Monday 16 November 2015

Jamuan Pengawas 2015!

Aku nak throwback jamuan pengawas tahun ini.Baru lagi!
Pada 22 Oktober 2015,sebaik sahaja selesai PT3..aku menghadiri jamuan pengawas di Concorde Hotel,Shah Alam.
Concorde Hotel ini merupakan tempat kerja mak aku sewaktu tunggu keputusan SPM dulu.Mak aku kata seronok kerja kat sini.Tapi..Penat!

Rezeki aku..dapat menjejaki kaki ke tempat kerja mak aku buat kali ketiga!
Seronok tidak terkata.
Hehehe..Tahun ini tema nya sangat klise!
'klise kau Maria' :P

Hahaha


Temanya ialah jeng jeng jeng..Sila baca di gambar itu sendiri :)
Rich and famous gala spectaclar.

Tahun ini jamuan pengawas paling best! Pasal rasa seronoknya lain macam!
Bagi aku lah.

Seperti tahun-tahun sebelum ini..Aku datang rumah Atiqah sebelum bergerak ke sekolah!
Dan selfie tengah jalan eh? tak.,tepi jalan :P

Ditempat yang sama tapi gambar yang lain.

Sesampainya kami disekolah..Kami tangkap gambar!
satu.,dua..tiga.. Senyum!
Kami semua Princess hari ini ya!
Tolong senyum sikit.

Tangkap gambar waktu duduk kat Bus Stop.

Aku dan Atiqah selfie kat Bus Stop!

Kami berempat! Special edition!


Ada hikmah disebalik kami terpisah kelas..Sama Bas!
Alhamdulillah!


Kami daftarkan diri dan ambil kad kredit VISA masing-masing :)
Terima kasih kad kreditku..Kau memberikan aku tuah untuk tahun ini :')


Ini meja kami.Kami duduk dengar pengerusi Majlis membuka kata-kata aluan.
Tiba-tiba abang Syukri..bekas ketua pengawas sekolah sebut "Hai Mahani!"
Terkejut tak terkata aku.Hanya sebut 'Hai' perlahan.Sebab aku ingat dia dah lupa aku.Haritu aku jumpa dia kat KFC Puchong Prima tu..dia buat tak layan je.
tahu kenapa? Dia tak nampak aku!
hahaha

Ini meja-meja yang ada kat hotel mak aku ni.
Oopss bekas hotel tempat kerja mak aku..


Kami berempat selfie lagi dimeja!


Ini meja kami! Manhattan!
Peace! Kami tahu kami flawless ( masuk bakul angkat sendiri jap eh )













Ini semua makanan yang ada aku tangkap gambar.Ada banyak lagi.Tapi memori phone dah full.Minta maaf,Kalau aku tangkap bebanyak pun..bukan korang boleh makan.Ye dok? boleh tengok dan telan air liur saja naa..


Aku dan Atiqah kongsi dessert.Nampak sedap? Mestilah.
Tapi muak walaupun baru makan 2 keping :'(

Nak makan dah ni! Sila tengok !
Aku dah nganga besar dah itu..sekali nak gigit tu..kulit tepung dia ja tercabut -.-
Udang tu tertinggai!nangis tak berlagu lah..
Nasib takdak orang tengok.
Kalau tak mahu tebal blusher pipi aku yang sememangnya tebal ini.


Kami makan sambil tengok persembahan.Seronok rasanya sebab tak ambil bahagian!
Fikir makan ja kau ni Cahaya Pemaaf :P
Kau kalau nak diet..baik tak payah datang.
Balik rumah goreng keropok ok.
Settle.







Sekianlah persembahan daripada tingkatan 1,2,3,4 dan 5.
Ada yang seronok ada yang biasa je.
Apapun terima kasih kerana anda semua menghiburkan kami.
Kami suka! seronok!



Aku tangkap gambar dengan Camelia!

Aku dengan Kak Zafirah a.k.a Pemenang baju mengikut tema Rich and Famous gala spectaclar!

P/s:Ada gambar elok.3 lagi haa..tapi aku tak nak post.Eh..suka hati akulah nak post ke tak nak.Tapi gambar ni sweet.hehehe.. Hanya aku jaa yang tahu menilai!Hangpa tak tau dok diam-diam :P



Photographer by Afrina! :) Thank you!

Dia dapat cabutan bertuah paling hebat.Apa benda entah nama benda itu,Aku tak tau apa nama orang putihnya..nama melayu ada ke? tak tahu lah.hahaha
Aku orang putih pun tak.Melayu sikit2 jaa..


Niena ni sesuai jadi model tau!aku memang suka betul dengan ketinggian dia yang asli tinggi,Tapi bertambah geram pula bila dia yang sedia tinggi ni pakai kasut tinggi -_- erghh! aku yang sedia pendek kelihatan lebih pendek. 

Ini makcik lagi sorang! Dah tahu hang tu tinggi 160 cm..Pi pakai kasut tinggi lagi pasai apa..malu lah aku gini.Semua orang aku tangkap gambar..nampak aku paling pendek.
Cis..Siap hangpa berdua.
Ada ubi ada batas,ada hari aku balas.
heheehehehehe


Gambar ni sweet sebab kami berdua sweet best friend forever!
Itu H.A.K.I.K.A.T
Hangpa semua kena terima.
Tahun ini tahun ketiga aku dapat cabutan bertuah.Beg bagasi biru tu aku punya.
Aku seorang jaa keluaq hotel ini macam baru check out hotel.
Malu tak malu lah..


Kami semua tingkatan 3!
Eh.aku belum rasmi lagi.Ada 20 hari lagi ini sebelum aku officially 15!
Muka aku kemain bercahaya lagi naa pasal aku kan cahaya pemaaf.
Takpa. Aku maafkan hangpa yang mengutuk aku :)
keh keh keh
Ada jugalah kenangan tingkatan 3.


Dalam Bas..Niena yang dapat cabutan bertuah itu terus buka hadiah dia.Dengar lagu daripada benda tu.Untung betul!
Aku tang bilanya nak pi bawa beg bagasi biru tu!
Yolah..tunggu hujung tahun aku terbang ke mana-mana.




Aku dan Atiqah selfie dalam bas sebab dah nak sampai rumah Atiqah dah.
Seronok sangat.
Terima kasih Babe.
Terima kasih Cikgu Pengawas.
Terima kasih Pengawas semua.
Terima kasih pada diri sendiri sebab hadir!


 Ini outfit of the day yang ditangkap oleh mama.Terima kasih mama atas gambar yang cantik ini!
Aku ambil dekat rumah!
Okey Assalamualaikum Bye!


Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤



Johor again


Hari ini aku nak throwback waktu pergi Johor untuk bercuti.Cuti saja-saja.Memang ternyata seronok!
Hotel itu walaupun hanya ada satu bangunan tinggi saja,,Namun kemudahannya lengkap!
Buatkan aku kagum sendiri!

Ada bilik khas gosok baju,sauna,spa,dewan event,gym dan sebagainya.
Semua tempat aku lawat kecuali tempat makan dia,High class sangat.Takut nak makan.Harga cekik darah! cekik leher sendiri pasal tak mampu.Jadi kami makan luar sahajalah nampaknya :')

Ini kat kedai makan Asam Pedas apa entah.Aduyai..aku lupa :(
Aku memang ada masalah dalam mengingat sesuatu.Pasal itu aku suka tulis supaya ingat.
Tak apalah.Hangpa cari sendiri naa..


Aku main benda ini dengan adik lelaki aku.Seronok kemain.Aku menang! Yeyey!
Apa punya lelaki hang ini! Main bola pun tak reti ka?Meh sini cek kasi ajar cikit.
Okey cukup dah iklan kedah.

Ini tatarias hotel.4 star aku rasa.

Ini kedai makan yang namanya Asam Pedas apa entah itu.

Makanan dan air dia memang thorbaikkk!
Sedap dan berbaloi-baloi.
Anda semua wajib pi kedai Asam Pedas tak tahu nama ni :(
Hahaha

My beloved parents ❤
Aku ada! kau ada?
hahahaha hihihi


Ini tatarias bilik tetamu hotel.

Ini depan pintu masuk hotel


Bilik tetamu hotel.



Tatarias depan lif.


Lorong nak ke bilik hotel!


Aku di tangga mahal hotel!
Kau hado?


Tangga ini konfem berjuta ringgit habis.Macam dalam cerita Barbie pula.Tangga Istana macam inilah! Sejibik!


Tengok.kan gua dah cakap.Princess tu mai menari dengan prince charming mereka.Aku tak jumpa lagi.Aku tengah menari seorang diri ini.Ada 7 tahun lagi naa..lama..


Lampu ini konfem beribu!


Bilik tetamuuuu.

Aku sedang berlari.
Begitulah awan nano.
Nano Nano Nano..

Apabila Cahaya Pemaaf berselfie!


Ini aku duk bersenam atas bola ini.Naik patah pinggang aku.Duduk tak seimbang!Asik senget sebelah! Sudahnya jatuh tersungkur.Namun,ini cahaya pemaaflah! Saya maafkan awak bola hijau!
Bila kita jatuh kita perlu bangkit!

Mari kita kayuh basikal senam.Fuhh..dah lama aku tak main basikal.Rinduu.


Gambar kegemaran seluruh masa.Ok terima kasih.Bye,Jumpa lagi!


Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤