Wednesday 26 November 2014

Kentalian$


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Tahun ini merupakan tahun kedua aku belajar di kelas Kentalians.
Ianya merupakan pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup aku.
Kelas Kental memang popular sebagai kelas bising,nakal dan sebagainya.
Walupun begitu,aku bersyukur dapat kawan-kawan yang menyokong dan baik2 belaka.

walaupun cuma segelintir yang nakal tapi semuanya di'cop' sama.
bak kata pepatah "nila setitik rosak susu sebelanga".
Dalam kelas Kental memang ada pelbagai ragam.
ada yang menyakitkan dan menyenangkan pun ada.
cuma nak pesan awal-awal jangan terasa dengan apa yang aku taip.
sebab semua ni dari hati.hahaha.. :P

Nak minta maaf juga pada sesiapa yang tak ada kat sini.
Mungkin sebab korang tak bagi gambar dan tak beri kerjasama. 😊

Nak start dari mana eh?
Okey,let me introduce our class Teacher a.k.a English Teacher,
Pn.Ilyani Binti Othman.
She's married and have 2 kids.
Guru kelas paling best sebab sporting.
kadang-kadang apa yang cikgu nasihat terkena kat batang hidung saya sendiri.
hehehe :3



Ahmad Harith merupakan ketua kelas Kental,
yang kadang-kadang jadi ketua kelas dan kadang-kadang dia sendiri yang buat bising.
Dia ni ada panas baran sikit.Siapa yang cari pasal dengan dia memang akan kena hambur.
Hahaha wat lek wat peace sudah ✌



Nasrin Qasrina merupakan penolong ketua kelas,
Dia garang Dan kelebihannya yang mempunyai suara yang kuat.
Biasanya dia duduk berpuak dengan AJK kelas a.k.a geng lawa-lawa.





Nurul Afiqah merupakan Bendahari Kentalians,
dia kalau kutip duit seperti Ah Long kutip hutang.
budak-budak kelas panggil 'Kak Yong' kerana aura garang yang terselit dalam dirinya.


Yasmin Suraya merupakan Ketua keceriaan kelas,
dia kalau menghias kelas mesti cantik dan memuaskan hati seperti orangnya.
Tinggi dan manis.
salah seorang Geng Lawa Kentalians.
Satu hari memang tak sah kalau tak berkepit dengan Emy..



Emylia Shahira ialah salah seorang Geng Lawa Kentalians,
orangnya tinggi,manis dan pastinya gadis Kelantan.
sama macam Yasmin,buat kerja memang memuaskan hati.
Memang satu kepala dengan Yasmin memandangkan 2 tahun bersahabat.


Nurul Asyikin juga salah seorang ahli Geng Lawa Kentalians,
Timbalan pengerusi bola jaring merupakan jawatannya.
Mempunyai rupa paras yang lawa dan kurus ramping.,
wakil sekolah bola jaring dan memang cekap.
Tahun lepas dia kelas Luhur tapi tahun ni Kental memandangkan dia top 3.




Mawaddah ialah kawan baik Afiqah.
Perwatakannya agak berbeza kerana dia lembut dan sporting.
Amat dihargai oleh Pn.Wannorhaizan kerana menjalankan tugas dengan bagus
sebagai jawatan tertinggi SPBT.



Nadia Hazriana merupakan salah seorang Geng Lawa Kentalians.
Free hair dan mempunyai rupa paras yang memang cantik.
Dikatakan mempunyai nama keluarga yang berasal dari Australian iaitu Woodford.


Ras Nilam Karmila seorang yang free hair dan natural lawa.
Mukanya iras kacukan dan manis.
Salah seorang Geng Lawa Kentalians.
Berkawan baik dengan Wannurfaihana.



Noor Syahidah seorang Blogger.
Peminat setia Irene Nadia yang merupakan model blogger itu.
Bertudung labuh dan aku suka fesyen dia.
Muka dia manis dan keturunan Jawa,
Pandai dan banyak cakap.
Duduk depan Atiqah.



Diteruskan dengan Pengawas Perpustakaan Kental.

Wannurfaihana kawan baik Ras.
Gadis Kelantan dan pastinya lawa dan ramai peminat.
Sporting dan pandai.
Seorang Pengawas Perpustakaan yang berjawatan tinggi.
Hemah dalam melakukan kerja dan serba perfect.


Danish Zuhair mempunyai ciri-ciri lelaki idaman.
Seorang yang tinggi,rupa paras yang memang hensem.
Ramai peminat dikalangan tingkatan satu.
Apa yang keluar dari mulut dia memang menggelikan hati.
dan pastinya dari Kelantan dan Pengawas Perpustakaan.



Nik Ahmad Zakir juga dari Kelantan.
Kepohnya tak ada siapa boleh lawan.
Mempunyai minat yang tinggi untuk memasak dan cita-cita menjadi chef.
Kisah Sejarah bersama Nazrin Ikmal amat menarik perhatian aku.
Kawan baik Nazrin sewaktu di Tadika,terputus hubungan di sekolah rendah dan ditakdirkan
satu kelas disekolah menengah.


Nazrin Ikmal Pengawas Perpustakaan sama macam Nik.
Jiran sebelah rumah Nik dan Kawan baik Nik.
Memang pandai English macam Nik.
Suka main skateboard.



Diteruskan lagi dengan Pengawas Sekolah kelas Kental,

Nurul Atiqah merangkap kawan baik aku,
seorang yang banyak cakap,suka ketawa dan ramai suka berkawan.
Kadang -kadang perangai mengalahkan budak-budak dan kadang-kadang matang
sebab suka nasihat aku.
Pandai sebab dapat nombor satu dalam kelas.

Muhammad Firdaus seorang AMT Pengawas.
Dia dah banyak berubah dan tak tahulah kenapa.
Tapi yang pasti kearah positif.
Kalau dulu dia cepat naik angin,sekarang tenang je.
Kalau dulu suka menyakitkan hati sekarang menyenangkan je.
Kalau dulu suka main-main sekarang matang sikit,
suka main Skateboard.


Adam Benjamin seorang AMT Pengawas.
Dia ni tak berubah.Masih lagi dengan perangai kebudakan.
Semakin lama semakin tinggi aku tengok tapi kurus.
Muka boleh tahanlah.Ramai peminat juga.


Nazrin Shah seorang Pengawas.
Dia ni memang menyakitkan hati.
Tak tahulah bila nak berubah.Suka kacau orang.
Kepoh pun ya juga.


Diteruskan dengan Geng Nerd Kentalians,

Aini ketua group.
Memang selalu top 10 dalam kelas.
kurang bercakap dan lebih suka senyum.
Duduk depan aku.


Nurul Shafina duduk belakang Atiqah.
Tak suka datang sekolah katanya.
Top 10 jugak dalam kelas.
Tak banyak cakap tapi banyak ketawa.


Farah Hanim seorang yang jarang datang sekolah.
Walaupun begitu,selalu dapat top 10 dalam kelas dan menjadi tanda tanya.
Orangnya tinggi dan pandai berfesyen.
satunya anak perempuan dalam keluarga dan pastinya anak emas.


Nurul Nizzatul Izzah kawan rapat aku.
orangnya kecil tapi sederhana tinggi.
Suka ketawa,banyak bercakap dan lemah lembut.
aku suka tengok dia pakai selendang sebab muka dia nampak bulat dan comel.


Diteruskan dengan Lelaki Kentalians..

Shakir Zufayri merupakan anak Tentera terkenal.
Budak baru dari Indonesia tapi dia warganegara Malaysia.
orangnya sederhana tinggi dan muka boleh tahanlah.
Suka menyanyi dalam walkie talkie wechat.
Banyak cakap dan suka selfie.


Muqriz Shah seorang yang popular.
Dikenali ramai.
Gambar selfie nya awesome dengan edit yang mantap.
Pandai main bola dan skateboard.



Lutfil Hazim kawan baik Muqriz.
Rambutnya memang lain dari yang lain.
Kalau selfie bajet macho je.hahaha



Razlan seorang yang banyak cakap.
Pendek pastinya dan pelik perangainya.
Kadang-kadang dia baik dengan aku,kadang-kadang cari pasal.
Putih,mata sepet macam cina.


Hazeem kawan baik Nazhan.
Suara dia memang kelakar.
Pandai.Buat apa-apa je mesti dengan Nazhan.
Adik beradik dia pandai- pandai dan belajar diluar negara.




Nazhan kawan baik Hazeem.
Dia ni suka kenakan orang.
Kadang-kadang menyakitkan hati dengan mulut dia yang pot pet sana sini.
Pandai juga dan sekepala dengan Hazeem.


Zuhaili seorang yang suka kenakan orang juga.
Kadang-kadang menyakitkan hati dan suka kacau orang.
Rapat dengan Hazeem dan Nazhan.


Mahfuz anak sulung dari 7 adik beradik.
Tak tahulah betul ke tak sebab dia ni suka tipu orang.
Banyak gosip suka perempuan sana suka perempuan sini.


seterusnya budak nakal Kentalians,
dorang ni ada menyakitkan hati tapi terselit kelakar.
walaupun lelaki tapi mulut 'pot pet' sana sini.
melawan kata memang kepakaran dorang.
ada baiknya,kadang-kadang tolong cikgu.

Jufri Afief seorang yang beruntung sebab dapat menjejaki tanah suci Makkah.
Terkenal dengan sifatnya yang suka menjawab.
Tapi suka tolong cikgu kekadang.



Aiman Hakim terkenal dengan sifat nakalnya tetapi terselit kelucuan disebalik kata-kata.
Dia memang boleh berjaya kalau ada usaha.
Cuma masalah dia ni suka merayau tempat orang lepastu pot pet sana sini.



Adlan,salah seorang mulut murai.
ada je benda dia nak cakap.
meskipun kat sekolah ataupun di Wechat.
Dia ni baik sebenarnya tapi salah pilih kawan.
Dia tolong mak dia jual pizza.Sedap itu pasti. :D


terlupa pulak Nazrul.
Dia Ada perubahan Dari segi pelajaran.
Kata cikgu Ilyani,BI Ada peningkatan.
Dia minat sangat dengan bola sepak atau futsal.






Kentalians memang the best class for me.
I love them ❤
I hope we will meet again next year.




Wat lek wat peace ✌
Semua Ni hanya gurauan Dan kenangan semata-mata 👆


Ditaip oleh:Cahaya Pemaaf ❤