Assalamualaikum..
Pada bulan September yang lalu, aku dan Atiqah telah terpilih umtuk menghadiri Majlis Anugerah Kokurikulum yang diadakan disekolah untuk mendapat anugerah Penggerak berdedikasi dan anugerah ahli berketerampilan kelab dan persatuan. Memandangkan aku dan Atiqah ialah Naib Pengerusi dan Setiausaha kelab kaunseling dan kerjaya, Pn Raji memilih kami untuk anugerah ini.
Aku dan Atiqah hadir pada pukul 7.30 pagi di sekolah kemudian duduk di kerusi yang telah disediakan nama kami.
Kami berselfie sebaik sahaja menerima hadiah dan sijil kami.
Kami berdua bersama 2 orang junior yang comel belaka. Mereka duduk disebelah Atiqah ketika Anugerah sebab itu mereka jadi rapat dengan kami. Sewaktu ini, pelbagai persembahan berlangsung di pentas. Jadi, kami lari sekejap untuk tangkap gambar.
Kami bersama Farihah (kawan rapat aku dalam Aristotle) memandangkan Farihah dapat anugerah ahli terbaik.
Ini gambar outfit of the day aku yang berbaju sekolah lengkap pada hari Sabtu ini. Muka teruja sebab ramai-ramai ahli kelab kaunseling, kami berdua terpilih juga.
Aku dan Atiqah bergambar dengan hadiah dan sijil kami. Memang seronoklah dapat anugerah macam ini. Bukan senang nak dapat anugerah sama-sama. Kami susah sama-sama, senang pun sama-sama. Itulah orang kata, sahabat dunia dan akhirat. Hahaha
Ditaip oleh: Cahaya Pemaaf ❤
No comments:
Post a Comment