Thursday 17 March 2016

Tahun 2016, Tahun Movie?

ASSALAMUALAIKUM..

Pada 16/3/2016..
iaitu pada hari semalam, aku pergi hang out dengan Kak Nurin dan Izzah. Bagi release tension dah naik tingkatan 4 ini.hahaha
Actually tak adalah tension mana sebab baru pertama kali exam. Susah? Ya dan mungkin tidak.
Ada subjek yang dah dapat result but ada subjek yang belum lagi. Overall, semuanya biasa-biasa dan masih tahap sederhana atau memuaskan. masih belum cemerlang tinggi. hmm ini salah satu faktor tension! Memang aku belajar last minute iaitu malam sebelum pagi esoknya exam. Kau rasa? Memang wajar lah result aku macam itu. Ye dak?

Memandangkan minggu ini adalah minggu cuti sekolah penggal pertama.. Izzah ajak aku pergi tengok wayang kat Alamanda. Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke sana. Hari Sabtu baru-baru ini, aku dah pun tengok cerita Boboiboy kat pawagam One City Mall. Semalam pula, aku tengok cerita Kung Fu Panda 3. Memang enjoy dengan kedua-dua cerita ini. Tahun ini iaitu 2016, merupakan tahun filem best-best yang ada kat pawagam. Filem dari Malaysia pula mendapat sambutan yang hangat.

Pada penghujung bulan Januari 2016, Filem Ola Bola ditayangkan di pawagam dan mendapat sambutan hangat daripada penonton di Malaysia kerana katanya cerita ini terdapat banyak pengajaran dan unsur-unsur nilai murni dalam persahabatan, kekeluargaan dan kehidupan.


Seterusnya, Filem animasi Alvin And The Chipmunks The Road Chip ditayangkan pada bulan Februari. Mengisahkan tentang 3 ekor tupai yang boleh menyanyi dan menari. Ini merupakan filem animasi chipmunks yang keempat.

Pada penghujung bulan Februari, Filem Munafik yang merupakan filem seram dan terdapat banyak pengajaran khususnya tentang Islam mendapat sambutan hangat di pawagam. Filem arahan Syamsul Yusof ini katanya agak menyeramkan dan setaraf filem-filem seram hollywood kerana penonton tidak henti-henti menjerit dan dipenuhi rasa menggigil dan ketakutan setiap kali menontonnya. Filem ini sememangnya tidak sesuai bagi wanita mengandung dan penghidap sakit jantung.

Kemudian, pada awal bulan Mac, Filem animasi Zootopia juga ditayangkan di pawagam. Cerita yang mengisahkan tentang haiwan didalam zoo mendapat sambutan daripada kanak-kanak di Malaysia.

Filem animasi Boboiboy yang merupakan filem animasi kedua Malaysia selepas Upin Ipin,  juga ditayangkan pada awal bulan Mac. Filem ini menceritakan tentang kumpulan Alien jahat yang bernama Geng Tengkotak yang menyerang bumi untuk mendapatkan sfera bola kuasa.

Bulan Mac ini juga, Filem animasi Kung Fu Panda 3 ditayangkan di pawagam. Menceritakan tentang Po yang terjumpa bapanya, Li Shan. Li Shan membawa Po ke kawasan petempatan penduduk yang semuanya terdiri daripada Panda. Po juga perlu mengajar kung fu untuk menjadi pahlawan naga shi dan perlu berlawan dengan Kai yang merupakan seekor kerbau jahat daripada alam roh.

Bulan April nanti, Disney akan menghidangkan filem yang bertajuk The Jungle Book.Menceritakan tentang seorang budak lelaki yang membesar didalam hutan nusantara bersama haiwan-haiwan liar didalam hutan. Dia perlu menjaga dirinya sendiri supaya tidak menjadi makanan kepada haiwan-haiwan liar yang sentiasa merebutnya.

Bulan Mei pula, Filem animasi Angry Bird The Movie akan ditayangkan! Sememangnya cerita ini ditunggu-tunggu kerana kebiasaannya kita dapat melihat angry bird dalam edisi game sahaja. Kali ini, penonton dibenarkan menonton tayangan animasi Angry Bird pula.


Untuk pengetahuan anda, aku dah pun menonton Boboiboy bersama Mama, adik-adik aku, Maksu dan Paksu dan sepupu aku. Memang seronok ceritanya. Aku bagi 4 bintang! Menghiburkan dan sound effect dalam cerita itu amat mengagumkan sebab rasa macam kita pun ada dalam filem itu! Lawak daripada papa zola kebenaran itu pun memang menghiburkan. Tapi... awal-awal itu memang boleh masuk lawak itu, tapi disebabkan terlalu banyak lawak kebenaran itu buat aku rasa menjengkelkan dan rasa macam entah apa-apa. Tak apa, sebab baru awal-awal lagikan. Memang berbaloi tengok cerita ini! Apa pun, Terbaikkk!! "Bersama kita berjuang" daripada Bunkface itu buatkan aku rasa nak menyanyi sama. hahaha

Berbalik kepada cerita Kung Fu Panda 3, aku rasa cerita ini layak untuk mendapat 5 bintang dan mendapat tayangan Blockbuster diseluruh dunia. Ini kerana jalan ceritanya sesuai untuk lapisan umur dan asik buatkan aku gelak terbahak-bahak daripada awal sampai ke akhir cerita. Dalam buku teks sejarah tingkatan 4, aku ada baca tentang Sejarah Yin dan Yang. Memang waktu belajar itu pun aku dah perasan bahawa simbol Yin dan Yang ini ada dalam cerita Kung Fu Panda. Dalam Kung Fu Panda 3, Yin dan Yang ini diterangkan dengan lebih lanjut. Apa yang aku boleh katakan, cerita ini amat mengagumkan dan tersangatlah seronok!

Pada 16/3/2016, Izzah telefon aku dan beritahu, dia akan datang lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Aku pun bersiap dan tunggu Izzah. Lepas makan tengahari, Izzah pun datang kat depan rumah aku. Mak dia yang bawa kereta. Kereta Izzah memang sempit sampai kami semua kena duduk pangku-pangku. Haha. Tapi seronok dapat pengalaman macam ini!
Ini gambarnya!


Kemudian, kami sampai saja kat Alamanda, Mak Izzah tinggalkan kami berenam di Alamanda iaitu Aku, Kak Nurin, Izzah, Ammar, Akmal dan Hani. Kami terus serbu wayang GSC kat Alamanda itu. Memang terkejut beruk aku jadinya apabila beratur punya panjang sampai naik ke tangga tingkat atas. Aku pasti semua orang itu nak tengok cerita Boboiboy. Kami mula beratur daripada pukul 2.01 petang sampai pukul 2.45 petang baru dapat beli tiket wayang Kung Fu Panda 3. Seperti yang aku agak, 12 tayangan Boboiboy daripada pagi sampai pukul 12.30 malam habis dijual! Dahsyat sungguh penangan Boboiboy. Aku rasa filem ini memang conform dapat 20 juta seperti yang diharapkan oleh pengarah cerita ini, Nizam Razak.

Nasib baik, masih ada tempat duduk bagi kami berenam untuk menonton Kung Fu Panda 3. Kami dapat tengok tayangan Kung Fu Panda 3 pada pukul 4.50 petang.

Sebelum menunggu tayangan Kung Fu Panda 3, kami pergi makan dulu di McD untuk alas perut. Aku pesan McChicken set dengan air coke dan kentang goreng. Aku duduk berhadapan Kak Nurin dan bersebelah dengan Hani. Izzah duduk sebelah Kak Nurin.
 Kak Nurin and Izzah!

 Both of Hani!


 Ini Ammar dan Akmal,adik Izzah.


Lepas habis makan, aku pergi beli ais krim Chocotop dan Mc Flurry untuk aku dan Izzah. Sambil makan aiskrim, kami jalan-jalan. Lepas itu, kami terus masuk ke MPH Bookstore. Aku bercadang nak beli Salju Kyoto daripada Sara Aisha. Sebab semua orang komen bagi 5 bintang dan kata buku ini best. Balik rumah aku bacalah dan memang buku ini memang best.. aku pun bagi 5 bintang! Anda semua patut beli dan baca buku Salju Kyoto! Izzah pula bercadang nak beli Suamiku paling sweet! aku memang nak beli buku ini dan dah pergi banyak kedai buku macam popular dan sebagainya tapi tak jumpa. Akhirnya kat sini ada! Kami berdua ambil keputusan untuk beli dua-dua buku itu!


Lepas itu kami terus pergi serbu wayang memandangkan jam dah pukul 4.30 petang. Kami beli popcorn dan air mineral set besar. Lepas tunjuk tiket kat pengawal itu, kami pun masuk wayang dengan gembira sekali! Aku duduk seat nombor 7, Izzah nombor 8, Kak Nurin nombor 9, Hani nombor 10, Ammar nombor 11 dan Akmal nombor 12!

Kami selfie dulu sebelum wayang bermula!


Wayang pun bermula dan kami menikmatinya sambil makan popcorn dan minum air. Layan cerita sampai pukul 6.10 petang.


Keluar daripada wayang, kami terus serbu Aeon untuk beli bahan masak Spageti sebab Kak Nurin nak masak spageti balik nanti.
Aku pun teman Kak Nurin dan tolong cari bahan-bahan masakan.
Sambil itu, tangkap gambar dengan Izzah dalam Aeon.




Lepas dah habis membeli-belah bahan masakan spageti, kami pun balik sebab Mak Kak Nurin dah tunggu kami kat kereta. Kami pun bergegas kat sana sebab ada pengawal kat luar itu yang nak halau kereta mak dia. Sampai je kat pintu keluar Alamanda, aku pun suruh Hani tangkapkan gambar kami bertiga.



Ini gambar selfie kami kat luar itu!


Lepas itu, kat dalam kereta, aku berbual-bual dengan Izzah tak ingat dunia sebab kat sekolah jarang jumpa. Dia ambil aliran akaun, aku ambil aliran sains. Macam manalah nak jumpa kan?
Susah sangat nak lepak dengan dia ini. Hahaha. Sambil berbual, kami selfie.




Aku pun sampai kat rumah, dan turun daripada kereta. Begitulah kisah seharian aku yang release tension dengan Izzah dan Kak Nurin. Seronok bukan kepalang. Terima kasih sebab bawa kami jalan-jalan! hihihi!

Ini gambar aku dan Izzah yang sweet! Ahaks! Sebagai penutup entri kali ini! Bye! Ja-ne! (Akibat tersampuk cerita Jepun Salju Kyoto daripada Sara Aisha. Hahaha)


Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤