Assalamualaikum..
Pada 20/5/2017, aku,Atiqah,Rukshshannah, Amirah, Camelia, Shafiqah, Syahidah merancang untuk hang out sama-sama lepas habis mid year examination kat sekolah. Kami rancang naik LRT kat Puchong Prima.
Aku beli token yang berharga RM4.20 manakala mereka semua pakai kad TouchNGo yang diisi RM20.
Tak lama lepas itu, baru aku tahu rupa-rupanya IC boleh guna juga untuk isi duit kat LRT itu.
Jadi aku isi RM10 sahaja. Perjalanan dari Puchong Prima ke Hang Tuah hanya Rm8.20 sahaja. Jadi ada banyak lagi baki.
KAmi naik LRT ramai-ramai tepat pada pukul 9.30 pagi.
Tepat pukul 11.50, kami dah terpacak kat Theme Park Berjaya Times Square!
Yeay! Are You Ready for some adventure games?
Kami beli tiket berharga RM41 sekiranya warganegara, jadi bawa IC ya rakan-rakan!
Lepas beli tiket, baru boleh masuk. Beli satu locker untuk simpan barang-barang kami.
keadaan lepas naik Roller Coaster untuk kali pertama bagi aku.. Lepas pusingan 360 darjah, kepala aku tertinggal!!
See? My head are gone already on this picture!
Lepas itu, kami rileks kan diri dan main Bumper car! Siapa kata perlukan lesen untuk memandu kereta? Aku chill aje!
Atiqah dan Shaf main 360 darjah pusing! Manakala kami semua tak berani untuk memeningkan kepala lagi..
Pukul 3.50 petang, masa untuk kami beredar dari tempat ini.. Kami ke Boat Noodle memandangkan belum makan tengah hari lagi. Aku akan mencubanya untuk kali pertama!
Walaupun aku dan Amirah bukannya Aristotle lagi tahun ini, tapi kami masih ada kenangan bersama tahun ini. But who cares? For me, Aristotle is forever in my heart. 5 Ibnu Sina is not bad at all. But for sure, 4 Aristotle is the best. One year is enough for me to became a close friend with them! I love them forever! May us become close friends till Jannah!
Aristotle Squad Day!
Written by: