Assalamualaikum..
Pada 19/8/2016..
Kami sekeluarga pergi bercuti di Melaka untuk meluangkan masa cuti bersama.
Lagipun keluarga aku ini memang jarang nak pergi bercuti sama-sama apatah lagi pada hari sekolah.
Kami bercuti selama 3 hari 2 malam di Swiss Garden Hotel Melaka.
Kami bertolak pada pukul 2.00 petang dan sampai pukul 5.00 petang. Kami menginap di Swiss Garden dan check in dulu sebab belum daftar bilik lagi.
Sesampainya disana, lepas check in Hotel , kami gerak ke fun fair belakang Hotel yang kelihatan menyeronokkan. Orang pun tak ramai mana.. Jadi kami pun reda ajelah.
Aku dengan Dracula. Bulan 10 nanti ada Haloween mengikut kepercayaan kristian.
Jadi aku bersama dengan Dracula. #Monstober
Hantu jerangkung yang tergantung. Asalnya itu manusia tapi kering kontang hingga kulit pun tertanggal daripada rangka.
Kami naik Ferris Wheel ini pula selepas puas bergambar di rumah hantu tadi. Mama yang gayat buatkan aku turut gayat. Hmm..
Haziq yang berdiri dalam benda ini. Aku dah kecut perut sebab goyang-goyang dalam benda ini. Takut woi!
Dibawah ini ada permainan lembu gegar dan kapak itu. Huishh.. aku memang tak berani kapak itu. Kecut woi! kang tak pasal-pasal terkucil pulak.
Aku selfie di atas pemandangan yang cantik. Nanti kami akan ke Sungai Melaka itu nanti.
Adik-beradik aku di Melaka River Cruise! Kami akan naik cruise itu nanti dengan gembiranya! Tak sabar nak tunggu giliran kami naik benda itu!
Kami naik cruise sambil menikmati keindahan pemandangan seni yang cantik sambil diterangkan tentang sejarah Melaka.
Kemudian, kami berjalan ke tempat meriam yang merupakan alatan senjata terpenting untuk menyerang orang British dulu semasa peperangan.
Adik-beradik aku di tempat pemandangan yang cantik! Ada kapal terbang dan taman untuk berehat.
Huda berposing bukan main lagi.
Lepas itu kami naik Menara Taming Sari! Mama dan Huda tak nak naik sebab takut. Gayat katanya. Tapi bila dah naik.. Tak seram langsung do! Best adalah!
Kami berjalan lagi tapi kali ini ke Taman yang luas pula. Seronok dan penat bercampur-baur~!
kapal bersejarah masa peperangan dulu. Bestnya dulu-dulu pun dah canggih ada kapal cantik macam ini kan!
Lepas dah puas jalan. Perut pun automatik rasa lapar.
Kami pergi satu kedai makan ini untuk makan malam.
Malam terakhir tidur dengan lena juga. Aku bangun pagi bersertakan pemandangan yang indah dan cahaya matahari yang bervitamin. Aku juga bersiap untuk mandi kolam dan boleh bersiap sedia untuk pulang ke rumah tengahari nanti!
A memory with family is thousand times better than friends.
No matter what they are and no matter what you are.. Family will accept all the weakness you have.
After all, we are human. We make mistake and we are not perfect. Family will support you if you're down one day. But the only good friend will help you to get up. So, what are you waiting for? Spend time with your family and stop being busy all day. We are human and we can't live forever. One day, we'll go far away.. Away from family.. Away from friends.
Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤