Saturday 25 April 2015

A-Level Math And Logic

ASSALAMUALAIKUM..

Pada 25 April 2015 yang lalu, aku sertai A-Level Math and Logic Challenge yang diadakan di Sunway College. Memang seronok sebab aku pergi dengan kawan-kawan aku. Walaupun aku berpasangan dengan Atiqah, tapi persaingan itu tetap tidak mampu berlawan dengan persahabatan.

Aku datang sekolah tepat pukul 8 pagi. Tapi malangnya, aku terlupa bawa kalkulator. Waktu itu aku tak kisah sangat. Sebab aku datang hanya untuk mencuba nasib dan menjawab soalan-soalan matematik dan IQ yang bertaraf antarabangsa.
Sesampainya kat sekolah, aku jumpa Sarah, Ras, Hidayah, Khairuniena dan ramai lagi.
Mereka pun turut menyertai.

Dari kiri, Sarah, Ras dan Hidayah. 😀


Atiqah, Sarah, Ras dan aku!



Kami berempat lagi!!


Hidayah, aku dan Atiqah!


 aku dan Atiqah!

waktu ini kami dalam bas.. sibuk berselfie!

sekali sekala aku buat muka apa salahnya kan? comel apa 😂😂


Setibanya kami di Sunway College itu, aku tinjau kawasan sekitar itu dan tangkap gambar kawasan itu 😉

waktu ini baru keluar bas!




Selepas dah tinjau kawasan, aku, Atiqah dan Hidayah pun ambil giliran nak daftarkan nama dan kad pengenalan semua!
Opps! aku tertutup mata pulak 😄
Syahidah, Atiqah, aku dan Hidayah!! 😜


Amirah, aku dan Atiqah! Amirah ini satu tuisyen dengan aku dan Atiqah!



Lepas dah daftarkan diri, kami dibawa ke sebuah bilik untuk mendengar taklimat daripada kakak-kakak dan abang-abang kat sini,
Aku dan Atiqah selfie!

orang belakang yang bersedia!


Eh? Aku dan Atiqah lagi?


Kami ditayangkan beberapa pelajar yang disponsor untuk sambung belajar ke luar negara. Dan mengejutkan sekali sebab ada 2 orang pelajar yang terdiri daripada sekolah aku!
Pandai betul mereka itu!!


 Aku selfie!

Selepas habis tayangan dan taklimat.. kami dibawa ke Bilik lain pula dan terdapat ratusan pelajar daripada sekolah lain mungkin kolej pun ada kot. Sebab nampak macam dewasa pula.
Kebanyakkan cina. haha


Waktu ini dah habis peperiksaan.. Fuh! memang mencabar! Aku tak rasa aku boleh dapat pun.Hahaha
Sarah dan Ras!

Aku dan Atiqah kat tangga. Waktu ini nak turun daripada bilik tadi ke pintu keluar Sunway College ini.

Kami berempat lagi!


Dari kiri, Ras, Sarah, Hidayah, Atiqah dan aku!
Leganya peperiksaan dah tamat 😊

Kami semua wakil daripada SMK Puchong Utama 1!
Semua peserta daripada sekolah aku. ☺


Kami didepan Sunway University!!
Seronok dapat pengalaman macam ini.
Bas pun sampai tak lama lepas itu.. kami pun balik dengan senang hati!


Sekian sahaja daripada aku dan Atiqah!
Aku letak gambar kami berdua yang sweet ini sebagai penutup entri kali ini!
Ja-Ne!!

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤



Monday 13 April 2015

Birthday Party Izzah

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ini aku nak cerita birthday Izzah.
Ini sebenarnya sambungan kepada cerita #Itstime2fight haritu.
Memang seronok sebab lepas jalan-jalan di Shopping mall The Mines tu, kitorang terus pergi rumah Izzah untuk sambut Birthday dia.
Aku pinjam tudung Izzah sebab aku tak ada tudung warna merah jambu :P


sementara menunggu birthday girl siap.Aku Selfie!


Ini aku ambil Izzah punya!Sesaja sekali sekala nak selfie :P

Lepas semua girls dah siap..Kitorang pergi bawah dan hias kek.. Hasilnya .. Taraa..
Lepas tangkap gambar kek ini.. barulah menjamu selera :D

Ini Air untuk diminum.

Menu utama hari itu ialah Nasi Ayam Special hasil tangan Mak Izzah :)

Sesi potong kek!
Klik! Klik!Klik!

Selfie waktu nak makan.Amboi..Ketty dah rasmi dulu :P

Selfie kami berlima..

Aku dan Atiqah! Kami tak merancang pun nak pakai warna merah jambu..tapi dah jodoh ;)

Aku dan Izzah :) Birthday girl!!


Aku,Izzah dan Atiqah selfie bertiga guna Iphone 5s ayah Izzah!
Kami kawan baik sehati sejiwa ok! Hihi
Muahhh!






Waktu ini kami bertiga suruh Ketty tangkapkan.. Tiba-tiba adik Izzah menyibuk.. Oppss jangan silap sangka ya..Itu adik Izzah dan bukannya anak cina mana yang sesat tau.hahaha



Kemudian..giliran kami berlima berselfie!! Atiqah,Kak Nurin,Aku,Ketty dan Birthday girl aka Izzah!



Aku bersama birthday girl terlawa hari ini!Aku cuma nak kau tau..yang aku sayang kau!Walau apapun orang cakap pasal kau, abaikan ok! aku kenal kau lebih daripada mereka tu!Kau seorang pendengar yang setia! Memahami aku dan agak pendiam..kalau aku tak mulakan percakapan memang hubungan kita akan krik krik krik selamanya.hahaha 



Ini my outfit of the day !!


Thank you for reads, people!

"Tahukah anda bagaimana rasanya apabila kita hilang satu sahabat? Rasanya seperti hilang satu jari tangan..walaupun kita masih ada lagi 9 jari tangan tetapi kita tak boleh mencukupkan satu genggaman.Ia juga menyukarkan kita untuk makan dan melakukan kerja-kerja yang lain.
Jadi,pastikan kita semua hargai rakan-rakan kita!Bagitahu mereka, Anda Sayang Mereka!"


Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤