Sunday 9 August 2015

It's because PT3.


Hai.
Ingat lagi tak kat aku?
Ke dah lupa dah?maklumlah,aku dah tak update blog ni hampir 5 bulan tau.
Lama juga.Dah tak tertahan rasa rindu yang membuak sangat pada blog ni.
Well,tujuan aku tulis blog ni adalah....

Nak bagitau sebab apa aku ni lama menghilang,menyepi dan menyembunyi?
Sebabnya satu je.
Baca balik tajuk :P

Haha.
Actually,mesti korang fikir aku study hard kan?
No..aku study smart :P
Haha.tak lah.
Secara jujurnya,aku baru mula belajar semua masuk bulan 8 ni.

Teruk tak teruk ah.
Target aku memang bukan straight A pun.
Aku cuma target 6 A je.
Itu dah cukup memadai dengan usaha yang aku buat ni.

Bercakap tentang PT3,
Benda ni aku memang tak fokus langsung.tapi ia tetap melibatkan maruah keluarga aku sekiranya aku mendapat markah yang teruk.

Bagi aku,markah yang kita dapat hanya MARKAH.
Huruf yang kita dapat hanya HURUF.
Huruf yang menilai markah kita pun hanya Dari A sampai F je.
Tak sampai Z pun kan?
But,fikir balik.
Kau mungkin fikir benda ni tak penting.
Kau rilek je.senang lenang je sekarang ni.Kau sibuk dengan hal dunia seperti gadget ni semua.
Pernah dengar peribahasa tak?
"Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian".

Jadinya,bila sekarang ni kau sibuk nak senang lenang.Once,bila kau dah dewasa.kau nak cari kerja.kau nak sambung belajar.kau nak berkeluarga.

Tapi..semuanya kau tak dapat.Bukan tak dapat.Tapi SUSAH.
Sebab?
Kau senang sekarang.

Kau akan SUSAH nak cari kerja sebab kau tak ada result yang membolehkan kau kerja.Kau SUSAH nak sambung belajar sebab result kau yang ada F.Kau SUSAH nak berkeluarga sebab..
Ada ke orang nak kahwin dengan lelaki atau perempuan yang kurang bijak.
Actually..mungkin ada tapi itu pun kalau kau ada kelebihan Dari segi kemahiran kau.
Tapi kau ada ke semua tu?
Benda tu boleh jamin masa depan kau?
Boleh Sara hidup kau?

Kau kena fikir balik..
Zaman sekarang tak sama macam dulu.
Dulu kau umur 15 tahun pun dah boleh kahwin.Tapi sekarang, tak ada dengar lagi.

Sebab Zaman dah berubah.
Perubahan zaman yang berlaku sekarang ni bukan makin mudah.
Tapi nak hidup,makin susah.
Dengan gst lagi.kau ingat kau mampu?
Tak.kalau kau tak SUSAH kan diri kau sekarang,nanti kau akan SUSAH.

Sekarang ni,Kau cuma rasa susah sebab kena belajar.Tapi kau akan senang nak Sara hidup bila kau dewasa nanti.

Actually,aku ada bincang2 pasal hal ni dengan kawan baik aku.Dia matang macam aku.Tapi,fikiran kami berbeza.
Once,aku fikir lain.Dia akan fikir lain.

Dia kata kita hidup di dunia ni..
Adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah.Katanya,benda belajar ni semua tak penting.Penting nya,kita solat,baca AlQuran dan dekatkan diri dengan Allah.

Aku tak kata benda ni salah.
Tapi aku rasa benda ni cuma satu.
Kita hidup kena cari ilmu juga.Kalau tak,macam mana kau nak hidup untuk buat ibadah pada Allah kalau kau tak ada ilmu.

Fikir tolong fikir.
Kalau aku Tanya korang pasal one direction,kpop,gadget,twitter,wechat,Facebook,WhatsApp and other things like that..korang semua mesti boleh jawab kelebihan benda tu semua.
Tapi Cuba kalau Tanya pasal Ilmu.
Senaraikan kebaikannya.
Korang tak akan terfikir pun kan.
Itu satu masalah sebab apa yang perlu kita pro dan tahu sekarang ni berkenaan ilmu tahap kita ni.Macam aku,aku kena tahu tahap PT3 aku ni.Ini tak,bila Tanya benda yang kita sepatutnya tahu,kita TAK TAHU.
Malu lah.Tolong malu.
Even,Rasulullah S.A.W tu pun ada perasaan malu walaupun baginda kekasih Allah.
Tinggi sangat darjatnya Dari kita walaupun sama-sama manusia.

Aku ni sama macam korang.Tak lebih tak kurang sebab aku sama je manusia macam korang.
Cuma,Cara berfikir kita semua berbeza.

Kita dihidupkan di Bumi Allah ni untuk menyembahNya kan?
Tapi Allah itu kaya dengan ilmu tau.
Walaubagaimana kita pandai pun.
Ilmu yang kita ada ni ibarat setitis air di lautan yang Allah ciptakan.
MashaAllah.Hebat kan?

Kita ni mungkin fikir kita hebat.kita bagus.kita pandai.kita kaya.sebab kita ikut arus permodenan zaman.
Sedangkan bukan orang melayu yang menciptakan gadget ni semua.

Orang inggeris yang berjaya menciptanya sehingga membuatkan kita,Orang Melayu ni leka,lupa,alpa.

Bangkitlah..rakan-rakan sekalian.
Walaupun keputusan PT3 nanti hanya sekadar MARKAH,hanya sekadar HURUF,hanya sekadar keputusan dengan jawapan yang kita beri...

Walaupun bukan penentuan masa depan kita yang sebenarnya..tapi kau kena fikir balik apa yang kau dapat dengan hidup kat dunia ni.

Sebagai umat Islam,bila kita mati nanti.
Malaikat Mungkar dan Nakir akan menyoal kita dalam kubur.
Mereka akan menyoal kita siapa Tuhan kita?sembahyang kita?amalan kita didunia ni?

Cuba korang fikir balik.
Apa amalan yang korang buat kat dunia ni?selain daripada main gadget tu semua?

Tipu lah kalau aku nak tuduh korang langsung tak ada keinginan nak belajar,nak berjaya kan?
Korang mungkin ada.

Awal tu buka buku.Lepastu perut berbunyi.Rasa lapar.lepas itu,kau makan.tiba-tiba tengok ada rancangan TV best pula.Lepas itu kau tangguh lepas habis rancangan TV tu.Lepas itu,nak sambung balik belajar..phone berbunyi..kau pun buka.tengok kawan-kawan WhatsApp.kau pun melayan kawan kau sampai semua kau lupa.Kau layan kawan kau sampai semua benda kau layan.dengar lagu.main game.
Dan Akhirnya kau TAK BUAT APA UNTUK MASA DEPAN KAU PUN.

Lagi satu benda aku nak bagitau bagi manusia yang sedang dilamun cinta.
Cinta kita pada manusia lagi2 pada yang BELUM LAGI HALAL ni adalah tidak kekal.Kenapa? Sebab manusia akan mati.
Tapi kalau kau CINTA AKAN ALLAH.Cinta kau Kekal Abadi.Kau tahu kan?
Jadi,kau rasa cinta tu boleh bawa kau bahagia sangat ke?kau boleh dapat apa yang kau nak?dan kau yakin ke Jodoh kau dengan dia?

Kalau kau rasa Ya.kau silap weh.sebab yang kau suka tu MANUSIA.Sama macam kau.Dia tak boleh bagi macam apa yang Allah boleh bagi.
Aku bukan nak halang Kau bercinta tapi bagi usia kita TAK SESUAI.

Mungkin ada kat sini yang tau siapa crush aku.yup,aku memang ada crush.Tapi dia kan sedang bercinta dengan orang lain.Dan aku pun Tak ada keinginan untuk bercinta dengan dia.Hanya SUKA dan aku pun lupakan benda tu (baca balik tajuk)

Mungkin ada yang langsung tak terkesan dengan apa yang aku taip kat sini.Kalau korang tak nak berubah demi diri sendiri.Tolong berubah untuk ibubapa korang. Mak Kau ialah orang yang LAHIRKAN KAU.Maybe kau ni lahir melalui pembedahan dan kau akan kata "Mak aku tak SUSAH payah pun nak LAHIRKAN aku."

Tapi,selama 9 bulan itu kau berada di mana? bukan ke dalam rahim Mak kau?
Tolong lah kasihani beliau.

Ayah kau pula.Tanpa dia,kau tak akan ada duit belanja,kau tak akan ada pakaian,tak ada tempat tinggal dan tak ada Gadget tu semua.

Kalau korang ni antara golongan yang bijak pandai. Tapi once,kau sakitkan hati Mak ayah kau.tak cukup dengan tu,kau tak hormat mereka.
Kau takkan dapat result yang bagus untuk PT3 ni.Bukan PT3 jelah.Tapi untuk keberkatan di dunia dan akhirat.
Tahu kenapa?
Reda Allah itu terletak pada Reda kedua ibubapa.

Mungkin ada yang baca ni..
Anak yatim,Anak Yatim piatu ke.
Maybe korang tak terkesan langsung sebab Mak ayah dah tak ada kat dunia ni.
Itu salah satu kelebihan korang sebab korang tak perlu risau jika akan tersakitkan hati mak ayah atau tidak hormatkan mereka,
Tapi..itu tak bermakna kau boleh Senang lenang.
Kau ingat Mak Ayah kau bahagia ke tengok anak mereka tengah leka dengan hiburan dunia?
Tak weh,Langsung tak,Mereka sedih.
Sebab kau tak pandang masa depan kau.

Aku tulis entry ni bukan sebab nak tunjuk bagus apa semua.
Normal kalau ada yang baca ni tak suka kat aku.Menyampah,Meluat, semua lah.
Actually mungkin ada juga yang pernah terasa hati dengan aku pasal aku pernah tegur atau nasihatkan mereka sehingga meninggalkan parut di hati.
Aku minta maaf tapi kalau kau rasa aku ni dengki dengan life kau.Kau silap.
Maksud orang yang dengki ni ialah dengki dengan apa yang kita ada,tapi orang tu tak ada.
Maybe aku tak ada life yang bahagia seperti korang.Tapi Allah tau apa yang baik untuk aku.
Itu dah cukup dan aku tak perlu dengki dengan korang.
And,aku buat semua benda tu sebab aku kisah.

Kalau korang nak berubah,baru nak belajar sekarang tapi rasa dah terlambat.
No! Kau belum terlambat.Ada seorang cikgu ni dia pernah cerita kat aku.
Waktu gerak gempur SPM dulu dia dapat F untuk Matematik dan Sains.
Tapi sewaktu SPM,dia dapat A untuk Matematik dan Sains.
Nampak tak?
It's not about time to change our result,It's about our effort to change our result!
Kalau kita gagal sekali.Kita masih boleh mencuba yang terbaik sewaktu SPM nanti.



I wrote this because PT3.
I shared this because I care.
Not because I jealous.
It's because I love you.

-Kita sama agama,Kita sama bangsa.Apa lagi yang perlu kita lakukan selain dari tolong sesama sendiri?

Please change yourself before it's too late.

Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤