Assalamulaikum..
Pada bulan Julai 2016 yang lalu, kelas 4 Aristotle, 4 Ibnu Sina dan 4 Pascal telah terpilih untuk menyertai lawatan ke MAEPS, Serdang. Hal ini adalah untuk ASEAN Skill Competition 2016 yang berlangsung disana. ASEAN Skill Competition ini adalah anjuran setiap tahun dan tahun ini Malaysia telah terpilih sebagai tuan rumah. Sebagai anak-anak murid kelas Sains.. Kami perlu menghadirkan diri untuk ke sana memandangkan pameran ini tentang pembinaan, penciptaan robot, mekanikal, sains dan teknologi serta berbagai lagi.
Ketiga-tiga kelas yang terpilih bergerak dari sekolah ke sana pada pukul 7.50 pagi.
Sesampainya disana. cikgu minta kami beratur sementara menunggu bas yang lain untuk sampai ke Maeps.
Kami dibenarkan masuk untuk menyelongkar seluruh kawasan memandangkan ini sememangnya kepakaran kami. Hehehe
Tunggu apa lagi, kami pun menceroboh seluruh kawasan Maeps ini memandangkan aku telah dapat peta! Wuhoo senanglah pengembaraan kami kali ini. Siap dapat peta lagi!
Ini aku suka. Tentang gelombang, Fizik, Tekanan sekeliling dan sebagainya. Mulanya kami sangka ini adalah salah satu kegunaan di hospital untuk lihat degupan jantung dan sebagainya tetapi ternyata kami silap! Sebab ini adalah alat untuk melihat tekanan udara disekeliling tetapi komponen elektrik yang sama digunakan dalam alat di hospital itu. hahaha
Terserempak dengan kawan lama ex Skpu 2 zaman sekolah rendah dulu.
Apalagi kalau perempuan jumpa perempuan kan.. of course jerit dulu baru peluk baru borak
#trademarkkaumwanita hahaha
Farahin memang best friend aku sejak darjah satu. So, tak hairan lah kalau kami jerit umpama pontianak lepas 5 tahun tak jumpa. Itu baru 5 tahun, kalau 10 tahun rasanya gempa bumi tempat ini hahaha. Manakala, Umi pula aku sekelas dengan dia selama 3 tahun berturut-turut, memang dah kenal sangatlah. Dahlia pula atlet sekolah yang aktif, selalu menang acara sukan itu ini, memang satu sekolah kenal. Aku pernah sekelas dengan dia, banyak kali terserempak, berborak, bercerita kat sekolah dulu. Jadi memang rapatlah!
Masa kami nak beli-belah makanan memandangkan perut dah lapar.. Terserempak dengan artis yang selalu masuk tv yang berlakon jadi Dato yang kaya. Jadi snap lah satu gambar!
Dia kawan baik kami masa form 1 dan form 2 dulu. Tapi pindah tak lama lepas itu ke Sarawak, kemudian balik ke Puchong dan sambung sekolah kat Puchong Permai!
Sementara itu, Nik Ahmad Zakir, one of my class student, ditemu ramah oleh seorang wartawan itu hahaha (kononnya) :P
Sebagai penutup entri kali ini.. Aku hadiah kan sejambak bunga kepada anda! hahaha
Pengalaman kali ini agak seronok bila dapat jumpa kawan lama dari sekolah lain. Dapat masuk ke dunia yang aku tak berapa berkenan iaitu mekanikal, elektrik and whatever!
Walaubagaimanapun ianya merupakan pengalaman yang paling tak boleh dilupakan!
Sekian sahaja daripada Norismahani.
Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf~
No comments:
Post a Comment