Assalamualaikum..
Pada penghujung bulan 9 yang lalu,
Majlis Apresiasi Pengawas 2017 diadakan di Kinrara Resort.
Sememangnya, Majlis Apreasiasi tahun ini dianjurkan ditempat yang sama seperti Majlis Apresiasi Pengawas pada tahun 2014, tetapi apapun yang penting, Majlis ini diadakan dengan penuh meriah.
Kalau tidak, tidak lengkaplah pengakhiran tahun 2016 aku tanpa Majlis besaran sekolah seperti ini.
Okey ceritanya bermula begini.
Kami telah diberi arahan oleh pihak penganjur untuk berkumpul disekolah selwat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi.
Setelah mengerjakan solat subuh, aku terus bergegas menyiapkan diri dengan baju dress yang cantik berwarna biru ini. Sebenarnya, dress gaun ini kepunyaan Farihah dan aku hanya meminjamnya sahaja memandangkan aku malas nak membazir duit beli baju yang mahal lepastu tak pakai2.. Kan??
Diatas kebaikan budi Farihah, dia bagilah aku pinjam baju dia ni.
Jadi, tak perlulah aku beli baju baru lagi.
Tepat pada pukul 7.00 pagi, aku dah terjegat kat pagar rumah Atiqah.
Nak dijadikan cerita, kakak Atiqah bertugas sebagai make up artis pada hari tersebut.
Jadi terhasillah seni dimuka aku ini menjadikan muka aku kali ini lebih berseri-seri..
Kemudian, aku dan Atiqah pun bergegas ke sekolah pada pukul 7.50 pagi..
Sambil tunggu pendaftaran, kami selfie dululah..
Gambar gila-gila kami selfie beramai-ramai sebagai tanda kenangan..
Setelah selesai semua urusan pendaftaran.. Kami diarahkan oleh guru untuk masuk ke dalam bas masing-masing yang telah diaturkan.
Sementara itu aku berselfie dulu dalam bas dengan Atiqah.Sesampainya disana, aku dan Atiqah dudukdi meja masing-masing yang bernama Porpoise.
Kami selfie dulu sebelum make up mula mencair..
Camelia, Zulaikha, Afrina dan Khairunniena.
Ucapan daripada Penolong kanan hal ehwal murid, Pn Che Mah binti Sharif
Ucapan daripada Ketua Pengawas, Alif Iman.
Persembahan daripada Alia Anisa and the gang, Aireen dan Hurul yang kelakar sampai berair mata aku ketawa terbahak-bahak..
Kesawitan terserlah apabila kedua-dua sahabat baik ini iaitu Afrina dan Zulaikha menyuap makanan sesama sendiri.
Pengumuman King and Queen tema kali ini. King jatuh kepada Muhammad Farih Ainuljamal. Manakala, Queen pula jatuh kepada Azma..
Lupa nak bagitahu, aku dapat cabutan bertuah topi. Bersyukur sangat sebab dapatlah sesuatu daripada tak ada apa-apa kan. Apapun, penutup tahun 2016 sangat meriah dengan sambutan majlis besar-besaran seperti ini.
Ditaip oleh: CaHaYa PeMaaF
No comments:
Post a Comment