Assalamualaikum..
Hari ini aku nak berceloteh tentang kenduri. Kenduri ini ada pelbagai jenis. Ada kenduri kahwin, kenduri doa selamat, kenduri cukur jambul dan kenduri akikah.
Tapi tujuannya masih sama iaitu bersedekah bagi orang makan. Sepanjang tahun ini memang banyak juga kenduri yang aku pergi tapi ada beberapa aje yang buatkan aku tertarik dengan konsep dan tempat perkahwinannya.
Seterusnya, kenduri kahwin di rumah seorang Dato' yang merupakan klien abah. Anak Dato' itu berkahwin dengan konsep putera raja yang berkuda bagai. Memang gempak sebab kahwin naik kuda! Memang beratus ribu habis nak beli khemah, kerusi meja dan kuda pelamin semua memang cantik gilalah!
Huda dan Hasya lagi dan lagi!~
Aku yang berbaju kurung bunga-bunga serta bertudung oren!
Kemudian, Aku pergi kenduri doa selamat di rumah Mak Ngah.
Kami baca yassin. Baca doa. Solat Maghrib kemudian makan-makan.
Outfit of the day aku semasa kenduri kahwin itu.
Actually, this is my usual activity every weekend because there is so much family member that got married. Also, we have to attend all the weeding that we are invited.
Lagipun mak aku selalu kata, kalau kita tak datang kenduri orang, nanti ada ke yang nak datang kenduri kita?
Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤
No comments:
Post a Comment