Sunday 17 April 2016

Both Little Princess Birthday!





Assalamualaikum..
Pada 9/4/2016..
Aku dan Isma Family pergi Restoran Hiyaki di Shah Alam untuk sambut hari lahir Huda dan Hasya bersama keluarga belah mak aku.
Sebelum ini dah pernah sambut dengan keluarga belah ayah aku jadi, kali ini belah mak aku pula.
Baru 'fair and square' kan..

Sebenarnya hari lahir kedua-dua adik puteri aku ini ialah 17/4/2016 tapi sambut awal sikit sebab nak sambut dengan sepupu perempuan mereka yang lain.
Sememangnya kek dah ditempah 2 bulan awal dengan kawan mak aku sebab dah rancang awal-awal nak sambut bersama keluarga besar ini. Seronok sambut ramai-ramai macam ini sebab meriah.

Mama yang sedang mendukung adik bongsu aku, Hasya.

Kami mulakan parti hari lahir kedua-dua adik puteri aku ini dengan bacaan doa dulu oleh paksu aku.


Hasya yang sudah tak sabar-sabar nak potong kek.

Kek rasmi hari lahir Huda dan Hasya. Tema Frozan ok.

Umairah. Anak maksu dan paksu aku pun sambut juga.

Ini kek hari lahirnya yang sememangnya sudah ditempah awal 2 bulan juga. Tapi dengan orang lainlah.

Sofea pun sambut hari lahir juga. Tapi keknya beli terus aje beberapa jam sebelum itu tapi masih ada gambar kartun kat situ. Kartun Sofea The First memandangkan nama sama. Hihi

Maksu dan Mama aku. 😁

Mak-mak bersama anak-anak.


Lilin dah dipasang. Jom nyanyi sama-sama.
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Umairah, Huda, Hasya dan Sofea!

Aku duduk semeja dengan nenek dan atuk. Lupa pula, adik lelaki aku kat sebelah. 

 Ini video khas yang dirakam. Silalah tengok ya!

Aku yang nak masuk jugak. Haha

Masih lagi menyibuk dengan puteri-puteri hari lahir sekalian. Hahaha
Kekecohan dan kemeriahan semua.

 Video kemeriahan sambutan hari lahir.

 Gambar ini diambil pada 17/4 hari itu. Sememangnya hari lahir mereka berdua. Huda dah 4 tahun. Hasya pula dah 3 tahun.
Selamat Hari Lahir sayang-sayangku sekalian!

 Hadiah hari lahir mereka berdua yang diberi oleh pak cik dan mak cik aku. Hasya tak ada sebab dah tidur.

Ok.. itu sahaja cerita untuk hari ini.. Entry kali ini unik sikit sebab ada video. Haha pertama kali aku cuba masukkan video. Tengok ya!


Ditaip Oleh: Cahaya Pemaaf ❤

No comments:

Post a Comment