Sunday 19 July 2015

Open House Sarah

Assalamualaikum..
Hari ini aku pergi rumah terbuka Sarah di Bandar Bukit Puchong kerana dijemput oleh tuan rumah.
Aku naik kereta Izzah yang dipandu oleh ayahnya dan terus gerak ke rumah Sarah. Sampai je kat sana, memang ramai gila budak lelaki kelas aku dan kelas lain juga, lagipun aku memang dah agak sebab kebanyakkan budak sekolah aku duduk Bukit Puchong ini.
Aku jumpa Nadia, Nurin Husna, Puteri Arifah dan ramai lagilah yang perempuan. 


                                      Aku selfie dengan Nadia yang satu kelas kental dengan aku.

Sarah merupakan seorang kawan rapat aku di Kentalians. Dia diantara rakan-rakan yang hangat di sekolah sebab kecantikan dan kepandaian semulajadi dia. Sifat dia yang kelakar dan kadang-kadang teruja itu buatkan dia ramai kawan termasuk aku sekali terpikat. Aku yang perempuan pun terpikat kalau lelaki apatah lagi kan.. Hahaha Dia pun keturunan kaya memandangkan mak dia pun pramugari yang lawa gila! Mak lawa apatah anakkan. Sarah ini memang pandai bergaya dan tinggi lampai orangnya. Dia kalau cerita sesuatu mesti buatkan aku gelak. Mesti takkan percaya dia orang seperti yang aku kata itu sebab daripada pandangan pertama nampak macam dia jenis yang kontrol ayu aje kan? Sebenarnya, memang silap besar kalau fikir macam itu. Orang kata, tak kenal maka tak cinta.

Kemudian, Selfie dengan tuan rumah iaitu Sarah guna I Pad Sarah. Sarah memang natural beauty muka macam orang putih aje. Lawa gituuu..
Lepas makan sehingga kenyang. Kami pulang ke rumah dengan perasaan teruja. Bila lagi nak singgah rumah kawan sekelas ini kalau bukan hari ini ye dak? Hari raya adalah hari ziarah menziarahi.

Aku cium adik Izzah, Aina yang tembam gila. Geram naa!


Gambar selfie farewell katakoo.. Nanti jumpa lagi di entri akan datang. Hari ini kureng idea nak tulis panjang-panjang hehehe. Apa yang penting.. pada hari raya kita mesti bergembira!

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤