بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Hari ini nak throwback waktu lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur hari itu.
aku dan kelab SPBT melawat Planetarium,Muzium Polis,Taman Orkid,Masjid Negara dan Beryls Chocolate Wonderland..
Ia merupakan pengalaman yang tak mungkin aku lupakan melainkan aku hilang ingatan °~°
Tapi memang seronok sangat dapat pengalaman lagi setelah 2 tahun tak pergi lawatan tau ;)
Aku amatlah tidak sangka bahawa ini merupakan kenangan terakhirku bersama Maryam..
sebab selepas sahaja cuti 2 minggu,dia telah berpindah ke Kelantan iaitu kampung halamannya kerana masalah tertentu :(
Hilang dah seorang rakan baik aku..
Aku sayang kau Maryam..
Jangan lupakan aku tau..
okey,tak mau sedih2 k.
'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan' ..
sambung balik cerita..
Pada 17/5/2014,
Kelab SPBT telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur..
Pendaftaran bermula pada pukul 8.00 pagi di Bus Stop sekolah.
Tapi aku terlewat 5 minit -..-
tapi masih ada 2 orang yang lebih lewat ..
kemudian kami bertolak ke Beryls Chocolate Wonderland kira-kira pukul 8.15 pagi..
memang seronok sangat kat kilang coklat tu sebab dapat makan coklat percuma..
Lepas itu,aku borong lah sikit coklat kat situ..
Kami tonton dan dengar cara2 hendak membuat coklat tersebut dan Malaysia merupakan negara tersikit yang mengusahakan Koko untuk membuat coklat jika hendak dibandingkan dengan negara yang mengusahakan koko..
macam2 kerja gila kami buat iaitu berselfie,memang sekarang dah jadi trend..
Ini gambar kegilaan kami..
semua ahli SPBT sporting sangat!
ni waktu dengar ceramah tentang coklat..bosan gilosss
Ini gambar aku ketika dalam Bas bersama Bestfriend ku Atiqah!
Sampai sahaja di Planetarium,kami bergambar dan mencuba permainan2 disitu *~*
kami meneruskan lagi aktiviti gila dengan naik tingkat atas melalui lif!
lepas itu kami bergerak ke bas untuk makan tengahari serta solat zohor..
Kami makan nasi ayam untuk makan tengahari..
kemudian,aku,Maryam dan Amirah bersolat zohor bersama2..
rezeki kelab SPBT sebab dapat berjumpa Najwa Latiff di Masjid Negara,
aku juga sempat bersnap satu gambar..
ohh..memang seronok sangat..
Lepas selesai bersolat,kami bertolak ke Muzium Polis pula..2 tahun yang lepas aku pernah ke Muzium Polis bersama Melur dan rakan darjah4 yang lain..Firdaus pun ada -_-..
ini gambarnya..
memang best kat Muzium Polis..walaupun dah 2 tahun aku tak pergi,tapi tak ada apa2 pun yang berubah..
Best sangat!
Lepas itu kami pergi Taman Orkid yang merupakan tempat terakhir untuk Lawatan yang sungguh bermakna ini..aku rindu sangat saat ni!
waktu ini aku tengah tulis catatan diari tapi Atiqah sibuk nak ajak bergambar..so,muka aku pun kelakar waktu ini :D
sejak bila pulak aku jadi minah bunga ni?ohh please,aku bukan sebegini orangnya..for me,better be myself o.k.!
ini gambar kegemaran aku!cantikkan pemandangan ni + tunggul kayu cuba berposing..nampaknya cubaan aku berjaya!
bolehlah try cabaran jadi model nanti -..-
kemudian,kami pulang dengan menaiki bas dengan perasaan gembira!
gambar kami yang tidak kelihatan sedikit pun penat :/?
iya ke?
Peace From Me and Smile from Atiqah..
Jumpa lagi di entri akan datang jikalau ada umur yang panjang!
Assalamualaikum!
Saya tinggalkan lagi sedikit pesanan!
kita berubah bukan kerana masa,dan masa tidak boleh mengubah kita,
tetapi kita yang perlu berusaha untuk mengubah diri kita sendiri!
memang susah untuk berubah namun dengan ada keyakinan yang tinggi dan usaha yang baik maka,
segalanya akan berubah..
InshaAllah!
ikhlas dari :
Cahaya Pemaaf ❤
No comments:
Post a Comment