GEMBIRA
-------------
Gembira ialah sesuatu perasaan yang asik membuatkan reaksi kita sekejap2 ketawa,sekejap2 senyum..
Bukannya gila,maksud Noris ialah gembira dengan kawan ke,gembira dengan keluarga ke?
ataupun dapat sesuatu barang yang memang selama ni kita impikan ke?
Noris setiap hari gembira,susahlah kalau nak tengok Noris sedih..
sedih tu sometimes lah..lepastu gembira balik.. haha :D

MARAH
----------
Perasaan Marah ialah perasaan yang akan membuatkan kita rasa panas,rasa macam nak maki hamun aje..
Ada sesetengah orang yang mampu menahan marah dan sabar..tapi kebanyakannya panas baran..
Marah biasanya akan diakhiri pergaduhan.Dalam Al-Quran,Allah memesan hambanya untuk duduk,baring,ambil wuduk atupun banyakkan beristighfar ketika marah.
Kalau Noris marah biasanya Noris akan duduk kalau waktu tu sedang berdiri ataupun beristighfar..
Selagi boleh pendam,Noris akan pendam..tapi lepastu Noris conteng lah apa2 kertas macam mana hati Noris terluka dek diconteng orang..
Kalau kesabaran Noris telah berada dipuncak..serta-merta Noris akan luahkan segala2nya dalam hati ni ..
tapi InshaAllah orang tu akan tersentap,tersedar,terminta maaf semuanya lah "ter" ;)
jadi,jangan sesekali cabar Noris :)

CINTA
---------
Cinta adalah anugerah Terindah.Dunia tanpa cinta pasti akan terasa hampa.Seperti kegelapan tanpa ada cahaya..Memang mudah untuk mencintai seseorang tapi susah untuk dicintai kembali.
Cintakan bunga,bunga akan layu.Cintakan manusia,manusia akan mati.
Cintakan Allah?Allah kekal abadi..itulah cinta,Cinta yang Hakiki :')

okey..inilah coretan Noris untuk topik perasaan :)
sebarang persoalan,boleh tanya di facebook Norismahani Ismail.. :D
ataupun google +Norismahani Ismail :D

Pesanan Noris : Semua Perasaan yang Noris terangkan ini adalah penting untuk dikawal.
                         kalau tidak dikawal,ianya boleh membuatkan masalah pada diri sendiri.
                         Pastikan perasaan ini tidak dikawal oleh nafsu yang membuak-buak :D

Assalamualaikum,Tata!





No comments:

Post a Comment